O8

7 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Saya selalu teringatkan kenangan kita dulu. Masa tu kita tiga orang. Saya, awak, dengan youngso." kata Park Sunghoon. Yoojung mengangguk.

"Yoojung-shii..." Sunghoon menyentuh tangan yoojung lalu digenggam erat. Dia mengukir senyum tipis.

"Awak tahu kan perasaan saya masih sama?" Yoojung mengangkat kepala. Membalas tatapan Sunghoon.

"Hoon.." Sunghoon masih tunggu dia?

"Awak masih belum ada jawapan ke untuk soalan saya? Masih belum yakin dengan saya?" tanya Sunghoon. Riak wajahnya berubah namun dia tetap menyimpul senyum. Genggaman dilepaskan lalu dia mengusap lembut kepala yoojung.

"It's okay, yoojung. Take your time, okay? Saya akan sentiasa tunggu awak." Yoojung mula merasa tidak enak dengan situasi mereka. Bahkan orang ramai yang mengunjungi restoran yang dikunjungi mereka sekarang ini pun tidak dapat mengatasi situasi tersebut.

"Hoon, saya minta diri dulu. Hari dah nak gelap. Terima kasih sebab belanja saya makan." Baru sahaja yoojung ingin pergi, sunghoon menahan tangannya.

"Awak tak nak saya hantar awak balik?" Yoojung menggeleng perlahan. Dia menyimpul senyum tipis.

"Tak apa. Saya boleh balik sendiri." Mendengarkan itu, mahu tidak mahu sunghoon melepaskan tangan yoojung.

Dari dalam restoran, matanya tidak lepas dari melihat yoojung. Sehinggalah gadis itu masuk ke dalam sebuah teksi dan berlalu pergi.

Sementara itu di dalam teksi, yoojung hanya mendiamkan diri. Dia menghela nafas panjang. Tidak sengaja, yoojung melirik ke tempat duduk sebelah. Membulat mata yoojung, terkejut.

Melihat seseorang dengan wajah pucat lesi disertakan dengan luka-luka kecil di wajah gadis itu. Baju serta seluarnya tampak lusuh.

Dari pemerhatiannya, sudah dapat di agak bahawa di sebelahnya ini bukan manusia.

"Berhenti dekat sini." Pemandu teksi memandang yoojung melalui cermin.

"Dekat sini ke cik?"

"Ya."

"Baik, cik."

Selesai memberikan bayaran pada pemandu teksi, yoojung segera keluar. Hari sudah menjelang malam dan diterangi dengan cahaya lampu.

Yoojung meneruskan jalannya. Walaupun, dihurung dengan rasa takut dengan apa yang dilihatnya.

Selang beberapa minit berjalan, yoojung berhenti. Dia menoleh ke kiri. Terdapat sebuah hotel mewah, gah berdiri.

"Hotel Da Stelle ?"

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now