O2

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Hari ini genap hari ke sepuluh mendiang Bae Youngso pergi. Dan hari ini genap sembilan hari Yoojung tidur di sebuah apartment miliknya. Apartment ini diberi oleh mendiang neneknya sebagai hadiah pada hari kelahirannya yang ke 18, dua tahun yang lalu. Sekarang umurnya sudah mencecah 20-an.

Yoojung masih terbaring di atas katil. Dia melihat tanda bulan sabit di pergelangan tangannya. Tanda ini muncul sejak dia bertemu dengan lelaki itu. Ah, dia lupa siapa namanya.

Kejadian aneh mulai terjadi selepas pertemuan mereka. Dimulai dengan tanda ini hingga ke mimpi buruk setiap malam. Dan dia mulai dapat melihat benda-benda yang tidak terlihat oleh manusia.

Hantu. Roh.

Dia tidak dapat menerima semua ini. Kenapa dia harus menghadap hukuman? Padahal dia tidak bersalah dalam hal ini. Mulai dari dibenci keluarga kandung sendiri, dibuang lalu diberi pula dugaan seperti ini.

Dia ada cuba untuk mencari lelaki misteri itu namun tidak ditemukan. Sehinggalah dia berputus asa, dan membuat keputusan untuk melanjutkan sahaja hidupnya seperti biasa.

Dia mengusap lembut tanda itu.

"Siapa kau?"

Dia mungkin tidak ingat nama lelaki misteri itu, tetapi dia ingat wajahnya. Dari mata yang dapat berubah warna sehingga ke bibir yang tidak berhenti mengukir senyum sinis padanya.

"Welcome to hell."

Ayat itu masih terngiang-ngiang di dalam otaknya. Rupa-rupanya ini yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Tidak habis fikir yoojung dibuatnya tatkala mimpi buruk seringkali menghantui yoojung setiap malam.

Deringan jam mula berbunyi menandakan sudah jam 8 pagi. Lantas yoojung mematikan deringan tersebut dan bangkit. Dia harus bersiap untuk pergi ke kerja.

Ya. Yoojung memutuskan untuk bekerja dan berdikari sendiri memandangkan dia sudah dibuang keluarga. Walau apa pun yang terjadi, dia harus meneruskan hidup. Di usianya masih muda seperti ini, sudah terlalu banyak dugaan yang harus dia hadap.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now