4O

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sunoo masuk ke dalam biliknya dengan langkah perlahan. Otaknya memikirkan hal yang baru sahaja terjadi. Langkahnya terhenti saat dia melihat sosok perempuan sedang berbaring di atas katilnya.

Keluhan dilepaskan. Dia terlupa dia harus menghantar yoojung untuk pulang ke apartment gadis itu. Sunoo menghampiri yoojung. Dia baring mengiring menghadap yoojung.

"Maaf sebab buat kau menunggu lama. Aku lupa yang kau tunggu aku." ucap sunoo. Helaian rambut yoojung yang terjuntai itu diselit ke belakang.

Yoojung berkerut. Terasa seperti ada yang menggangunya tidur. Lantas, dia mencelik. Sekilas sekuntum senyum terpamer sebaik sahaja melihat sunoo.

"Kim." bersama sengihan, yoojung memanggil nama sunoo.

"Aku ganggu kau tidur ke?" yoojung menggeleng. Dia tidak menjawab melainkan memeluk tubuh sunoo. Dia menyembamkan wajahnya di dada lelaki itu. Sunoo tidak menolak. Malah dia mengeratkan lagi perlukan.

"Saya mimpi lagi."

"Mimpi aku?"

Yoojung mendongak. Kepala dianggukkan. Kedua-dua sudut bibirnya melengkung ke bawah.

"Saya mimpi yang awak akan tinggalkan saya." senyuman nakal terlakar di bibir sunoo.

"Kau takut aku tinggalkan kau eh?" yoojung mencebik. Dia menyembamkan semula wajahnya ke dada sunoo.

"Malas layan awak." Sunoo ketawa kecil. Dia mengusap lembut kepala yoojung.

Sejenak, dia teringatkan pertemuannya dengan hayeon.

"Awak tak nak teman saya ke? Saya dah lama tunggu saat ni." ujar hayeon. Dia merasa sedih kerana sunoo tidak mahu mengikutinya untuk melintasi jambatan menuju ke alam baka.

"Sampai masanya, aku akan pergi. Tapi bukan sekarang." kata sunoo bersama riak tidak berperasaannya.

"Sunoo, saya harap di kehidupan selanjutnya, awak akan ingat saya." sunoo menggeleng.

"tak. aku akan lupakan semuanya. Termasuk kau." Hayeon menayang riak wajah muram. Sunoo yang perasan akan hal itu sekaligus bersuara.

"Aku harap di kehidupan seterusnya kau tak hadap apa yang kau hadap dulu." Hayeon senyum nipis lalu mengangguk.

"Tak perlu risau yang aku akan tinggalkan kau, yoojung." sunoo menunduk menatap wajah polos yoojung.

"Sebab aku akan ikut kemana saja kau pergi."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now