O5

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Yoojung jatuh di atas lantai apartmentnya. Sunoo yang melihat itu langsung duduk melutut di hadapan yoojung. Dia senyum sinis. Geli hatinya melihat ekspresi takut gadis itu.

"Aku suka tengok penderitaan manusia. Bagi aku, korang ni sampah je. Energi negatif korang tu kotorkan bumi ni. Aku dah tengok macam-macam sifat manusia. Kau tahu apa paling teruk? Hasad dengki. Dendam. Iri. Dan semua sifat tu, ada pada kau." Ulas sunoo panjang. Mendengarkan itu, yoojung mencelik matanya. Dia melihat ke arah sunoo. Membalas renungan lelaki itu.

Mata merah milik sunoo memaparkan betapa lelaki itu membenci akan manusia.

"Siapa kau? Aku tahu kau bukan manusia."

"Aku?" sunoo tergelak sinis.

"Aku mimpi buruk kau, bae yoojung."

Mendengar jawapan sunoo, yoojung kembali teresak-esak. Pipinya basah kerana airmata yang tidak berhenti mengalir. Di kesempatan itu, sunoo menarik lembut tangan kiri yoojung.

Pergelangan tangan itu dilihat olehnya. Tanda bulan sabit itu sudah berubah warna merah. Sunoo melihat yoojung semula.

"Hey, bae yoojung. Apa yang kau rasa sekarang?" dengan nada yang teruja sunoo menyoal. Part inilah yang sangat di nanti gantikan olehnya.

"Bukan salah aku.." lirih yoojung.

"Bukan salah aku, dia mati. Tapi aku penat. Aku penat dengan hidup aku. Aku dipaksa hadap hukuman yang jelas-jelas bukan aku pelakunya. Aku penat." rintih yoojung lagi teresak-esak. Bukan sebab dia, bae youngso pergi.

Dia tidak tahu apa-apa. Tup-tup balik dari kolej, dapat berita yang youngso sudah tiada.

Senyum lebar yang terlakar di bibir sunoo tadi menghilang. Ni salah. Sepatutnya, yoojung mengakui kesalahannya dan menyesal. Dia menunduk melihat tanda bulan sabit itu. Dari warna merah kini tandanya sudah memudar.

"Kau.... Ingat nama aku?" soal sunoo. Yoojung menggeleng. Dia tidak ingat. Sunoo mengukir senyum kembali.

"Sayang. Kau akan terus menderita sampailah kau ingat nama aku." yoojung mengetap bibir. Dugaan apa lagi?

"Selagi kau tak ingat nama aku, semuanya takkan kembali normal." serentak dengan itu, sunoo menghilang dari pandangan yoojung.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now