48

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

" Kau dah bersedia ?" Sunoo memutar mata ke atas mendengar pertanyaan seokmin. Saja nak sakitkan hati dia ke apa? Bersedia atau tidak, dia tetap kena pergi juga.

"Oh bunga kau. Kuntum mawar tu tinggal dua." tegur seokmin sambil tersenyum lebar. Dia menoleh melihat sunoo.

"Nampaknya apa yang aku buat memang terbaik untuk kau." sunoo hanya senyap. Malas mahu bersuara.

"Eh, bila masa aku lukis ni? Rasanya malam tu belum siap lagi." gumam yoojung. Kemudian dia ketawa. Dia lupa sunoo bukan manusia biasa. Sudah tentulah ini ulah kim sunoo.

Yoojung melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi berhadapan dengan canvas lukisan. Dia menyentuh lukisan itu. Rasanya seakan-akan dia sedang menyentuh wajah lelaki itu.


Tiba-tiba pergerakan tangan yoojung terhenti. Mengingatkan masa mereka bersama sangat terhad, akan lebih baik jika dia mencipta memori sebanyak yang mungkin bersama sunoo.

"Rasanya, kim buat apa?" yoojung mengemam bibir.

Memandangkan hari masih siang, yoojung memutuskan untuk pergi ke hotel itu kembali. Rasa lelahnya ditepis walaupun dia baru sahaja balik ke apartment selepas bermalam di hotel Da Stelle.

Pintu kim's garden dibuka oleh seseorang dan menyebabkan angin masuk ke dalam ruangan tersebut. Seokmin mengundur beberapa langkah ke belakang, memberi laluan kepada dokyeom yang sedang mendekati sunoo.

"Haih tak sabar betul nak jemput aku." sindir sunoo seraya menjeling dokyeom.

Dokyeom memekakkan telinga.

"Aku tak rasa seokmin nak bagi kau mawar putih." Dokyeom menarik senyum tepi bibir. Tatapan sinis dihadiahkan pada sunoo.

"Jadi bolehlah, aku tengok kau jadi abu."

"Siapa cakap aku tak bagi dia?" Seokmin terlebih dahulu bersuara sebelum sempat sunoo membalas. Tidak boleh dibiarkan. Kalau biar,nanti makin lama terjadi pergaduhan. Sunoo dengan dokyeom ni langsung tak boleh berjumpa. Ada saja jawapan sinis hendak dijadikan bahan sindiran.

"Tuan!"

"Tuan dah nak pergi ke?"

"Tuan nak tinggalkan kami macam dua ekor tu tinggalkan kitaorang?"

Jay dan jake masuk ke dalam kim's garden dengan kelam-kabut. Larian mereka berhenti mengejut tatkala melihat seokmin dan dokyeom yang berada disana.

"Hehe, hai."

"Hm korang pun dah lama dekat sini. Tak nak ikut tuan korang ni pergi alam baka?" dokyeom bersuara.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now