19

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sunoo berdiri sambil memeluk tubuh melihat yoojung yang duduk di balkoni biliknya. Sedari tadi, yoojung hanya duduk dan diam. Mengelamun. Seakan memikirkan sesuatu.

Selang beberapa minit, dia menghampiri yoojung.

"Kau tak nak balik ke?" tangannya beralih ke belakang badan. Dia melirik yoojung sekilas.

"Kalaulah saya sedar dari awal yang awak buat semua ni untuk kakak saya.."

"Kalaulah saya tahu kakak ada dekat sini waktu pertama kali saya jejakkan kaki ke hotel ni..."

"Mungkin roh kakak takkan ditangkap."

Yoojung menyeka airmata yang mengalir di pipi. Sunoo memutar mata ke atas. Muak dengan apa yang di dengari olehnya. Semua manusia yang ditemui oleh sunoo, semuanya akan meratap nasib sama seperti yoojung lakukan sekarang.

"Semua dah jadi." yoojung mengangguk. Dia menunduk menekur lantai.

"Kakak jadi macam tu sejak dia dapat tahu yang sunghoon sukakan saya. Kami berkawan dengan seorang lelaki dari kecil sampai besar. Saya tak tahu yang kakak sukakan sunghoon. Kalau saya tahu, saya akan jauhkan diri dari dia." Sunoo mengorek telinganya. Haih terpaksalah dia tadah telinga dengar luahan yoojung.

"Saya nak ucapkan terima kasih pada awak, kim." yoojung mendongak. Dia mula berdiri. Sekuntum senyum dihadiahkan buat sunoo. Sementara lelaki itu terus-menerus menatapnya.

Dia mengaku. Iris merah yang dimiliki sunoo sangat indah.

"Terima kasih sebab selamatkan saya pagi tadi. Terima kasih sebab benarkan kakak tinggal disini buat kali terakhir."

Yoojung mengundur beberapa tapak ke belakang. Lalu dia membongkokkan tubuhnya di hadapan sunoo.

"Terima kasih, kim."

Sunoo diam dan memerhati yoojung. Saat gadis itu mahu berpamitan pergi, dia menahan lengan yoojung.

"Leher kau." Yoojung menyentuh lehernya.

"kakak yang buat. Saya layak terima semua ni."

Sunoo menarik yoojung merapat dengannya. Hingga menyebabkan hidung yoojung tersentuh dada lelaki itu.

"K..kim."

"Pukulan dari roh jahat takkan hilang macam tu saja."

"Tak apa. Lagipun, saya dah tak nak hidup lagi. Tak ada alasan untuk saya hidup." Sunoo mendengus. Matanya diputar ke atas.

"Stay."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now