37

4 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sepasang tangan melingkari pinggang yoojung dari belakang. Tubuh yoojung membeku. Sunoo peluk dia?
Bahu kanannya terasa memberat memandangkan sunoo merehatkan kepala di atas bahunya.

"K..kim, awak buat apa ni?" tanya yoojung. Hampir tidak terkeluar suaranya gara-gara rasa berdebar.

"Aku paling suka bunga mawar."

"Oh." Hanya itu yang mampu dibalas oleh yoojung.

"Aku minta maaf." Kata sunoo tepat di tepi telinga yoojung. Belum sempat dia bertanya, sebuah kucupan mendarat di atas bahunya.

"K..k..kim." yoojung terkejut dengan perbuatan lelaki itu. Sunoo tertawa kecil.

"Kau tak akan sakit lagi. Kau tak perlu datang jumpa aku lagi."

"Tapi kenapa?" Ringan sahaja mulut yoojung menyoal. Sunoo meleraikan pelukan, dia mengubah postur tubuh yoojung menghadapnya. Bahu gadis itu dipegang.

"Sebab aku sendiri yang akan datang jumpa kau."

Yoojung terkedu. Buat pertama kali, dia melihat sunoo tersenyum manis selain dari dalam mimpinya.

"Mata awak.."

"Hm?"

"Mata awak cantik sangat, kim."Sunoo tertawa kecil mendengar pujian yoojung.

"Yakin? Aku rasa macam dapat kutukan je bila ada mata merah ni." yoojung menggeleng. Membantah apa yang dikatakan oleh sunoo.

"Sumpah mata awak cantik sangat. Saya tak tipu." bersungguh-sungguh yoojung meyakinkan sunoo. Siapalah kata mata merah sunoo tu menakutkan? Ada masalah mata ke apa?

Tangan sunoo mula beralih tempat. Rahang yoojung disentuh lembut. Entah mengapa, yoojung rasa sesuatu di dalam hatinya. Lebih-lebih lagi, tatapan sunoo pada petang itu tampak lain.

Bukan tatapan sinis seperti selalu. Tetapi hangat. Dan dia seakan tenggelam dalam kehangatan yang diberikan oleh lelaki itu.

"bae yoojung.." ibu jarinya mengelus lembut pipi yoojung.

"Tolong aku.."

"Tolong apa?"

Sunoo tidak menjawab. Akan tetapi, pinggang yoojung ditarik merapat. Jarak wajah mereka dihapus. Yoojung tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menerima ciuman itu.

Dalam masa yang sama, kelopak mawar merah kembali gugur. Akan tetapi kali ini, kelopak yang baru tidak lagi tumbuh.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now