28

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Yoojung menayang wajah cemberut. Dia kesal. Marah kerana sunoo melarangnya untuk keluar. Pergi tempat kerja pun tak boleh, malah balik ke apartmentnya pun tak boleh. Entah apa niat sunoo mengurungnya di hotel ini.

"Yoojung noona, betul ke nak teman saya sambut tetamu ni?" Tanya niki meminta kepastian yoojung.

Bukan apa. Dia tak yakin dengan yoojung. Sewaktu berpapasan dengan dia tempoh hari pun, yoojung sudah lari kerana takut. Inikan pula hendak menjadi penyambut tetamu. Wah parah ni.

Boleh pula sunoo arahkan dia untuk membawa yoojung dekat lobi.

Sementara itu di tempat lain, sunoo berada di dalam kim's garden itu lagi bersama dengan lee heeseung. Malaikat si pencabut nyawa.

"Baru minggu lepas aku tak datang sini, tapi taman ni dah banyak bunga mawar putih." kata heeseung.

"Seokmin yang suruh tambah bunga. Jadi aku tambah bunga mawar putih. Lagipun dia kata, dia nak petik bunga dari taman aku sebab nak bagi bunga mawar putih ni dekat orang baik yang baru meninggal." Heeseung mengangguk faham mendengar penjelasan sunoo.

"Kau kena tolong aku." sunoo berkerut lalu melihat heeseung. Tawanya tercetus mendengar permintaan tolong heeseung.

"Seriuslah kau minta tolong aku?" Heeseung menoleh memandang sunoo. Dia mengangguk lalu menghulurkan tangannya pada sunoo.

"Sebenarnya ada orang yang aku masih tak dapat jemput. Aku harap kau boleh tolong aku." sunoo mengangkat kening.

"Apa yang kau beri sebagai balasan pertolongan aku?"

"Apa yang kau mahu?" mendengar itu, sunoo melakar senyum. Sekuntum senyum yang membawa maksud.

Seorang perempuan berwajah mengerikan berdiri di hadapan yoojung. Niki menolak yoojung ke depan namun tubuh gadis itu mengeras.

Kerana tidak mahu membuat tetamu hotel menunggu lama, segera niki menyambutnya. Yoojung segera ke tepi dan mengalihkan tatapannya ke arah lain.

"Selamat datang ke hotel kami. Sila ikut saya, Cik." Dalam diam, yoojung cuba untuk mencuri pandangan ke arah Niki dan gadis itu.

Hilang sahaja mereka dari pandangan yoojung, barulah dia dapat bernafas dengan lega.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now