2O

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Yoojung duduk di atas sofa panjang sambil menunggu kedatangan sunoo. Lelaki itu sempat menyediakan tiga jenis roti dan segelas teh hangat. Tak sangka ada makanan yang dimakan manusia dekat sini.

Yoojung mencicipi teh hangat. Rasanya seolah rasa penat beransur pergi setelah meminum teh tersebut.

Beberapa minit menunggu, barulah sunoo muncul. Lelaki itu menyarung tubuhnya dengan bathrobe berwarna biru gelap. Tatkala yoojung terkejut dengan penampilan sunoo, boleh pula lelaki itu tersenyum padanya.

Dengan kulit putih pucat macam tu, dipadankan pula dengan bathrobe berwarna biru gelap. Lebih-lebih lagi iris merahnya tampak sangat bersinar ketika itu.

Keadaan berubah canggung tatkala sunoo mendekatkan dengannya. Tempat duduk kosong di sebelah akhirnya diduduki oleh sunoo.

"Lama ke tunggu?" soal sunoo. Suaranya berubah serak. Matanya juga tidak lepas dari melihat yoojung.

"Tak ada lah lama mana." yoojung berusaha tidak berbalas tatapan dengan sunoo.

"Sini aku tengok leher kau." mendengarkan itu, yoojung diserang rasa panik. Sunoo mendekat, dia menjauh.

"Tak apa. saya boleh buat sendiri. Awak bagi je ubat." sunoo tercengang. Ubat?

"Heh ingat ada ubat ke? Sinilah."

"Tak nak!"

Sunoo mendengus melihat kedegilan yoojung. Tanpa aba-aba, dia terus menolak tubuh gadis itu. Dan seperti biasa, ruangan berubah dari sofa ke atas katil.

Yoojung terkejut. Sementara sunoo tersenyum senget. Dia mengangkat kedua keningnya.

"Kau nak lari mana? Orang nak ubat, dia lari."

"Apa awak nak buat dengan saya?" tergagap-gagap yoojung mengajukan soalan itu pada sunoo. Tetapi dibalas dengan sengihan penuh makna.

Sunoo merapatkan dirinya dengan yoojung. "Aku nak ubatkan kau lah."

Tidak lama selepas sunoo berkata seperti itu, terasa seperti bahagian lehernya ditiup. Yoojung memejamkan mata. Hembusan nafas hangat sunoo menampar lembut kulit lehernya.

Yoojung dilihat sekilas oleh sunoo. Tanpa yoojung sedari, tangan lelaki itu sudah berada di atas pahanya dan diusap perlahan.

"Kim." yoojung mencelik kedua mata. Tidak semena-mena, matanya bertembung dengan iris merah sunoo.

Lama mereka berada dalam keadaan seperti itu, sehingga yoojung menarik tengkuk sunoo.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now