O3

7 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Sorry, kedai kami dah tutup." ujar hyemi dengan sopan sambil menghadiahkan senyum manis pada pelanggan yang mahu masuk ke dalam kedai mereka.

"Oh yeke? Hm tak apa lah." balas pelanggan tersebut lalu berganjak pergi. Hyemi membuka topi serta apron yang dipakai olehnya.

"Yoojung, dah nak balik?" yoojung yang sudah menukar pakaian itu ditegur oleh hyemi. Yoojung mengangguk.

"Tunggu aku." Hyemi segera pergi ke ruangan menukar pakaian. Sementara itu, yoojung berdiri santai menyandarkan belakang badannya ke dinding kedai.

Kedai yang menjadi tempat kerjanya sekarang merupakan kedai roti. Dia bersyukur dapat bekerja disini. Setidaknya, dia dapat menampung kehidupannya.

Yoojung menghalakan pandangannya ke luar kedai. Tidak sengaja, dia terpandangkan sesuatu. Segera dia melarikan tatapannya. Tangannya menggigil gementar.

Nafas ditarik perlahan lalu dihembus.

"Relax, yoojung. Buat biasa saja." bisik yoojung pada dirinya sendiri.

Selang beberapa saat kemudian, hyemi muncul.

"Jom balik." Mereka berdua keluar dari kedai. Hyemi mengunci kedai sementara yoojung sedaya upaya menahan dirinya dari tidak memandang benda itu.

Entah kenapa, sejak beberapa hari ini dia sering melihat benda itu di luar kedai mereka sebaik sahaja waktu malam tiba. Yoojung tidak berani untuk menegur. Dia tidak mahu diganggu oleh benda-benda menakutkan seperti itu.

Sesampainya dirumah, yoojung segera membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, dia pergi ke sebuah bilik yang menjadi tempat untuknya menghabiskan waktu yang terluang.

Bilik yang diberi nama memori bae yoojung. Kedengaran klishe tapi itulah hakikatnya. Bilik ini menyimpan lukisan yang dilukis oleh yoojung.

Yoojung duduk di atas kerusi. Dia mula mengambil pensil dan melukis di sebuah canvas kosong di hadapannya. Dia melukis figura lelaki misteri itu. Walaupun ingatannya samar, tetapi dia tetap memaksa otaknya untuk mengingat.

Tiba-tiba terasa angin sejuk dibelakangnya. Spontan tangan yoojung terhenti. Dan disaat itu juga tangan hangat seseorang menyentuh tangannya. Tangan itu menuntun tangannya melukis.

"Rindu aku ke?"

Mendengarkan itu, yoojung segera berpaling ke belakang.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now