21

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Hai, buat apa tu?" tanya seorang gadis memakai hanbok berwarna pink. Dia melihat batu yang menjadi tempat jejaka di sebelahnya itu melukis.

Terbit senyuman di bibir si jejaka melihat sifat kepoh si gadis.

"oh ni bunga mawar." Dahi gadis itu berkerut lalu memandang si jejaka dengan tatapan pelik.

"Tapi kenapa awak tulis dekat sini? Kertas kan ada."

"Saja." jawapan sepatah yang diberikan membuatkan si gadis mencebik.

"Yah, kim sunoo!"

Sunoo lantas mengelak sebelum bahunya menjadi sasaran pukulan. Segera dia bangkit. Batu tersebut diserahkan pada si gadis.

"Buang."

"Buang?" Sunoo mengangguk.

"Kenapa kena buang?"

"Buang je lah.Banyak pula songeh kau."

Si gadis mencebik. Saat sunoo mula mengatur langkah untuk pergi, dia mengambil kesempatan tersebut untuk melihat sunoo. Si jejaka tampan yang sering memakai baju berwarna merah.

Dia menunduk melihat batu pemberian sunoo. Tersenyum dia melihat bunga mawar yang dilukis sunoo. Itu membawa maksud, bunga kepunyaan sunoo.

Yoojung mencelik perlahan. Pandangan yang kabur beransur pulih. Tidak usah ditanyakan dia dimana. Melihat siling bilik berwarna putih, sudah tentulah dia berada di dalam biliknya.

Pasti sunoo menghantarnya pulang semalam. Yoojung bangkit dari baring. Selimutnya diselak, skirt gaun tidur ditarik. Pahanya yang terluka akibat perbuatan sunoo itu kini sudah pulih.

Telefon pantas digapai. Kamera dibuka, dia melihat lehernya. Kesan cekikan itu juga hilang. Lalu, dia melihat pergelangan tangannya. Yoojung senyum apabila tanda bulan sabit itu kini menghilang sepenuhnya.

Ini berarti dia bebas? Dia sudah dapat menjalani hidupnya dengan normal? Dia tidak akan melihat hantu lagi?

Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan yoojung. Terpampang sosok hyemi di muka pintu. Sepantas kilat, hyemi mendekati yoojung sebaik sahaja gadis itu sedar.

"Yoojung, kau dah okay?" Yoojung mengangguk. Hyemi menggigit bibir sebelum dia menguntum senyum. Dia menolak bahu yoojung menggunakan jari telunjuknya.

"Kenapa?" tanya yoojung. Pelik apabila hyemi tiba-tiba melihatnya dengan tatapan nakal seperti itu.

"Untunglah kau. Ada dua lelaki hensem suka." yoojung tercengang.

"Nae?"

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now