18

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Yoojung turun dari teksi selepas membayar tambang. Dia berjalan perlahan menuju ke hotel Da Stelle . Tangga dinaiki dengan perlahan, rasa sakit ditepisnya.

Pintu masuk hotel dibuka bersahaja. Serentak dengan itu, suara penyambut tetamu menyapa kedatangan yoojung.

"Selamat datang ke hotel kami, Cik.. Eh..." Niki yang bertugas sebagai receptionist itu terkejut melihat yoojung.

"Tolong saya." Niki terkebil-kebil. Manusia meminta tolong padanya?

"Eh, cik." Niki cepat-cepat menahan tubuh yoojung dari terjatuh. Yoojung mengenggam baju Niki.

"Tolong bawa saya jumpa pemilik hotel ni."

Mahu tidak mahu, Niki terpaksa memimpin Yoojung menuju ke tingkat atas. Yoojung hanya menayang riak biasa saja tatkala penghuni hotel itu menatap pelik ke arahnya. Rasa takutnya ditepis. Dia harus menemui sunoo untuk meminta penjelasan.

Sesusah sampai di hadapan pintu masuk ruangan milik sunoo, Niki mempersilakan yoojung untuk masuk. Di dalam ruangan itu, mereka dapat lihat sunoo yang sibuk meneliti emas yang baru sahaja di dapati olehnya.

"Untung betul dapat tetamu kaya macam ni." getus sunoo sembari mengukir senyum lebar. Matanya rambang melihat emas tersebut.

Niki berdehem.

"Tuan, ada tetamu nak jumpa."

Sunoo mendongak. Melihat sosok yoojung berada dalam bilik, sunoo segera mengarahkan niki untuk pergi meninggalkan mereka berdua.

Pergi sahaja Niki, sunoo mulai menumpukan perhatiannya pada yoojung.

"Kenapa? Dah mati ke?" Dada yoojung berombak mendengar pertanyaan sinis dari sunoo. Dia melangkah merapati jejaka itu.

"Mana youngso?" tanya yoojung. Sunoo mengangkat bahu.

"Tak tahu." yoojung berdecit.

"Hah? Saya tahu dia ada dekat sini. Tolong bawa saya jumpa dia. Malam tu, dia yang panggil saya kan? Jawab!" bentak yoojung di hujung ayat.

Sunoo mencebik bibir. Dia menjeling yoojung tajam. Raut wajahnya yang girang tadi kini berubah tegang. Iris merahnya tertuju pada yoojung.

"Kakak kau tak ada dekat sini."

"Kalau dia tak ada dekat sini, dia pergi mana?"

"Entah. Mungkin dah ditangkap oleh dewa? Maklumlah kalau dokyeom yang buat kerja memang menakutkan. Tak ada kata selamat bila dah berjumpa dengan dia."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now