43

4 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sunghoon melihat pasangan kekasih yang mahu keluar itu lama. Siapa lagi kalau bukan sunoo dan yoojung? Dia mengaku terbit rasa cemburu dalam hatinya bila ada lelaki lain yang melayan yoojung selain dia.

"Awak bahagia dengan dia, yoojung? " bisik sunghoon dalam hati. Sakit rasanya kerana sepatutnya dia yang berada di tempat sunoo. Dia masih menyimpan perasaan pada yoojung. Sangat sukar untuk dia membuang perasaan yang telah lama bersarang dalam hatinya.

Hyemi berdiri tidak jauh dari sunghoon menjadi pemerhati. Dia menghela nafas. Susah juga hadap benda yang menyakitkan hati tiap hari.

"Kau tunggu sini. Aku ada urusan kejap. Jangan pergi mana-mana, okay?" kata sunoo sambil menyamakan ketinggiannya dengan yoojung.

"Okay." sempat rambut diserabutkan sedikit oleh sunoo sebelum lelaki itu berlari meninggalkan dia. Takut kena ketuk lah tu. Suka sangat sakat yoojung.

Sunoo meninggalkan yoojung di kim's garden. Biar yoojung tidak diganggu oleh tetamu hotel.

"Eh?" yoojung berkerut dahi. Kelopak kuntum mawar merah itu semakin banyak gugur.

"Jadi ini yang seokmin kirim untuk buat si sombong tu pergi?" yoojung berpaling ke belakang. Seorang lelaki yang tidak dia kenali berjalan menghampiri dia.

Yoojung hanya senyap dan memandang lelaki itu sehingga berdiri tidak jauh di sebelahnya. Decitan sinis terbit dari bibir lelaki itu. Auranya yang tegang membuatkan yoojung tidak berani untuk terus menatap.

Seram.

"Manusia lemah. Bila mati, akan jadi roh jahat. Pendendam." ujar dokyeom lagi.

"Kau tahu kenapa kelopak bunga ni banyak yang gugur?" yoojung menggeleng tidak tahu. Dokyeom menarik senyum tepi bibir.

"Semuanya sebab kau." Dari menunduk, kini yoojung mendongak.

"Sebab saya?" Dokyeom mengangguk.

"Kau fikir kau datang dalam hidup dia cuma saja-saja?" Dokyeom ketawa sinis.

" Semuanya bersebab. Dan antara salah satu sebabnya ialah kau adalah satu-satunya jalan penyelesaian untuk dia supaya dia boleh pergi ke alam baka tanpa ada masalah." yoojung terkejut mendengar penjelasan dokyeom. Jadi selama ni dia dipergunakan?

"Kuntum bunga ni dah tak banyak. Maknanya masa si sombong tu ada dalam dunia ni sama macam jumlah kuntum yang masih ada."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now