35

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

" come to me, bae yoojung. "

"Yoojung, bahu kau sakit lagi ke?" melihatkan hyemi yang khawatir akan keadaan yoojung, sunghoon yang berada disitu turut berasa khawatir.

"ha'ah. Tapi sikit je ni, jangan risau." jawab yoojung.

"kalau awak tak tahan, awak baliklah dulu. Biar saya teman hyemi harini." ujar sunghoon. Hyemi mengangguk setuju. Daripada yoojung terus-terusan menahan sakit, lebih baik gadis itu berehat.

"Tapi harini.."

"It's okay. Sunghoon dah kata tadi dia nak teman aku. Kau baliklah." Yoojung mengemam bibir. Dia rasa tidak enak dengan hyemi dan staff lain bila dia selalu dibenarkan untuk pulang awal.

"Awak nak saya hantar awak balik?"

"Tak payah. Dia balik dengan aku." Serentak mereka bertiga melihat ke arah datangnya suara itu. Kelibat sunoo berdiri di depan pintu kedai menjadi perhatian.

"Oe, bila kau masuk? Tak dengar bunyi pintu terbuka pun." kata hyemi dengan mata terkebil-kebil. Sunoo tidak menjawab sebaliknya dia mengangkat sebelah tangannya.

"Hai, hyemi." Hyemi tersipu-sipu bila sunoo menyapanya bersama senyuman.

"Nak balik ke tak?" Yoojung berdehem lalu segera pergi ke ruang belakang untuk menukar pakaiannya.

Sunghoon hanya senyap sepanjang sunoo berada disitu. Terkadang, dia melirik sunoo. Apa yang dia lihat, sunoo menatapnya dengan tajam disertakan dengan senyum sinis.

Selang beberapa minit, yoojung keluar sambil membawa beg tangannya. Dia meminta diri sebelum pergi bersama sunoo.

"Oi, kau nak duduk mana?"

"Duduk belakanglah." Sunoo berdecit.

"Duduk depan. Mengada. Kau ingat aku driver kau ke?" sindir sunoo lalu masuk ke dalam kereta.

Yoojung mencebik. Geramnya. Sudahlah buat bahu orang sakit, lepastu suka hati marah-marah macam tu. Banyak cantik muka dia!

Mahu tidak mahu, yoojung turutkan juga arahan sunoo. Tali pinggang keledar dipasang. Kenderaan pacuan empat roda itu mulai meluncur laju di atas jalan tar.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" tanya yoojung memecah kesunyian di dalam kereta.

"Kau rasa?" yoojung menghela nafas berat.

"Hotel,kan? Awak ni tak boleh ke call kalau nak saya datang? Awak ingat bahu saya tak sakit?"

"Siapa suruh tak datang? Lainkali orang panggil tu, datang."

Yoojung menyepetkan matanya. Betul-betul tak ada perasaan ke apa lelaki sebelah dia ni?

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now