22

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Selepas menikmati sarapan bersama dengan hyemi, teman sekerjanya itu berpamitan untuk balik ke rumah. Sempat juga dia meyakinkan hyemi bahawa dia baik-baik saja ketika ini.

Yoojung masuk ke dalam kamar mandi. Pili paip sinki dibuka lalu mencuci mukanya. Saat dia ingin mengapai zip gaun tidur di belakang, ada sepasang tangan yang membantu. Yoojung terkaku, dia melihat pantulan cermin.

"Awak..." lelaki beriris merah itu berada di belakangnya. Yoojung menelan air liur kelat. Dia menahan gaun tidurnya dari melorot ke bawah.

Sunoo merapati yoojung. Tangan yoojung ditepis lembut. Gaun tidurnya disingkap hingga memaparkan bahu putih milik yoojung. Sunoo menyentuh bahu gadis itu.

Sambil berbalas tatapan melalui pantulan cermin. Sunoo menarik senyum tepi bibir. Kemudian, dia menarik tangannya semula dari bahu yoojung.

Terpampang jelas ukiran bunga mawar di bahu yoojung. Bibir digigit lembut saat yoojung menyedari ukiran itu.

"Kau tahu apa maksud ukiran ni?" tanya sunoo tepat di tepi telinga yoojung.

"Bunga.." jawab yoojung sepatah. Hampir tidak kedengaran suaranya dek kerana hati yang berdebar-debar. Sunoo mengangguk.

"Maksudnya, bunga kepunyaan sunoo." Postur tubuh yoojung diubah menghadapnya. Rahang gadis itu dicengkam lembut sambil mendekatkan wajah mereka.

Yoojung memejam mata rapat. Sunoo menyeringai sinis. Kucupan lembut berlabuh pada bahagian rahang yoojung. Lalu beralih ke bahagian telinga.

"kau ingat nama aku?" tanya sunoo sekali lagi. Kali ini, yoojung mengangguk. Ya, dia ingat.

"Siapa?"

"K..kim sunoo."

Sudut bibir sunoo terbaik. Dia menyentuh bahu kanan yoojung, dimana terletaknya ukiran bunga mawar itu. Dia mengusap tanda tersebut.

"Aku akan panggil kau melalui ukiran ni." Mendengarkan itu, yoojung membuka matanya. Timbul kerutan di dahi mulus gadis itu. Panggil melalui tanda?

"Mungkin sakit sikit tapi lepas kau dah jumpa aku, semuanya akan okay."sambung sunoo lagi.

"Apa maksud awak?" Dagu yoojung disentuh.

"nanti kau akan faham."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now