33

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Wah tak sangka dewa yang paling mulia datang tempat aku. Nampak sangat tak sabar nak tangkap aku." kata sunoo selepas membuka pintu kim's garden, dia melihat sosok lee dokyeom berdiri di dalamnya.

Dokyeom tidak mengambil serius dengan percakapan sunoo. Sejujurnya, dia tidak terlalu mengambil peduli. Jika sunoo tidak sukakan dia, dia seribu kali lebih bencikan sunoo.

"tak payahlah susah-susah datang sini jemput aku. Rasa macam kena jemput dengan Tuhan." Dokyeom memandang sunoo. Lelaki itu ketawa selepas berkata seperti itu padanya.

Sudut bibir dokyeom terjungkit naik.

"Kau masih sombong." Sunoo melihat dokyeom sekilas. Dia berdecit lalu meneguk segelas wine merah yang dituangnya tadi.

"Apa yang kau takutkan, kim sunoo?" sunoo berdecit malas.

"Takut? Tak ada apa yang aku nak takutkan. Lagi-lagi berhadapan dengan kau." balas sunoo riak. Dokyeom mengangguk.

"Sombong. Riak." Dokyeom tertawa kecil.

"Kau pasti ke kau tak takut bila sesuatu yang tak baik berlaku dekat orang yang kau lindungi selama ni?" Gelas itu terhenti di bibir sunoo. Niatnya terbatal sebaik sahaja dokyeom memberi pertanyaan itu.

Tiba-tiba bayangan yoojung menjengah fikirannya. Dalam bayangan itu, yoojung sedang memegang dada. Riak wajah gadis itu berkerut seakan menahan kesakitan.

"Jangan riak sangat sunoo. Apapun, kau masih berada disini. Dan aku yang akan jemput kau nanti." Dokyeom tersenyum sinis. Dia mengerling sunoo lalu melangkah pergi.

"Sunghoon, awak nak makan?" tanya yoojung prihatin. Saat ini, dia berada di dalam rumah keluarga park. Dia memutuskan untuk menemani sunghoon memandangkan jejaka itu baru sahaja kehilangan jungyoon.

"Tak apa. Saya tak lapar." yoojung menggigit bibir lembut.

"Ah erm. Saya teman awak dekat sini eh?" yoojung mengambil tempat di sebelah sunghoon. Makanan yang dia bawa tadi diletakkan di atas meja kecil yang terletak di tepi katil.

Puan Park yang menyuruh dia untuk masuk sahaja ke dalam dan mengajak sunghoon berbicara. Siapa yang tidak risau sekiranya anak sendiri berkelakuan seperti ini?

"Yoojung."

"Y..ya, awak nak apa-apa ke?"

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now