34

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Lepas mendiang appa pergi, sekarang jungyoon yang tinggalkan saya. Lepas ni siapa? Eomma? Awak?" Yoojung memasang telinga mendengar luahan sunghoon. Dia memegang bahu sunghoon dan mengusapnya lembut.

Lelaki itu mula teresak-esak.

"Saya dah cuba, yoojung.."

"Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk selamatkan, jungyoon. Satu-satunya adik perempuan saya." Dari memeluk lutut, sungyoon menurunkan kakinya ke bawah. Dia berpaling menghadap yoojung. Matanya yang sembab melihat yoojung.

"Mungkin saya salah. Sebab melawan takdir yang sudah ditetapkan."

Sunghoon mengambil tangan yoojung. Dia menggenggamnya erat.

"Awak tak akan tinggalkan saya, kan?" tanya sunghoon.

"Sunghoon..."

"Tolong tetap berada di sisi saya."

"Tapi.."

"Saya tak akan paksa awak untuk balas perasaan saya, yoojung. Saya tahu saya tak akan ada peluang untuk menangi hati awak." Yoojung senyap. Sementara, sunghoon menayang senyum tipis.

Dia menyentuh pipi yoojung.

"Saya cuma nak kita berkawan rapat macam dulu. Awak ada dengan saya sejak kita kecil."

Perlahan yoojung mengangguk. Dia bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh sunghoon. Senyum manis dihadiahkan buat lelaki itu.

"baiklah."

Jay meneguk minuman bewarna biru itu dengan sekali teguk. Riak wajahnya berubah kelat sebaik sahaja air tersebut mengalir di lehernya. Kemudian, dia memandang jake yang sedang menantikan jawapan darinya itu.

"Macam mana jay? Sedap tak? Kau nak lagi?" Jake tidak sabar mahu mendengar komen dari jay.

"Eherm air kau ni..." belum sempat jay mahu menghabiskan ayatnya, seseorang mencelah.

"Unik air yang kau buat ni, jake. Nampak menarik." Jake malu-malu bila mendengar pujian dari heeseung si malaikat maut.

Jake bekerja sebagai barista di hotel Da Stelle sementara jay pula bekerja di bahagian housekeeping.

"Apa kata kau bagi tuan minum minuman yang kau buat ni?" jake diam. Tak mampu dia bayangkan sekiranya sunoo menjamah minuman yang dia buat.

"Korang buat apa ramai-ramai dekat sini? Tak ada kerja?" sindir sunoo yang baru masuk ke dalam cafe hotel. Dia mengambil tempat di sebelah heeseung.

"Cuba kau rasa. Anak buah kau buat." gelas berisi air biru itu diserahkan pada sunoo.

Saat lidah sunoo merasa air tersebut, singkap dia meludahnya kembali.

"Air apa ni? Kau nak tetamu kita mati dua kali ke?"

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now