O6

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

" Tolong teruskan." ujar bae youngso pada kim sunoo.

" kau yakin nak teruskan? Kau tak kisah kalau di kehidupan seterusnya kau terlahir kembali sebagai batu ke binatang? Tak kisah?" youngso menggelengkan kepala. Dia tidak peduli. Selagi yoojung tidak merasa apa yang dia rasakan selagi itu dia tidak akan berhenti.

Dia harus membalas apa yang telah adiknya lakukan terhadap dia.

"Dendam betul." bisik sunoo namun masih didengari oleh youngso. Maknanya sunoo bukan bisik suara kecil tapi besar.

"Okay kalau kau dah buat keputusan macam tu. Sila keluar." youngso terus bangkit dan berjalan keluar dari ruangan milik sunoo. Dia dipimpin oleh seorang staff hotel Da stelle menuju ke biliknya semula.

"Erm macam mana, Tuan? Kita kena teruskan ke?" soal Jungwon. Dia juga merupakan salah satu staff hotel Da stelle. Dia bekerja di bahagian ekstrem. Iaitu memberi mimpi ngeri pada sasaran pelanggan hotel.

"Perempuan tu suruh teruskan. Teruskan je." jawab sunoo acuh tak acuh. Jungwon mengangguk lalu meminta diri untuk berpamitan pergi.

Hotel Da stelle. Hotel dimana pelanggan serta penghuninya bukan manusia melainkan makhluk ghaib. Di hotel ini, mereka memberikan pelbagai perkhidmatan termasuklah perkhidmatan revenge.

Dan Kim sunoo merupakan pemilik hotel ini. Dia diarahkan untuk mengurus hotel da stelle, oleh kerana kesilapannya yang telah dia lakukan pada masa lampau. Ya, dia juga sedang menjalani hukuman yang setimpal atas kesalahannya.

Waktu pagi telah tiba, yoojung masih terduduk di atas lantai berhadapan dengan pintu biliknya. Dari semalam dia tidak melelapkan mata. Dan dia masih memikirkan kejadian semalam.

"Apa maksud dia? Aku kena ingat nama dia then semuanya akan jadi normal semula?" yoojung berbisik. Lututnya dipeluk rapat.

" aku mimpi buruk kau, bae yoojung."

Semalaman yoojung tidak tidur kerana takut akan bermimpi perkara yang buruk lagi. Mungkin akan bertambah teruk kerana kehadiran lelaki itu semalam.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now