O7

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Yoojung merenung lama pantai yang terpapar di hadapan matanya. Rambut yang mengurai, beralun ditiup angin pantai. Hari ini, dia memberitahu hyemi yang dia tidak dapat masuk kerja. Jadi, disinilah dia berada sekarang.

Mahu menenangkan fikiran. Tiga hari berlalu selepas pertemuan dia dan lelaki misteri itu. Gangguan yang dia dapat semakin teruk. Disebabkan itu, dia asyik memikirkan nama lelaki misteri tersebut.

Siapa? Siapa namanya? Kenapa dia langsung tidak ingat nama lelaki itu?

Yoojung menunduk. Pergelangan tangannya terdapat kesan lebam keungguan. Effek dari mimpi buruk. Itulah mengapa dia katakan gangguan semakin teruk. Bahkan jika makhluk ghaib itu melukainya di alam mimpi sekalipun, dia tetap mendapat luka itu di alam nyata. Dan sakitnya juga nyata.

Tanda bulan sabit pula memudar namun tidak hilang.

"Bae yoojung?" tegur seseorang. Yoojung mendongak. Drastik yoojung melepaskan keluhan panjang. Melihatkan yoojung hanya mendiamkan diri, lantas dia melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

"Yoojung-ah. Dah lama saya cari awak. Awak pergi mana selama ni? Kenapa saya cari dekat rumah awak haritu tapi awak tak ada? Auntie siap cakap yang dia...." lelaki itu tidak melanjutkan ayatnya namun mengajukan pertanyaan lain.

"Ada apa-apa jadi ke? Awak okay kan?" Sepasang mata redup miliknya tidak lepas dari menatap yoojung. Sudah lama dia mencari keberadaan yoojung. Akhirnya Tuhan mengkabulkan doanya pada hari ini.

"Eomma cakap dia tak ada anak macam saya, kan?"

"Yoojung." Dia cuba menyentuh bahu yoojung tetapi ditepis terlebih dahulu oleh gadis itu.

"Saya muak. Umpama mendiang kakak adalah anak tunggal yang mereka ada sedangkan saya pula di anak tirikan. Dari kakak hidup sampai tak ada, layanan mereka pada saya tak pernah berubah. Semakin teruk. Dibenci keluarga sendiri dan dibuang macam sampah." Yoojung menunduk menahan rasa sebak. Dia rasakan dirinya sangat lemah ketika ini. Nampak sangat menyedihkan.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now