16

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sunoo masuk ke dalam bilik yang dinamakan sebagai Kim's garden itu mencebik tatkala dia melihat kelibat seseorang di dalamnya. Sebotol wine merah dan gelas kaca diletakkan di atas meja. Dia menuangkan wine ke dalam gelas lalu diteguk perlahan.

Dia mengambil tempat berdiri di sebelah gerangan yang sedang melihat mawar merah miliknya.

"Cantik." kata orang itu. Terbit senyuman manis dibibirnya.

"Mesti orang yang sentuh mawar ni tak kalah cantiknya." sambungnya lagi. Sunoo yang mendengar, memutar mata ke atas.

"Kan, sunoo?" Dia menoleh melihat sunoo. Dia tertawa kecil apabila sunoo menjelingnya tajam.

"Kau yang hantar dia malam tu kan?" orang yang disoalnya itu sekadar mengangkat bahu dan mengalihkan tatapannya ke mawar merah.

"Kenapa kau hantar dia? Kau tak puas lagi ke nak menyusahkan aku? Suka sangat masuk campur dalam hal aku. Kau dah kurung aku dalam ni seribu tahun then kau nak aku pergi macam tu je? Seriuslah? Dewa macam apa kau ni hah, lee seokmin?" panjang lebar sunoo memarahi sosok bernama lee seokmin itu. Akan tetapi amarahnya selalu sahaja tidak di anggap oleh seokmin.

Seokmin memusing tubuhnya menghadap sunoo. Bibirnya masih mengukir senyum. Dia memegang bahu sunoo.

"Aku hantar dia sebab melalui dia sahaja, perjalanan kau akan mudah untuk pergi ke alam seterusnya." kata seokmin lembut.

Mendengarkan itu, sunoo tersenyum sinis. Dia menepis tangan seokmin. Iris merahnya tajam menatap lelaki itu.

"Kau tak tahu apa-apa pasal aku. Dan bunga ni...." Sunoo menatap mawar merah itu dengan penuh kebencian sebelum menatap seokmin semula.

"Aku benci bunga ni mekar. Dia jadi buruk. Aku harap kelopak bunga ni akan gugur satu persatu." kata sunoo keras lalu berlalu pergi dari ruangan tersebut.

Seokmin mengeluh pendek melihat sunoo. Dia menggelengkan kepala.

"Masih ego."

"Keras kepala."

"Sombong."

"Kim sunoo."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now