24

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

" Bunga yang cantik. Sangat cantik. " Pujian terbit dari bibir seokmin ketika dia menyiram bunga mawar itu. Kelopaknya yang berwarna merah, tangkai yang menghijau. Tidak menyangka, di dalam bilik yang suram ini , hanya bunga mawar merah ini sahaja yang hidup di ruangan tersebut.

"Eo.. Satu kelopak gugur." Seokmin mengambil kelopak bunga mawar yang gugur itu.

"Kau ni tak ada kerja lain ke selain dari lepak dekat sini?" Seokmin berpaling ke belakang tatkala mendengar teguran seseorang. Sekuntum senyum terlakar, dia menyerahkan kelopak bunga yang gugur itu kepada sunoo.

"Bunga kau. Gugur." Sunoo menjeling kelopak bunga itu. Riak wajahnya datar. Dia berdiri di sebelah seokmin sambil berpeluk tubuh.

"Kau betul-betul nak halau aku dari sini, kan?" Seokmin tertawa kecil. Dia meletakkan semula kelopak bunga itu di tempat dia mengambilnya tadi.

"Jangan tunjuk sangat yang kau bencikan aku, sunoo. Kau patut bersyukur sebab aku berniat nak tolong kau. Lagipun, sudah terlalu lama kau dekat sini. Apa lagi yang kau mahu?" Seokmin kemudian menoleh memandang sunoo.

"Atau ada seseorang yang kau ternanti-nantikan kedatangannya?" Sunoo diam. Mengiyakan tebakkan seokmin.

"Wah aku tak tahu pun dekat sini ada rama-rama. Cantiknya." Seokmin teruja melihat rama-rama hinggap di bunga mawar milik sunoo.

"Aku rasa kau kena tambah lagi bunga dalam bilik ni biar tak nampak suram sangat." Cadang Seokmin. Dia melihat keliling yang masih kosong.

Sunoo yang melihat rama-rama itu segera mengusirnya dari menyentuh bunga mawar tersebut. Dia melihat seokmin sekilas sebelum keluar dari ruangan itu.

" come to me , bae yoojung. "

"Sssttt.." Yoojung mendesis sakit sambil memegang bahunya. Tiba-tiba sahaja bahunya sakit seakan-akan ada yang mencucuk.

"Yoojung." Sunghoon yang panik melihat keadaan yoojung itu segera mendapatkan gadis itu.

"Awak okay tak?" Yoojung menggeleng. Peluh-peluh mula merenik.

Tanpa berkata apa-apa, sunghoon segera mengangkat tubuh yoojung.

"Saya hantar awak pergi hospital."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now