49

5 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sejambak bunga ros merah yang dipegang oleh yoojung itu dihidu. Bibirnya tidak lekang dengan sekuntum senyum manis. Yoojung membuang pandang ke luar tingkap kereta. Tak sabar rasanya mahu bertemu dengan sunoo.

Sementara itu disisi lain, sunoo merenung sekuntum mawar putih ditangan. Fikirannya menerawang mengingat bae yoojung. Mungkin sudah saatnya dia melepaskan gadis itu.

Dia sedar. Dunia mereka berdua berbeza. Sangat mustahil untuk dia memiliki yoojung.

" Di kehidupan selanjutnya, saya akan tetap jadi perempuan awak, kan? "

" awak akan ingat saya, kan?"

"Ingatan tu akan terhapus di kehidupan yang selanjutnya."

Suara seseorang menyentakkan lamunan sunoo. Seokmin mengambil tempat di sisi sunoo. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah jejaka itu.

"Kau tak akan ingat dia dan begitu juga dengan dia. Dia tak akan ingat kau." sambung seokmin lagi.

"Boleh kau tolong aku?" Seokmin mengangguk.

"Sudah tentu. Apa yang aku boleh tolong?"

"Tolong hapus kenangan kami dari ingatan dia." Seokmin mengangkat sebelah kening mendengar permintaan sunoo.

"Kau pasti?" sunoo angguk. Daripada yoojung terus-terusan kecewa setelah mengetahui kepergian dia, lebih baik kenangan mereka terhapus dari ingatan gadis itu. Lagi pula, ini semua demi kebaikan yoojung sendiri.

"kalau boleh, semua hal yang membabitkan aku, hilang. Jangan sisakan walau satu pun jejak aku." Seokmin diam sejenak sebelum bersuara kembali.

"Kadang-kadang dengan satu permintaan, akan menyebabkan orang tu alami kecelakaan."

"K...k..kim."

Kepala yoojung mengeluarkan cairan darah merah pekat. Sekujur tubuhnya terasa sakit yang teramat. Darah yoojung menitik mengenai kuntuman mawar merah.

Teksi yang dinaiki yoojung tiba-tiba sahaja hilang kawalan dan berlanggar dengan sebuah lori.

"Yoojung.."

Yoojung sempat melihat orang yang memanggil namanya itu walaupun penglihatannya kabur.

"Yoojung, jangan pejam mata. Saya akan selamatkan awak." sunghoon bertambah panik tatkala yoojung mula hilang kesedaran diri.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now