11

5 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sunoo tersenyum puas melihat yoojung yang menangis teresak. Lemah. Manusia memang lemah. Dia menyentuh pipi basah yoojung. Lalu diusapnya lembut.

"Kau nak tahu apa salah kau?" Yoojung mengangguk. Tidak lama selepas itu, pahanya terasa seperti terbakar tatkala sunoo menyentuhnya. Jeritan dan rintihan kesakitan dari yoojung membuatkan sunoo semakin bersemangat mahu menyeksa gadis itu.

"Sakit. Berhenti. Tolong." rayu yoojung. Dia tidak dapat menahan kesakitan yang diberi oleh sunoo.

Sunoo berhenti. Jarak mereka dirapatkan. "Ini belum setimpal dengan apa yang kau buat." bisik sunoo di telinga yoojung.

Yoojung menggigit bibir.

"Apa yang saya dah buat sampai awak bagi hukuman macam ni? Awak ni apa? Kalau awak bukan hantu, habis awak ni apa?" Sunoo terkekeh sinis.

"Aku mimpi buruk kau, yoojung." Mendengarkan itu, yoojung terus menolak kasar sunoo hingga lelaki itu menjauh darinya.

"Okay! Ikut awak nak buat apa dekat saya sekalipun saya tak peduli. Jujur, saya dah bosan dengan semua ni. Dengan apa yang jadi sekarang. Terserah awak nak ganggu saya terus-menerus, saya tak kisah." sunoo bangkit. Dia mendekat namun yoojung menjauh.

"Then die."

"Mati adalah penyelesaian semua ni. Mati, dan semua gangguan ni akan berakhir." Yoojung mengetap bibir rapat. Dia menyekat air matanya.

Tanpa berkata apa-apa, dia segera keluar dari bilik itu meninggalkan sunoo sendirian. Sunoo kembali duduk di tepi katil.

"Lemah."

Yoojung mencari-cari jalan keluar di dalam hotel itu. Walaupun jalan yang dia lalui sekarang ini sunyi, tetapi suara serta bunyi menakutkan memenuhi ruangan tersebut. Semestinya berasal dari bilik yang sudah berpenghuni.

"Cik.." Yoojung dikejutkan dengan seorang staff hotel yang menegurnya. Yoojung tidak membalas sebaliknya dia melarikan diri.

Staff hotel itu kebingungan melihat tingkah laku yoojung. Dia menggaru kepala. Pelik.

"Kenapa?" soal Jungwon yang baru sahaja selesai menghantar tetamu hotel ke bilik. Niki menggelengkan kepala.

"Tak. Aku pelik je. Macam mana manusia boleh masuk dalam hotel ni?"

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now