36

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Apa?" tanya yoojung bila sunoo memandangnya lama. Seram sejuk pula rasanya.

"Kau tak takut lagi?" tanya sunoo. Yoojung berdecit. Macam mana nak takut kalau dia sudah terbiasa melihat benda-benda menakutkan? Cuma yang bezanya di dalam hotel ini, rata-rata hantu yang menginap akan berwajah pucat sahaja.

"Tak." sunoo menarik senyum tepi bibir. Kemudian, dia mengangguk.

"Okay kalau macam tu. Kau tunggu sini. Aku ada urusan sekejap dekat atas." Mata yoojung membulat. Dia melihat keliling. Air liur ditelan kelat.

Segera dia memeluk lengan sunoo. Tak nak tinggal sini seorang diri.

"Cakap tak takut." Yoojung menggigit bibir. Dia kemudian menayang sengihan.

"Takut sikit. Awak jangan tinggal saya. Saya nak ikut."

Sunoo mengambil tangan yoojung yang memeluk lengannya lalu menyulam jari-jemari mereka. Yoojung yang perasan akan tingkah sunoo itu diam. Kenapa sunoo tiba-tiba baik?

"Kau tak boleh lari dari aku, yoojung. Kau akan ikut kemana saja aku pergi." Yoojung bungkam. Sunoo senyum tipis lalu menarik yoojung mengikuti langkahnya.

Niki dan Jay yang melihat adegan itu terkebil-kebil. Belum pernah mereka melihat sunoo berkelakuan seperti itu. Mereka memandang sesama sendiri.

"Kau fikir apa yang aku fikir?" Jay mengangguk.

"Kau pun fikir apa yang aku fikir?" Kali ini giliran niki pula yang mengangguk.

"Wah. Awak ubah tempat ni?" tanya yoojung dengan nada teruja. Suka dia melihat bunga-bunga mawar yang ditanam disana. Walaupun hampir kesemuanya berwarna putih.

Sunoo yang berjalan di belakang yoojung hanya diam dan memerhati tingkah gadis itu. Tanpa disedari olehnya, senyum sudah terlakar di bibir.

"Eh tu bunga awak, kan? Cantiknya. Makin cantik dari hari pertama saya nampak." Yoojung berlari mendekati mawar merah itu.

"Kau suka?"

Yoojung melihat sunoo sekilas. Dia mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Suka. Saya paling suka bunga mawar."

Seketika, kedua-duanya senyap. Yoojung sibuk memerhati kawasan keliling.

"Kalau awak pula, awak suka bunga apa?"

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now