46

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Usai membayar tambang, yoojung keluar dari teksi. Hotel Da Stelle dituju. Hari ini sunoo tidak datang menjemputnya seperti selalu. Mungkin masih bersedih kerana kehilangan dua staff hotel?

Sesampainya di lobi hotel, meja receptionist yang kosong itu ditatapnya. Selalu Niki yang sambut dia dengan kenakalan lelaki itu tetapi sekarang sudah tiada lagi usikkan niki.

"Sayang."

Sunoo bergegas menghampiri yoojung sebaik sahaja pintu lif terbuka.

"Kim." Sunoo terkaku bila tubuhnya dipeluk oleh yoojung.

"Sayang, kenapa?" Yoojung menggeleng tanda tiada apa-apa. Dia hanya ingin memeluk sunoo.

"Saya rindu awak."

Mendengar ucapan rindu itu, sunoo terkekeh kecil. Dia meleraikan pelukan sambil memegang kedua belah pipi yoojung. Sekilas, dahi gadis itu dikucup lembut.

"Aku lagi rindu kau." yoojung mengangkat kening. Dia tersenyum mengusik.

"Rindu banyak mana?"

Sudut bibir sunoo terbaik. Dia merapatkan wajahnya dengan yoojung.

"Infinity." Yoojung tersipu-sipu mendengar jawapan dari sunoo.

"Jom naik. Malam ni kau tidur dengan aku, kan?" Yoojung sekadar mengangguk. Sunoo tersenyum girang. Tangannya melingkar di pinggang ramping yoojung.

Lilin beraroma terapi wangian bunga mawar dibakar. Dan wangiannya semerbak memenuhi ruangan bilik sunoo. Sunoo sengaja buat begitu agar suasana menjadi romantis.

"Kim, awak sediakan semua ni ke?" Yoojung terkebil-kebil bila kelopak bunga ros dalam jumlah yang banyak berada di atas lantai bilik. Sunoo mengangguk mengiyakan. Dia merampas beg tangan yoojung lalu menolak gadis itu menggunakan jari telunjuknya.

"Pergi mandi sana. Busuklah." wajah yoojung berubah cemberut apabila sunoo kata dia busuk. Hei.

Sunoo ketawa saat yoojung merampas tuala yang diberikan olehnya dengan kasar. Tidak lupa juga dengan bibir yoojung yang memuncung. Jelingan tajam gadis itu lagi.

Sementara yoojung pergi membersihkan diri, sunoo menyimpan beg tangan gadis itu di atas meja. Jug berisikan air merah buatan jake itu dituang ke dalam gelas.

"Kena pakai ni ke? Aku tak ada bawa baju lebih." yoojung menggigit bibir saat bathrobe berwarna maroon itu tergantung elok di belakang pintu kamar mandi.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now