23

4 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Leher yang yang terasa lenguh disentuh yoojung. Dia melemparkan tatapan ke luar kedai. Hari sudah senja. Sebentar saja lagi kedai roti ini akan closing.

Sudah seminggu berlalu selepas sunoo meninggalkan tanda di bahunya. Selama seminggu ini juga, dia tidak melihat lelaki itu dimana-mana. Dari apa yang dia alami selama seminggu ini, dia masih lagi dapat melihat makhluk ghaib.

Namun ada yang membuatkan dia pelik. Setiap kali dia keluar kemana-mana, pasti makhluk itu lari atau menjauhkan diri dari dia. Entah apa sudah jadi. Selalunya yoojung yang lari. Dah terbalik pula dah.

Loceng pintu masuk kedai berbunyi menandakan ada pelanggan masuk ke dalam.

"Hai, yoojung." sapa sunghoon dengan nada mesra. Dia lah pelanggan yang masuk tadi. Beg plastik di tangannya ditunjukkan pada yoojung.

"Jom makan." Ajak sunghoon. Yoojung tersenyum kekok. Dia mengerling ke arah hyemi yang baru sahaja keluar dari bahagian dapur bersama dulang berisikan roti.

"Eo Doktor Park, annyeong." Tegur Hyemi mesra sambil meletakkan roti yang dibawanya ke tempat yang disediakan.

"Hai, hyemi." Balas sunghoon. Hyemi menghampiri mereka berdua. Dia memandang yoojung dan sunghoon silih berganti. Sekilas, dia tersenyum nakal. Atau lebih tepat mengusik.

"Doktor nak bawa jung pergi makan eh?" tebak hyemi. Melihat beg plastik berisi makanan itu, dia sudah mengerti.

"Kalau awak tak kisah, saya nak pinjam staff awak kejap." Hyemi tertawa mendengar kata-kata Sunghoon.

"Macam tak biasa, doktor. Pergilah. Hari ni, saya bagi dia balik awal sikit."  Yoojung yang mendengar jawapan dari hyemi itu bagai hendak pitam rasanya. Lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat.

Dia nak elak dari bertemu dengan sunghoon dengan bantuan hyemi. Akan tetapi malah hyemi dengan rela hati membiarkan dia untuk pergi bersama sunghoon.

"Hyemi..." Hyemi hanya tersengih. Dia tahu yoojung marah padanya namun apa dia peduli? Dia cuma nak yoojung bahagia.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now