42

5 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Kim, jangan gerak lah. saya nak melukis." marah yoojung apabila sunoo tidak berhenti bergerak. Macam mana dia nak lukis kalau macam ni?

"Gerak pun tak boleh. Kau ni."

"Hah cebik-cebik. Saya tarik bibir tu karang dah nak sama macam bibir itik."

Sunoo memutar mata ke atas mendengar ugutan yoojung. Beberapa jam kemudian, lukisan yoojung hampir siap. Tinggal melukis bahagian muka sahaja.

Akan tetapi, saat yoojung melihat sunoo kembali. Senyuman lebar tadi kini memudar semula. Dia menarik nafas lalu dihembusnya perlahan.

"Awak, lepaskan topeng tu. Saya nak lukis muka awak je lagi."

"Lukis je lah. Apa susahnya?"

Yoojung mendengus kasar. Sunoo ni dari tadi ada je lah yang dia nak buat yoojung naik angin. Malas mahu melayan sunoo, akhirnya yoojung meletakkan pensil.

Kemudian dia bangkit dan keluar dari bilik itu. Yoojung menuju ke dapur. Sementara sunoo mengekorinya dari belakang. Sesampainya di dapur, yoojung mengeluarkan kek serta roti yang dia beli petang tadi dan diletakkan di atas meja.

Tidak lupa juga dengan susu strawberi. Yoojung menarik salah satu kerusi meja makan dan melabuhkan punggungnya disana. Dia menjeling sunoo yang duduk di hadapannya. Sibuk je!

Tanpa peduli dengan kehadiran sunoo, yoojung segera menjamah makanan itu.

"Sayang."

Yoojung memekakkan telinganya.

"Sayang, merajuk ke?"

Walaupun yoojung mendiamkan diri, sunoo tetap memanggil gadis itu. Suka betul dia menyakat yoojung. Muka cemberut dengan mulut yang terkumat-kamit.

"Awak boleh diam tak?" marah yoojung tatkala sunoo tidak berhenti memanggilnya. Dari meja makan sampailah dalam bilik. Tak senang dia nak tidur.

"Tak boleh." yoojung mendengus lalu mengiring membelakangi sunoo.

"Kau merajuk sebab tak dapat lukis muka aku?" yoojung mencebik. Sudah tahu, mahu tanya lagi. Ketuk karang kepala tu guna kuali baru tahu.

"Sayang." yoojung menepis tangan sunoo yang memeluknya dari belakang.

"Eish, kim! Janganlah." Sunoo menggeleng . berkeras tidak mahu melepaskan yoojung.

"Tak nak lepas. Malam ni kau tidur dengan aku."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now