38

4 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Yoojung menyentuh bibirnya lalu digigit apabila dia teringatkan kejadian di kim's garden petang tadi. Serasa mahu menjerit apabila sunoo mengucupnya.

Ketika ini, yoojung sedang berada di cafe hotel. Dia disajikan oleh Jake minuman berwarna merah. Bukannya diminum malah dia sibuk mengelamun. Atau lebih tepat berangan.

Dia disuruh menunggu disini sementara sunoo pergi berjumpa dengan seseorang.

"Oi manusia. Kau ni kan, aku dah hidang air bukan nak minum ke apa? Sibuk berangan." marah jake kerana air yang dibuatnya masih belum terusik. Mendengarkan itu, yoojung tersengih.

"Sorry." jake menjeling. Sebenarnya dia cuma nak dengar komen dari yoojung tentang air buatannya saja. Bukan marah apa pun.

"Macam mana?" soal jake apabila yoojung meminum air itu. Yoojung membuat riak bingung lalu memandang air yang dia minum.

"Air apa ni?"

"Haih. Jus biasa je. Macam mana? Sedap tak?" walaupun mengeluh, jake tetap bertanya pada yoojung.

"Sedap! Rasa macam buah anggur. Tapi ada pahit-pahit sikit. Macam mana eh nak jelaskan? Erm tapi sedaplah. Saya baru pertama kali minum air ni." jelas yoojung sembari menghabiskan air tersebut.

Jake apa lagi? Senyum lebarlah dia bila ada orang puji minuman dia. Sebelum ni kutukan saja yang dia dapat, lagi-lagi bila sunoo yang rasa air dia. Siap cakap tetamu hotel akan mati dua kali kalau minum air dia.

"Nampaknya citarasa kau memang tinggi." yoojung senyum. Dia menyuakan gelasnya yang kosong.

"Nak lagi." dengan senang hati, jake membuat lagi air yang diminta oleh yoojung. Siap bersiul-siul lagi kerana gembira.

"Senang hati nampak." tegur jungwon yang baru tiba di cafe hotel. Dia mengambil tempat duduk selang tiga kerusi dari yoojung.

"Mestilah. Ada orang puji minuman aku. Bukan macam korang. Sepatah haram pujian susah sangat mulut korang nak ucap. Entah-entah masa meninggal, tak sempat ucap kata-kata terakhir." Jungwon berdecit apabila jake menyindirnya. Eleh macam je diorang satu rumah.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now