Bab 2

10.5K 310 2
                                        

Penerbangan yang memakan masa berbelas jam itu tidak dirasakan. Dan kini, Amalia Arsya bersama ketiga-tiga abangnya telah pun tiba di Malaysia.

"Dah. Jom masuk. Go to your bed, take a bath and rest. You'll be in Eliminate Company starting from tomorrow." Ammar bersuara setelah sampai di hadapan pintu gerbang banglo milik mereka.

"Em okay. Good night, abang." Arsya berjalan terus ke bilik yang dipandu oleh seorang pembantu rumah sambil melihat kedudukan barangan perhiasan dan perabot di dalam rumahnya. Kemudian dia berjalan ke arah abangnya dan memberikan ciuman pada pipi setiap seorang.

"Jangan nak ambil hati abang. Don't forget about tomorrow okay. Good night." Aqil memberi amaran dan kemudian mencubit pipi adiknya.

-----------------

Arsya mula menjejakkan kakinya ke Eliminate Cruise. Hari pertamanya bekerja di situ. Sebagai doktor pakar atas kapal.

Langkah kakinya semakin laju ke arah kaunter pertanyaan. Kononnya ingin bertanya bagaimana hendak mendaftar padahal dia sudah dimaklumkan oleh Ammar sendiri bagaimana prosedur kerja di syarikat yang gah itu. Tiba-tiba, seorang lelaki merempuhnya dari tepi.

"Oh gosh!" Arsya yang memakai kasut tinggi dan berskirt pendek terjelopok jatuh ke atas lantai marmar syarikat tersebut.

"Sorry. I didn't see you!" Lelaki tersebut mula menundukkan muka dan menyuakan tangan untuk membantunya bangun.

"Oh, nevermind." Arsya bangun dan melihat lelaki yang melanggarnya tadi. Walaupun hakikatnya dia geram tapi mulutnya dipaksa untuk tersenyum.

"Did I hurt you?" Lelaki itu memandang Arsya dari atas hingga ke bawah. Lawa!

"Nope. I'm okay." Arsya sebenarnya agak tergesa-gesa. Sebab dia baru mendapat pesanan ringkas daripada Abang Ammar.

"Are you new here? I've never seen you before."

"Yes . I'm new here."

"Oh. Are you malaysian?"

"Ya, saya pure Malaysian." Arsya menjawab dengan pelat United Statenya.

"Lah? Boleh cakap melayu? I ingat you minah saleh tadi."

"Minah saleh?" Arsya mula mengerutkan keningnya. Apa benda ni minah saleh? Abang tak pernah bagitahu pun pasal minah saleh ni. Dalam kamus pun tak ada.

"Yap." Aslam mengiakan kata-katanya.

"Emmmm ok." Lantaklah minah saleh ke ape ke ada aku kisah?

"Err. May I know your name?"

"Sure. Kenalkan, my name is Amalia Arsya."

"Amalia Arsya?" Mulut lelaki itu terkunci sebentar. Kemudian dia menyuakan tangan tanda perkenalan.

"Oh. I'm Aslam Haizqril. Nice meeting you."

"Nice meeting you too. Sorry Aslam, I have to go. Bye."

"Wait, Amalia Arsya. Can I have your phone number?" Aslam mencuba nasib. Mana tahu, kan? Rezeki. Aslam sengih.

"Sure." Arsya terus memberikan nombor telefonnya kepada lelaki yang baru dikenalinya itu.

"Thank you, pretty." Aslam seperti ingin bersorak. Tapi, dia terus terdiam. Teringatkan seseorang lain yang sudah lama bertapak dalam hati kecilnya ini.

"Pleasure. Bye, Aslam." Arsya terus melajukan langkah kakinya apabila melihat abangnya, Ammar sudah tercegat di hadapan pintu lif dan memandang kearahnya dengan pandangan sukar ditafsir.

"Adik cakap dengan siapa tu?"

"Pekerja abang." Arsya menjawab dengan malas. Takkan benda macam tu pun nak tahu? Abang, abang. Arsya menggeleng.

"Borak apa je?" Ammar bertanya lagi.

"Kenalan ajelah." Arsya menjawab seraya mengeluarkan telefon pintarnya. Main game. Haha. Malas layan abang.

"Okay." Ammar malas hendak melanjutkan soalannya. Hal sebegitu tidak penting baginya.

Cintaku KembaliCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang