Aqil mengejar Aslam. Lalu dipegang erat tangan Aslam. Aslam lantas menolak Aqil sekuat yang mungkin.
"Kalau kau nak jadi manusia yang rugi, kau tak payah dengar explanation aku. Kau pergi. Pergi untuk selamanya dari hidup Arsya." Aqil bersuara.
Ish, Aqil . Berani kau. Kang dia pergi sungguh, mati kau.
Langkah kaki Aslam tiba-tiba terhenti. Lalu dia toleh ke belakang dengan muka yang sembam.
"Kenapa tipu Aslam? Aslam tahu Aslam jahat dulu. Aslam tahu Aslam bukan seorang yang baik. Sembilan tahun makan hati sebab sayangkan orang yang dah meninggal. Tiba-tiba, dia wujud balik. Sebenarnya tak mati. Apa yang merepek sangat ni?!" Aslam terketawa dalam tangis.
Kesian kau, Aslam. Ini memang salah kitorang. Aqil menunduk.
"Aslam, abang nak jelaskan semuanya kat kau."
Aslam tidak beriak apa-apa. Tidak menjawab dan tidak pula melangkah pergi dari situ.
"Sebenarnya, sepuluh tahun lepas. Adik disahkan menghidap barah otak. Memang tinggal sepuluh persen aje lagi peratus untuk dia hidup. Then, kitorang terbangkan dia ke US untuk dapatkan rawatan yang terbaik. Kitorang memang tak fikir banyak dah masa tu. Kritikal sangat. Kitorang hebohkan kat sini yang adik dah meninggal so kitorang tak payah susah-susah dah." Aqil menjelaskan apa yang terjadi sepuluh tahun lepas.
"Kenapa tak kasitahu Aslam?" Aslam bersuara setelah diam begitu lama. Barah otak? Apahal aku langsung tak tahu?
"Kenapa Aslam tak tanya diri Aslam sendiri apa yang Aslam dah buat dulu? Aslam yang tinggal Arsya. Kalau abang tahu Aslam cintakan Arsya separuh mati macam ni, abang akan terbangkan Aslam setiap bulan ke US untuk jumpa Arsya and pulihkan ingatan dia." Aqil menjawab dengan tenang.
"Errr, Lam tak tahu nak cakap apa pasal ni. Lam kena tenangkan fikiran dulu."
"Please. Perkahwinan korang tinggal dua bulan aje lagi."
"Em, Aslam balik dulu. Kirim salam kat Arsya. Cakap kat dia, Aslam sayang dia. Bye, abang."
"Okay. Take care." Aqil tersenyum.
At least dia cakap dia sayang Arsya. Dah cukup untuk redakan rasa bersalah aku dengan diorang.
-------------------
Aslam memandu keretanya sambil kepalanya berputar ligat dan mencerna cerita Aqil.
Ish macam lawak. Macam fairytale pun ada. Tapi takdelah klise sampai macam ni. Apasal hidup aku klise sangat ni? Aslam tergelak. Tu lah. Aku ni dapat balasan gamaknya. Tiba-tiba telefonnya berdering.
"Hello, ma. Hah?! Papa sakit? Okay Lam balik sekarang." Kemudian dia terus menuju ke airport untuk menaiki flight balik ke Alor Setar. Malas nak bawa kereta. Kepala ni pening fikirkan Arsya.
Perjalanan yang memakan masa tidak sampai sejam, Aslam rasakan macam lima minit. Disebabkan otaknya asyik mengingatkan semua kenangan dan semuanya tentang Arsya. Amalia Arsya sudah kembali? Aslam tersenyum dan kemudiannya air matanya tumpah.
-------------------
"Aslam, papa nak Lam uruskan syarikat papa." Tuan Zamri separuh meminta kepada anaknya.
Aslam buat muka terkejut. Okay ini lagi satu bala.
"Tapi kenapa Aslam? Abang Akram dengan abang Azri kan ada."
"Papa dah agihkan bahagian kan? Aslam dah lupa?"
Ya. Aku lupa. Syarikat papa tu sebenarnya syarikat untuk aku. Papa boleh dikatakan sebagai pengganti aku je masa aku takde. Okay. Ingat dah. Abang Akram and Abang Azri dah ada syarikat lain. Okay. Mampos aku. Aslam bermonolog sendiri.
Aku taknak tinggal kerja perkapalan. Aku taknak duduk Kedah. Macam mana nak jumpa Arsyaaaaa.
Aslam macam nak menangis aje. Sedih betul. 'Tapi papa sakit... Aku je harapan untuk syarikat tu hm.
"Aslam. Tolonglah papa. Papa dah tunaikan janji papa untuk biar Aslam kejar cita-cita kerja atas kapal kan?"
"Hm, yalah pa. Tapi Lam ada satu syarat."
"Syarat apa?"
"Lam nak pindahkan ibu pejabat syarikat ni ke Kuala Lumpur."
"Ikut suka Aslamlah. Papa tahu Aslam taknak pisah dengan Arsya, kan? Janji Lam nak urus syarikat pun papa dah bersyukur sangat." Tuan Zamri tersenyum lantas mendail nombor seseorang.
"Hello. Mulai esok, Aslam merupakan CEO baru Ashaiz Holdings. Dan uruskan pemindahan ibu pejabat Ashaiz Holdings ke Kuala Lumpur. Ya, Aslam akan menetap disana."
Aslam terdiam.
Sedihnya.. Dah tak boleh kerja atas kapal. Tapi takpalah, papa dah tolong aku banyak.
Aslam menghela nafas. Penat. Penat dengan semuanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.