Menggigil badan Aslam melihatkan isterinya yang menindih badannya di dalam kolam ini. Sungguh. Seram. Sebenarnya, dia sendiri memilih bersalin di dalam air. Untuk menyenangkan isterinya. Dan bila isterinya sudah disuruh untuk masuk ke dalam kolam itu, dia pun join jugak. Nak teman katanya. Sekarang ini, dia yang menggigil terlebih.
"Abang ni kenapa?"
"Takutlah, sayang. Sayang tak takut?" Aslam memegang erat tangan Arsya.
"Hey. Sayang yang nak bersalin, bukan abang."
"Effect tu sayang. Sampai kat abang. Dup dap dah hati ni." Arsya senyum tetapi tiba-tiba, dia terasa sakit.
"Abang.. Sakit..." Arsya mula tidak betah. Dan badannya dijatuhkan di atas badan Aslam sepenuhnya.
"Kuat, sayang. Abang ada dengan sayang." Aslam memegang erat tangan itu dan kepalanya diletakkan di bahu isterinya sambil membisikkan doa penguat semangat.
------------------
Adam Ashraff dan Adam Haizrill selamat dilahirkan. Kembar seiras yang comel. Comel sangat. Persis mama dan papanya. Dan hari ini, sudah seminggu mereka dilahirkan. Aslam bercuti sampai sebulan kerana ingin menjaga isteri dan anaknya. Urusan syarikat semuanya diserahkan kepada Aqil dan abangnya yang lain. Arsya menidurkan Ash dan Zrill di bilik mereka. Tiba-tiba, badannya dipeluk dari belakang.
"Amalia Arsya."
"Ya, Aslam Haizqril." Arsya senyum manis sambil menolehkan muka mendongak memandang Aslam.
"Abang tak sangka sayang masih hidup." Air mata Aslam seakan mahu mengalir. Arsya terus menarik Aslam duduk di atas katil.
"Kenapa ni, bang?" Aslam terus memeluk erat tubuh itu. Menangis dan melepaskan pelukan seraya menatap lembut menusuk mata Arsya. Aslam senyum.
"Allah uji abang. Dugaan yang paling besar dalam hidup abang, kehilangan sayang dua belas tahun lepas. Diorang bagitahu sayang meninggal. Memang abang tak dapat maafkan diri abang. Dan bila sayang sebenarnya masih hidup, abang rasa abang tak tahu nak buat apa. Abang rasa kena tipu. Tapi abang sangat nakkan sayang. Abang dah tak kisah kena tipu ke apa ke. Abang tetap nak."
Arsya mengusap lembut pipi Aslam. "Benda dah lepas. Kenapa ni?"
"Entah, sayang. Abang takut sangat semua ni mimpi. Abang takut abang terjaga dari mimpi indah ni. Mimpi memiliki sayang."
"Tak. Abang tak mimpi. Sayang ada. Sayang yang asli. Kat depan mata abang. Sekarang dan selamanya milik abang. Sayang tak akan tinggal abang."
"Terima kasih, sayang. Abang tak pernah salah pilih sayang dalam hidup abang. Cuma dulu, abang tak tahu hati abang yang sebenar. Mencintai Amalia Arsya bukannya orang lain."
"Dah dah. Taknak nangis. Tak macholah suami Arsya kalau nangis macam ni. Mana kesayangan sayang yang selalunya bajet tu? Bajet tough. Bajet handsome. Bajet macam style sangat diri tu. Bajet segalanya." Arsya sengaja mengusik sambil tersengih.
"Hahaha. Nakal. Abang buat bajet aje depan sayang. Nak bagi sayang sukakan abang. At last, abang berjaya. Amalia Arsya cintakan abang."
"Arsya sayang abang." Amalia Arsya menyembamkan mukanya di dada Aslam.
"Aslam pun sayangkan sayang." Aslam membalas pelukan itu.
Cinta yang suci tidak perlu kita kejar. Ia akan datang dengan sendiri. Dan bila kita menemui cinta itu, kita tak akan pernah sedar akan kehadiran dia disisi.
Terpisah sembilan tahun dan akhirnya bertemu kembali. Menjalin cinta abadi. Kalau dah jodoh, lari ke pelusuk dunia mana pun tetap akan bertemu jua.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.