Bab 35

5.4K 181 2
                                        

Miyyo bergegas naik ke officenya. Memang kalutlah. Ada meeting kat Australia. Takut tak sempat. Tadi dah nak berlepas. Tiba-tiba tertinggal fail dekat office. Memang menyusahkan. Nak suruh PA ambil pun, dia cuti harini. Kenapa kau cuti harini?!!

Miyyo mula berlari anak kerana terlalu mengejar masa. Dan kerana lariannya yang makin lama makin laju, dia merempuh seorang wanita. Jatuh tersembam. Dengan skirt ketatnya. Memang terbaik punya jatuhlah. Miyyo hanya berkalih dan mengucapkan maaf. Lalu dia terus berlari ke arah lif yang masih terbuka.

"Fuhhh. Nasibbaik ada." Dia mengerling jam. Masa semakin suntuk. Lalu dia ke lif kembali dan terus berjalan menuju ke kapal terbang peribadinya.

------------------

Miyyo menghela nafas seraya memandang ke luar. Dilihatnya pemandangan yang sangat indah. Indah sungguh ciptaan Allah. Tiba-tiba, pramugari yang ditugaskan untuk pesawat ini menegurnya.

"Tuan." Wanita itu memanggilnya sambil menunduk sedikit.

Miyyo terus berpaling. Dilihatnya riak wajah wanita itu berubah. Berubah kelat habis. Macam takut pun ada muka dia ni.

"Yes? Why?"Miiyyo bertanya. Pelik dengan perempuan seorang ini. Tadi tegur, lepastu diam terus.

"Hello?" Miyyo melambaikan tangan di hadapan wanita cantik tersebut.

"Oh emm.. Err. Takpalah, Tuan. Saya minta diri dulu." Mata Miyyo yang sempat memerhati tangan wanita tersebut yang sedikit tercalar, terus meraih tangan wanita itu sebelum dia melangkah. Bagai terkena kejutan elektrik. Terus terberhenti langkah kaki itu.

"Kenapa dengan tangan you?" Miyyo membelek tangan yang luka itu.

"Jatuh tadi." Pramugari itu tersenyum.

Miyyo seperti teringatkan sesuatu. Tadi... Aku langgar pekerja aku. Pramugari... Dia ni ke? Miyyo mengerutkan dahi.

"You jatuh sebab kena langgar ek?" Miyyo bertanya seraya tersenyum.
Pramugari itu mula pelik. Dahla langgar aku tadi. Taksangka ini CEO Eliminate Air. Betul diorang kata, memang handsome tahap gila. Tapi diorang kata... Tuan Miyyo selalu tukar girlfriend. Ish seram pulak aku bila dia pegang tangan aku lama-lama macam ni.

Dia tidak membalas pertanyaan Miyyo sebaliknya mula menarik tangannya yang berada di dalam genggaman tangan itu.

"Youu. I cakap dengan you ni." Miyyo bersuara lembut.

"Em okay. Sorry sebab tadi, okay? I janji I tak kan buat tangan you calar lagi. I tak kan buat you sakit walaupun sikit." Miyyo berkata-kata. Wahhh. Hebat kau, Miyyo. Miyyo tersenyum nakal. Memang dah datang perangai gatalnya. Pramugari ni lawa sangat. Baru lagi mungkin? Selama ni takpernah nampak. Hmm. Tak. Sebenarnya, dia yang butakan mata sebab memang tak pernah ada masa nak melawat pekerja-pekerjanya.

Pramugari jelita itu mula risau. Apa jadah dia kata ni? Ishhhh. Betul la. Dia ni memang miang.

"Okay okay. I maafkan Tuan Miyyo. Please lepaskan tangan I. I nak buat kerja."

"Tak payahlah buat kerja. Datang duduk sebelah I. Teman I. Teman I pun termasuk dalam skop kerja you." Miyyo tahu pramugari itu takkan menolak. Mesti kontrak dia dengan syarikat aku tak habis lagi. So dia takboleh berhenti lagi. Yeay. Miyyo membuat andaian sendiri. Pramugari itu kelihatan masih muda. Mesti baru kerja kan. Hehe.

"Err tapiii Tuan...."

"I bos you. Ikut cakap I." Miyyo mula bersuara tegas.

Pramugari itu terus duduk disebelahnya. Sumpah menyampah. Handsome memang handsome. Tapi hati ni dah ditanamkan dengan nama miyyo yang dilabel sebagai kaki perempuan.

Setelah lama membisu, Miyyo bersuara.

"You siapa nama?" Miyyo merenung wajah pramugari yang tidak senang duduk itu dengan senyuman manis. Mekar dibibirnya sedari tadi. Miyyo memang begitu. Pantang jumpa perempuan lawa.

"Errr...."

"Alaaa comelnya nama you, errr." Miyyo sedikit tergelak.

"Ish mana ada!" Miyyo lagilah gelak. Lawaknya. Dia boleh pulak cakap 'ish mana ada' kat aku. Fuyooo. Susah perempuan nak 'ish' kat aku.

"Habistu? Nama apa?" Miyyo masih menyengih. Macam kerang busuk.

"Edryna Azlia."

"Sedapnyaaaa nama you. Em. Dahla orangnya pun lawa." Edryna mula menjeling. Eceyyy dia jeling aku pulak. Eyy geramnya aku perempuan macam ni. Comel. Nak kerja pramugari, tapi sombong. Kemain. Aku suka, aku suka.

"Okay, nama I Amirul Aryan. Selamat berkenalan." Miyyo menghulurkan tangan kanannya. Edryna hanya menyalami tangan tersebut dengan sepantas kilat. Menyampah sebenarnya.

"Macam ni rupanya layanan bos kepada pekerja. Sweet sangat tau." Edryna memerli dengan suara yang diperlahankan. Tapi masih boleh didengar oleh telinga Miyyo.

"I tak sweet pun dengan perempuan lain. Tak macam dengan you, Edryna." Miyyo tersenyum ikhlas. Edryna cuma diam.

Baik aku diam. Tolonglahhhhh! Aku nak sampai cepat ke Australia. Nak termuntah dah ni dengan orang sebelah ni.

"Edryna..."

"Ya."

"Boleh tak kalau kita keep in touch lepas ni?"

"Perlu ke?"

"Perlu sangat-sangat. Sebab I dah suka you." Miyyo merenung dalam anak mata itu. Berharap sedikit kepercayaan dari pramugari jelita itu.

"Errr. Tuan... Tuan tu bos, I ni pramugari aje. Rasanya macam tak berapa nak sesuai lah pulak." Miyyo gelak. Apa yang lawak sangat perempuan ni? Haih tak faham aku.

"I rasa sesuai. Please?"

"Okaylah. Tapi jangan kacau I sangat. Nanti I takut nak kerja dengan Tuan Miyyo. Lepastu I nak minta tukar jadi pekerja perkapalan pulak lah. Bawah Tuan Ammar. Orang kata dia tegas sikit. Tak macam Tuan Miyyo. Suka main-main."

Pecah tawa Miyyo. Boleh tahan perempuan ni punya mulut. Tapi sikit pun tak terguris hati ni. Malah lawak lah pulak. Memang lawak gila. Miyyo ketawa sambil memegang perut dan tergeleng.

"Tuan, okay tak ni?"

"I'm okay. I sukalah perempuan macam you. Comel!"

"Tapi I tak suka kat tuan. Macam mana?"

"One day, you will be mine." Miyyo menjongketkan keningnya.

Edryna jelas terkejut. Amboi tadi suka sekarang nak miliki. Banyak cantik. Melebih pulak.

"Tuan ni merepek. Tuan tidur aje lah. Sunyi sikit." Ketawa Miyyo makin kuat. Mengarah aku pulak budak ni. Haha. First time jumpa pekerja macam ni. Aku takkan pecat kau, Edryna. Aku dah mula cintakan kau.

"Okay. I tidur. Sebab bila I bangun, I akan nampak muka you dulu. Bestnya. Bye selamat malam." Miyyo terus menurunkan tempat duduknya sedikit dan tidur sambil tersenyum manis. Persis gaya orang mabuk cinta.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang