Bab 13

5.8K 215 2
                                        

"Assalamualaikum and a very pleasure night to all of you. We're here tonight to celebrate our 20th Anniversary of Eliminate Company. I'm Ammar Affan, CEO of Eliminate Cruise and the other two men are Amirul Aryan which is also the CEO of Eliminate Air and Aqil Arfan, CEO of Eliminate Hotel." Ammar kemudiannya menyerahkan microphone kepada Miyyo.

Miyyo melangkahkan kakinya turun ke bawah pentas. "Sebenarnya, kitorang bertiga nak perkenalkan adik kitorang yang baru balik dari US. Tak baru pun sebenarnya. Dah lama. Tapi start pengumuman ni dibuat, maka dia rasmi menjadi CEO of Eliminate Medical Centre yang akan sedia beroperasi pada bila-bila masa yang dia mahu." Miyyo tersenyum.

"Sayang, come here." Miyyo melihat Arsya dan pandangan matanya menyuruh adiknya mendekatinya.

"Sayang, go." Aslam menyuruh Arsya bangun.

"Okay." Arsya mula bangun dan melangkah ke arah Miyyo.

"Introducing to all of you, Amalia Arsya as my beloved sister." Miyyo terus memeluk bahu adiknya dan menyuruh adiknya memberi ucapan.

Tetamu yang ada bagaikan hendak pengsan mendengarkan kenyataan yg baru sahaja diumumkan.

"Errr hi. My name is Amalia Arsya. I just got back from US with my bro 8 months ago. I've been working at Eliminate Cruise since then and feel so lucky to have such people in my life. So then, I'll be in Eliminate Medical Centre's soon." Arsya sengih.

"Dan Arsh dah pun bertunang."

Arsya terus jalan menuju ke sisi Aslam kembali. Apahal aku ni?

Kata-kata miyyo bagaikan memberi impak. Terserlah pada muka para tetamu yang hadir.

"Aslam Haizqril is my sister's fiance. And they will be married 4 months later. InsyaAllah. Congratulation to them!"

Aqil menyambung ucapan Miyyo dan kemudiannya mereka melangkah dan duduk semeja bersama Arsya dan Aslam.

Farabi yang tadinya ceria dengan dihiasi senyuman terus mukanya berubah kelat. Kelat habis.

Arsya dah bertunang? Mana mungkin. Dia susah nak jatuh cinta! Farabi menjerit di dalam hati.

"Ara. Laaaa. Ara ni kenapa tak bagitahu mama dia dah bertunang? Dahla tu . Lupakan jela. Ramai lagi org nak kat Ara. Anak mama kan handsome." ujar Datin Qaseh. Dia tahu anaknya itu kecewa. Tapi si Arsya tu dah jadi tunang orang. Kalau girlfriend, boleh lagi Farabi mencuba.

Farabi hanya mendiamkan diri dan terus menapak keluar dari hotel tersebut.

"Kau ingat kau siapa nak rampas Arsya? Penat-penat aku kejar dia selama ni. Sampai blik ke Malaysia. Kau senang-senang je bergelar tunang Arsya. Kau tak sehebat aku lah, Aslam! Aku pastikan Arsya akan jadi milik aku kelak." Farabi menanam hasrat di dalam hati. Dia mesti dapatkan Arsya. Dia takkan kalah. Aslam? Lelaki biasa. Setahunya, Aslam itu cuma pekerja di syarikat Abang Arsya. Ceh! Aku lagi hebat dari kau lah, Aslam. Kau tunggu jela!

--------------------

"Mampos kita kali ni weh!"

"Tak syak langsung yang si Arsya tu adalah adik Tuan Ammar."

"Itulahhhh. Patutlah baik gila dengan Tuan Miyyo."

"Mati weh mati macam ni."

"Kau rasa dia nak balas dendam tak?"

"Confirm dah ni." Alia dan rakan-rakannya yang lain mula gelabah. Mana taknya. Baik punya perli, fitnah bagai. Rupanya adik bos. Memang tempah maut kali ni.

"Aku rasa dia takkan kasitahu abang-abang dia."

"Melainkan abang dia yang memang tahu selama ni." Qila membuat muka gerun.

"Weh menyesalnya kata kat Arsya macam-macam."

"Aku pun." Mereka berasa menyesal. Itulah. Mulut tu kena jaga. Jangan menuduh kalau tak ada bukti. Tiba-tiba aje nak tuduh orang macam-macam.

"Hello, guys." Arsya menyapa rakan sekerjanya yang terpamer muka gentar disitu.

"Err. Arsya.. Ehh takk... Cik Arsya..." Alia tergagap-gagap melihatkan Arsya yang kini berdiri di meja mereka.

"Apani bercik-cik dengan I.. Kenapa ni?"

"Err Cik Arsya. Kitorang minta maaf. Taksangka pulak Cik Arsya ni..."

"Eh takpa. I yang salah. I tak mengaku I adik Ammar. So, you all tak salah." Arsya menyengih. At least, dorang minta maaf. Kemudiannya dia menyambung. "But, janganlah gosip sangat kat office. Kalau abang I tahu, mesti dia marah. I tahu abang I tu macam mana. Dia kan tegas orangnya." Arsya mengembalikan paku buah keras. Selalu dorang cakap aku tak boleh mengorat Abang Ammar sebab tegas kan? Ambik kau.

"Err baik, cik. Again, I'm so sorry." Qila membuka mulut.

"Okay. Nevermind." Arsya melangkah dengan senyuman yang menawan.

-------------------

"Tahniah atas pertunangan you dengan Arsya." Farabi mengucapkan tahniah kepada Aslam.

Aslam mengerutkan dahi. Siapa pulak mamat ni? Tak pernah aku kenal pun selama ini.

"Yaya thanks. Anyway I kenal you?" Aslam juga menggunakan I you. Weh kau, biar betul?! I you yang kau guna?! Tapi nak guna kau aku macam kasar sangat aje. Nak guna Encik mcm... Ish lantaklah. Dah terkeluar dah pun I you. Geli aku!

"Haha. You memang tak kenal I. Kenalkan, I Farabi Ilham. Mama I buat business dengan abang Arsya, Aqil. And actually, I ex-boyfriend Arsya." Farabi tersengih jahat. Confirm mamat ni berasap habis.

Aslam tidak berubah riak langsung. Masih tersenyum ikhlas. Ek eleh. Ex? Kesian. Kena tinggal. Sorrylah, aku rembat Arsya kau. Bangga pulak aku dapat Arsya.

"Lahh. Ex-bf Arsya ke? Sorry rembat ex you." Aslam bertutur dalam nada suara bergurau.

"Hahaha I lawak je. Thanks again."

Farabi terkejut dengan reaksi yang diberi oleh Aslam. Okay orang macam ni susah nak handle. Kemudian mereka cuma berborak kosong.

"Bie!" Arsya datang memeluk lengan Aslam.

"Ya, sayang." Aslam menoleh. Farabi juga menoleh apabila mendengarkan suara lunak itu . Arsya... Farabi berubah riak.

"Bie borak apa ni? Siapa ni, bie?" Arsya sengaja bertanya Aslam.

"Lah sayang ni. Ini kan ex-boyfriend sayang, Farabi. Dia kasitahu I tadi." Aslam tersengih.

Arsya ternganga.

Arsya merenung Farabi dengan mata yang menikam. Fuh! Boleh menikam kalbu tau renungan mata Arsya. Terkoyak ulu hati.

"Okay you all boraklah. I pergi dulu. Congrates again." Farabi meminta diri. Setelah melihat kelibat Farabi yang semakin menghilang, Arsya membuka mulut.

"You ni lain kali tak payah layan orang macam dia."

"I kenal pun tidak."

"Gila betul ngaku ex-bf I. I bercinta pun tak pernah. Ish menyampahhhnyaaaa!"

"Dia tu siapa baby? Mana kenal you?"

"Dia coursemate I kat US dulu."

"So, dia doktor jugaklah?"

"Yalahhh, sayang."

"Laa muka jahat macam tu pun doktor ke?"

"Hahaha you jahat! Nasib baiklah tunang I ni jenis happy go lucky tak kira masa. Kalau tak, mati I. Tetiba je ada orang ngaku ex I."

"I tak percaya org. I percaya tunang I aje. So, jangan rosakkan kepercayaan I kat you, okay?"

"Okay, sayang." Aslam tersenyum indah. Ya. Dia letakkan kepercayaan seratus peratus terhadap tunangnya.

Aku sayang dia. Aku takkan buat tindakan bodoh. Aku takkan tinggal dia. Cukuplah aku bodoh sepuluh tahun lepas. Sekarang ni, buka mata kau luas-luas, Aslam. Kau kena matang. Jangan buat tindakan bodoh dah. Aslam tersenyum.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang