Bab 9

6.2K 224 4
                                        

Aslam berjalan menuju ke arah Arsya yang sedang ralit menjalankan tugas yg diberi. Lantas dia menutup mata Arsya dari belakang lalu berbisik.

"Guess who am I?"

"Sorry, tak kenal." Arsya mengeluarkan suara sambil tersenyum.

"Sayang ni!" Aslam mula merajuk. Arsya terus menoleh ke arah Aslam dan menarik Aslam duduk disebelahnya.

"Alaaaa kuat merajuknya sayang I ni. Mehmeh sini duduk tepi I." Aslam yang kelihatan sedikit serabai dengan rambut yang dikusutkan, baju diletakkan diluar seluar dengan tangan yang tersinsing kurang kemas, terus duduk dengan mempamerkan mulut muncungnya.

"Hmm I ada masalah ni, baby."

"Masalah apa ni, sayang?" Arsya menyinsing pergelangan tangan baju Aslam kembali. Disinsing dengan kemas dan tersusun. Sayang sayang, you serabai macan ni pun you handsome gila! Hati tolonglah berhenti dubdab..... Arsya tersenyum simpul.

"You ni senyum pulak. I sedih ni."

"Sedih kenapa ni?"

"I lapar. Serabut semua lah."

"Lapar sampai jadi macam ni?" Arsya buat muka menyampah. Amboi macam tak makan setahun gamaknya.

"Okay. Alasan first sekali, I rindu you. Kedua, lapar. Ketiga, serabut. Keempat, banyak kerja." Aslam membuat muka manja minta belas kasihan.

"Ishhh pasal itu je pun. Mengada!"

"You suruhlah abang you kurangkan kerja I...." Aslam menayang gigi.

"Amboi. I sebagai adik dia pun kena dera, apatah lagi you."

"Eleh. Tak nak tolong cakap aje la." Aslam menjeling.

"Okay. Dah. Jom. Pergi makan. You lapar, kan?"

"Jom!" Mereka kemudiannya berlalu dari office Arsya dan terus menuju ke tempat parkir kerata.

"I nak ajak you pergi date malam ni, sayang. Can aa?"

"Kita nak pergi mana?" Arsya tersenyum manis.

"Adalahh. Malam ni I pick up you kat rumah okay. Pukul 9. Pakai cantik-cantik tau!"

"Okay sayang. Tak sabar nak tahu you nak bawa I kemana." Arsya sudah berfikir nak pakai baju apa untuk malamnya berdating dengan Aslam. Hehe!

--------------------

Mereka sampai di sebuah restoran yang agak mewah. Arsya tidak tahu kerana sedari awal lagi matanya ditutup oleh Aslam menggunakan kain tebal. Memang kelam dunianya malam ini. Aslam memang nakal betul.

"Sayang, we've arrived!"

"Takkisah. I bukan nampak pun. Dunia I kelam."

"Alololo merajuk. Tak apalah sayang. Kita masuk dulu okay." Aslam terus keluar lalu membuka pintu kereta di sebelah Arsya.

"Turun, Tuan Puteri." Arsya mengeraskan diri.

"Taknak. Buka mata I dulu."

Aslam membuat muka bosan.

"Alaaa sayang. Pleaseeee. Kalau tak, I cempung you masuk dalam. Nak?"

Arsya mula gerun. Membayangkan dirinya yang akan dicempung oleh boyfriendnya, mungkin tempat ni ramai orang? Ishhh malunya nanti.

"Okay, fine. I turun." Arsya menyuakan tangannya.

"Good girl." Aslam menyambut huluran tangan Arsya. Dia memegang pinggang Arsya lalu membawa Arsya menuju ke tempat yang dikatanya.

Restoran hotel lima bintang yang telah dihiasi dengan bunga bungaan yang sangat memukau mata. Dia pasti Arsya akan sukakannya.

"Bie... Tak sampai lagi ke?" Aslam tersenyum.

"Dah sampai, sayang."

"I buka mata you, okay." Aslam mula membuka ikatan yang menutupi mata cantik itu.

Arsya kelihatan tercengang. Kombinasi bunga-bungaan yang berwarna biru dan merah jambu menaikkan lagi suasana romantis tempat itu. Sungguh. Dia beruntung kerana memiliki Aslam Haizqril.

"Sayanggg! Cantiknyaaaa! Thank you so much! I love you sayang." Arsya mengucapkan kata cinta sambil memeluk leher Aslam.

"Have a seat, my princess." Aslam mula menarik kerusi untuk Arsya.

Setelah makan, Aslam berborak kosong untuk meralitkan Arsya. Tiba-tiba, Aslam mengeluarkan satu kotak kecil yang kelihatannya seperti kotak cincin.

"Sayang, this is for you." Aslam tersenyum nakal.

"Apa ni sayang?" Wahhhh! Aslam nak kasi aku cincin?! Dia nak ajak aku kahwin ke?! Bestnyaaaa.

Kemudian Aslam membukakan kotak kecil tersebut lalu dihalakan kearah kekasihnya. Riak muka Arsya sedikit berubah. Laaaaa. Rantai? Ingatkan cincin. Tetapi mukanya tetap tersenyum. Rantai ni cantik sangat.

"Sayang suka?"

"Suka gila!"

"Meh I pakaikan kat sayang I." Aslam mengeluarkan rantai tersebut dan terus bangun lantas memakaikannya di leher jinjang itu.

"Perfect! A beautiful necklace suits a pretty woman like you. I love you."

Arsya memegang rantainya. "Thanks, bie. I sayang sangat kat you." Arsya tersenyum. Hm. Mungkin bukan masanya dia ajak aku kahwin? Terlalu awal? Tapi dah enam bulan hubungan ni terjalin dan tak pernah ada masalah. Ya. Tak pernah ada. Kecuali pasal perempuan-perempuan yang menggeletis mahukan kekasihnya. Arsya mengelamun.
Aslam kembali mendapatkan tempatnya.

"Sayang." Aslam melihat riak wajah Arsya yang sedikit mengelamun.

"Babyyyyy!" Aslam menarik pipi Arsya.

Arsya tersentak lantas menjawab, "Ya, sayang."

"You fikir apa?"

"Nothing." Dan sejurus selepas itu, pelayan hotel datang menghidangkan dessert. Ya. Pavlova yang kelihatan sangat sedap.

"Pavlova ni sedap sangat, sayang. So you kena makan slow-slow sebab nanti you tak rasa kenikmatan." Aslam tersenyum manis.

Eleh. Makan slow ke cepat ke nanti masuk perut jadi bahan kumbahan jugak. Arsya mencebik.

"Okay, sayang." Sedang Arsya mengunyah perlahan-lahan pavlova yang mempunyai rasa yang sangat unik itu, dia kemudiannya tergigit sesuatu.

"Ah. Sakitnya gigi I. Apabendanya ni?" Arsya mengeluarkan sesuatu yang berbentuk bulat dari mulutnya.

Aslam tersengih. Itu lahhh. I suruh makan slow-slow tak nak. Tadi slow dah lama-lama tu makin laju. Memang sedapkan sayang.

"Cincin?" Cincin berlian yang mempunyai bentuk yang amat cantik itu diamati oleh mata indahnya.

Aslam tersenyum comel dan terus melangkah mendekati kekasihnya. Dia kemudiannya menurunkan lututnya sedikit gaya orang ingin melamar.

"Sayang, will you be my wife?"
Arsya kelihatan sedikit ternganga.

"Sayang... Tutup mulut comel you. Tak sempat lalat nak masuk, kang I dah gigit. Geram." Aslam cuba berlawak untuk hilangkan nervous dalam diri.

"Errr....tapiii..."

"Tapi apa sayang." Aslam mula berubah riak

"Tapi... Ini tak betul sayang" Aslam mula cuak. Apa yang salahnya aku buat?

"Apa maksud sayang?"

"Yalahhh. You kena jumpa abang I dengan mama papa I dulu. Mana boleh ajak I nikah macam ni aje."

Aslam menepuk dahi. "Haha sayang I ni kelakar sangat. Okay kalau you tak nak macam ni, nanti I hantar rombongan masuk meminang you okay?" Arsya tergelak. Apalah bengap sangat aku ni. Dia confess je. Buat teruklah kau ni Arsya.

"Tapi, I terima lamaran you. Nah." Arsya menyuakan cincin yang sedari tadi dipegangnya kepada Aslam.

Aslam menyambut huluran tersebut lalu memakaikan cincin tersebut kepada jari manis itu.

"Thanks, sayang."

"Sama-sama. I terima you dengan sepenuh hati." Arsya menjawab senang.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang