Bab 3

9.5K 316 2
                                        

Aslam melangkahkan kakinya ke ruang tamu rumahnya. Dia merebahkan badannya dia atas sofa empuk yang dibelinya untuk dihiaskan di ruang tamu condominium miliknya itu. Dia mengajak sahabatnya baiknya, Irfan supaya turut tinggal disitu supaya tidak kesunyian.

"Amalia Arsya.... Cantik nama tu. Cantik macam tuan dia." Aslam menatap gambar kekasih yang dirinduinya.

"Sayang, I still rindu you. Nama dia macam nama you lah. Comel. Tapi you lagi comel. Perempuan tadi free hair, sayang. You rasa dia okay, tak? Kalau you bagi green light, I nak try lah jugak. Hehehe tak tak, I gurau aje. I sayang you, okay." Aslam mencium gambar tersebut kemudian diletakkan dia di hatinya.

"Weh Lam, dahla. Kau dah macam gila aje cakap sesorang . Dahla weh. Almost 10 years Aslam." Irfan merebahkan punggungnya di atas sofa berhadapan Aslam.

"Eleh suka hati aku, la. Anyway, tadi aku jumpa minah saleh memang tip top gilalah! Kerja kat company aku kerja jugak. Memang pergh habis. Lawa siot. Cara dia selak rambut dia ...wow!" Aslam menceritakan sambil membayangkan wajah wanita tersebut.

"Perangai kau datang dahhhhhh! Angau la kau. Baru kejap tadi aje duk borak dengan kekasih sejati kau, Amalia Arsya tu." Irfan ketawa sambil memerli gambar kekasih lama Aslam.

"Weh! If you want to know, that lady yang tadi tu pun nama Amalia Arsya! I'm too shocked." Aslam bangun dari baringnya. Semangat semacam nak cerita dekat Irfan.

"Betul ke?" Mulut Irfan terbuka luas.

"Serious, bro. Aku tersentap jugak tadi tapi buat cover macho lagilah."

"Mana tahu Allah hantar dia ganti Arsya kau yang dulu." Irfan tersenyum seribu makna. Mana tahu, kan?

"Apa kau ni cakap macam tu pulak."

"Aku cakap aje, kan?" Irfan memainkan kening tebalnya.

"Haha ikut kau lah, Fan. Jom sayang, I nak tidur esok nak kerja." Aslam memeluk gambar kekasihnya itu sambil melangkah kaki ke bilik tidur.

"Aslam, bilalah kau nk lupa org yg dah meninggal tu weh? Hm." Irfan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dan kemudian dia menunduk.

Sedih melihat Aslam sebegitu. Harapannya agar suatu hari nanti, Aslam dapat menemui pengganti Arsya.

------------------

"Sayang! Taknakkk!" Amalia Arsya mula mencalitkan aiskrim di hidung dan pipi Aslam Haizqril.

"I suka you macam ni. Comel sangat, sayang!" Amalia Arsya masih berlari mengejar boyfriendnya yang tinggi lampai itu. Dia yang sememangnya sedar dirinya pendek tetap ingin mengejar kerana dia tahu, Aslam akan mengalah pada akhirnya.

"Okay. I penat dah. Okay I mengalah. Sayang menang kali ni." Amalia Arsya tersenyum bangga.

"Hehe. I tahu you sayang I." Dia terus mengelap semula muka Aslam yang dipenuhi aiskrim hasil kerjanya sebentar tadi. Aslam tiba-tiba membuli Arsya dengan menarik tudungnya sehingga menjadi seperti seorang ustazah.

"Hahahaha sayang comel!" Aslam sudah tergelak besar. Arsya mula buat muka takpuas hati. Dikecilkan matanya dan terus memandang Aslam dengan riak tidak puas hati. Aslam terkunci kata-kata. Dia tersengih manja.

"Okay, sayang. I'm sorry." Aslam membetulkan kembali tudung Arsya.

"Tahu takut hahaha!" Arsya ketawa geli hati kerana dapat membuat Aslam berasa cuak.

"Ohhh, nakal ey syg ni!"

Tiba-tiba kedengaran telefon pintarnya berdering menandakan telah masuk waktu solat isyak.

"Astaghfirullahalazim. Ya Allah. Aku berangan ke tadi?" Aslam menatap lama gambar Amalia Arsyanya yang dirindui.

"Sayang, I rindu sangat kat you. Kenapa you pergi cepat sangat? I banyak buat salah dekat you. I tak sempat nak mintak maaf. I khianati you. I tinggal you sebab orang lain. Padahal hati I cuma ada you. I buta sangat selama ni, sayang." Air matanya mula mengalir. Dan dia mengesat air matanya.

"I taknak menangis. Nanti you sedih, kan? Hihi. Tadi I jumpa Amalia Arsya. Alah, yang i borak dengan irfan tadi tu. Cantik, sayang. Mata dia macam you. You dengan dia, you cantik lagi di mata I even org lain mesti akan pilih dia. I tetap pilih you. Dahlah sayang, I nak solat kejap. Lepas ni, kita tidur terus okay? Muahhhh!" Aslam meletakkan gambar tersebut di meja sisi katil dan berlalu ke bilik air dengan senyuman.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang