Bab 17

5.1K 192 1
                                        

Sudah tiga hari, Arsya hilang tanpa dapat dikesan oleh Aslam. Ya, tidak dapat dihubungi sama sekali. Aduh kau ni memang, Aslam.

Dan sudah tiga hari juga Arsya tidak pulang ke rumah. Abang-abangnya juga tidak menghubunginya sama sekali. Tidak hairan terhadapnya kerana mereka sudah mengarahkan beberapa orang bodyguard untuk mengikuti jejak adiknya.

Sedang Arsya ralit membawa keretanya, mindanya menerawang terhadap apa yang telah diceritakan oleh abangnya. Sakit kepala memikirkan hal itu saban hari. Dan secara tiba-tiba sebuah kenderaan meluncur laju memakan jalan yang Arsya gunakan dan Arsya akhirnya hilang kawalan. Terus keretanya merempuh pembahagi jalan.

Terdengar jeritan Arsya bergaung di sekitar kawasan kemalangan.
Bodyguard yang ditugaskan mengawasi Arsya juga tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya terlalu pantas. Mereka bergegas menyelamatkan adik tuan mereka.

"Cik Amalia Arsya! Cik Arsya!" Mereka menarik dengan pantas tubuh badan Arsya supaya keluar dari kereta tersebut. Apabila mereka berjaya mengeluarkan Arsya dan dibawa jauh dari kereta yang mengalami kemalangan, tiba-tiba kereta tersebut meletup.

Nasib baik sempat tarik Cik Arsya!

Mereka melepaskan hela nafas. Kalau tidak, memang mati dikerjakan oleh Tuan Ammar.

Salah seorang bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga Arsya terus menelefon Ammar.

"Apa?! Arsya kemalangan?!" Ammar terus menutup fail kerjanya dan bergegas menuju ke keretanya. Kemudian dia menghantar pesanan ringkas kepada kedua adik lelakinya dan Aslam.

-----------------

Ammar, Miyyo, Aqil dan Aslam duduk di ruang menunggu sambil berdoa supaya Arsya selamat.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Ammar menyoal bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga adiknya.

"Maafkan kami, Tuan Ammar. Kami langsung tak jangka. Sebab dia bawa kereta elok aje tadi. Tiba-tiba ada kereta lain masuk ke jalan dia and dia terus terbabas. Saya rasa dia ada masalah masa dalam kereta."

"Dah catat nombor plat kereta tu?"

"Dah."

"Good. Jalankan tugas. Jangan sampai pemandu kereta tu terlepas." Ammar mengeluarkan arahan.

"Tuan Ammar." Doktor yang merawat Arsya keluar dari ICU.

"Ya, saya." Ammar terus melangkah mendekati doktor yang bernametag Dr. Haikal.

Doktor tersebut tersenyum.

"Adik Tuan dah melewati waktu kritikalnya. Dia juga dah sedar. Dia akan dipindahkan ke wad."

Mereka mengucap syukur kehadrat ilahi.

"Tapi..."

"Tapi apa doktor?" Aqil mula gelisah.

Doktor itu tersenyum.

"Tapi, ingatannya dah pulih. Tahniah, tuan." Doktor itu tahu akan masalah yang melanda empat beradik itu. Dia pernah mendengar perbualan doktor peribadi mereka yang mengatakan Arsya itu hilang ingatan selepas dibedah di US suatu ketika dahulu. Dia turut bersimpati.

"Really?! Thanks god!" Mereka bersyukur tetapi Aslam kelihatan sedikit tercengang. Ingatan apa ni? Tidak pula dia bertanya kepada abang-abang Arsya. Nantilah tanya. Baik aku jumpa Arsya dulu dan terangkan salah faham yang berlaku.

"Sayang!" Aslam bersuara ceria mengejutkan Arsya.

Arsya membuka mata lantas tersenyum manis. Air matanya menuruni pipi dengan laju lalu dia memeluk Aslam.

"Sayang. Thanks for everything. Baru I tahu selama ni you tak pernah lupakan I. Hati I tak pernah salah. Hati ni kuat sayangkan you."

Aslam lantas duduk di atas katil di sebelah Arsya.

Aslam lagilah terkejut. Aik? Bukannya dia merajuk sebab gambar tu ke? Dia dah lupa kot? Em lantaklah. Janji dia dah tak marah aku.

Aslam melepaskan pelukan lalu mengelap air mata Arsya.

"Sayang, Dah dah. Taknak nangis. I memang sayang you, baby."

"I rindu kita masa kecik-kecik. Thanks god sebab ingatkan I balik kenangan kita yang dulu."

"Kenangan? Kenangan apa ni?" Aslam mengerutkan dahi. Errrr. Kenangan sewaktu mereka bertemu di Eliminate Cruise, mungkin?

Arsya tersenyum senang.

"I teringat masa kita jumpa dekat library dulu. The way you looked, I can't forget. And when you talked to me, it feels like a heart attack."

Aslam berubah air muka. Apani? Apasal dia cakap semua pasal aku dengan Arsya yang dulu? Aku rasa aku tak adalah tulis cerita sampai detail macam ni dalam surat dia baca tempoh hari.

"Aslam." Miyyo bersuara memecahkan tanda tanya Aslam.

"Ya, abang?" Aslam menyahut.

Miyyo yang melihatkan muka Aslam yang sedikit tertanya tanya, terus bersuara.

"Sebenarnya, inilah Amalia Arsya engkau. Yang sepuluh tahun lepas and yang sekarang. Orang yang sama, hati yang sama." Miyyo tersenyum.

Aslam bangun dari duduk. Sumpah tak percaya. Apa benda ni?! Apa yang complicated sangat ni?

Aslam mengundurkan kakinya ke belakang. Sumpah dia terkejut dengan apa yang telah terjadi.

"Apa semua ni? Maksudnya, Aslam kena tipu selama ni? Kenapa tipu sampai macam ni?! Apa salah Aslam?!" Aslam terus melangkah keluar dari wad tersebut.

Arsya menangis semahunya. Dia tidak tahu langsung tentang rancangan abang-abangnya. Dia kan amnesia.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang