Bab 23

4.8K 163 1
                                        

"Hello. Cik Arsya ke?" Siapa pula call ni?

"Ya? May I know who's speaking?"

"Ni I. Amzar. Sampai hati tak ingat I." Darwisy Amzar membuat suara sedih.
"Ya, Encik Amzar. Ada apa call I?"

"Saja. Nak ajak keluar makan. You belanja I sebab you dah langgar I."

And I was like... Berasap. Sikit aje. Em takpalah. Lunch aje. Layankan ajela. Siapa suruh aku langgar dia?

Dan tengahari itu, Arsya dan Darwisy berjumpa di sebuah restoran. Saat Darwisy menapak ke arah meja Arsya, Arsya memanggungkan sedikit kepalanya, Darwisy ni boleh tahanlah tinggi. Dia... Dia? Darwisy Amzar? Nampak sangat profesional. Dengan gayanya. Dengan kot dia. Oh please tanggalkan kot kau tu. Nak menunjuk ke apa ni?

"Sorry late. I ada janji dengan client dekat Eliminate Hotel. Tak sangka pulak bincang sampai tak perasan waktu lunch dah start. Tu yang I terkejar ke sini." Darwisy menanggalkan kotnya.

Arsya macam nak cakap aje, ada aku kisah? Tapi macam biadab. Baik diam aje. Aha aha. Eliminate Hotel? Banyak-banyak hotel, yang itu juga dia pergi.

"Kenapa you diam? Marah ke I lambat?"

"Tak ada topik nak cakap. Diam aje la."

"So you kerja klinik mana? Hospital?" Darwisy memulakan bicara.

"I kerja dekat Eliminate Medical Centre, KL."

"Wow. Bahagian?"

"Doktor Pakar Kardiologi." Arsya menyedut sedikit minumannya.

"So I ada date dengan doktor pakarlah harini?"

Jangan tanya kenapa ada orang kena kaki kat muka lepas ni.

"This is not a date. I cuma tebus kesalahan accident aje. Till then, i'll leave." Arsya menekankan suaranya.

"Okay, okay. Relax. You umur berapa?"

"Twenty six." Arsya malas nak tipu bab umur.

"Samalah!" Darwisy membuat muka teruja. Eleh aku dah tahu sama. Ini kalau aku cakap yang dulu dia digilai oleh ramai remaja perempuan, mesti dia buat bangga dia. Spesis Aslam jugak agaknya. Tapi Aslam... Hehe baik sangat. Kononnya. Padahal... Sama aje! Okay. Kenapa masih menyebut nama Aslam?! Boleh meroyan aku.

"You bulan berapa?"

"Enam." Arsya menjawab pendek.

"Oh. I tua lagi. I bulan tiga." Darwisy sengih. Eh tak. Aslam lagi tua. Aslam bulan dua. Arsya mencebikkan mulutnya. Rindu gila kat Aslam.

"You kata you kerja KL, kan? Macam mana boleh ada sini?"

"Saja balik kampung." Dan mata Darwisy tiba-tiba terlihatkan cincin tunang Arsya. Harini baru nampak. Yang hari accident haritu, tak nampak.

"You dah berpunya ke?"

"I dah tunang."

"Oh ye ke? Untunglah tunang you dapat perempuan macam you." Darwisy menyengih. Sedih sebab tak dapat nak mengayat lebih-lebih. Dia mengaku dia sukakan perempuan di hadapannya. Sejak pertama kali kena langgar. Dan dia langsung tak marah. Kalau orang lain, tah ke kena maki. Tapi kan, kenapa harini pakai cincin? Haritu, tak? Ke sengaja nak aku jauhkan diri dari dia? Darwisy mula sengih nakal. Pandai Arsya ni!

"Betul ke ni? Ke saja nak tipu I?" Darwisy memainkan keningnya.

"Tak nak percaya sudah." Aku dah cakap. Kalau tak nak percaya, nak buat macam mana. Kan?

"Tadi I jumpa client I."

"You business apa?"

"I buka syarikat construction aje kat Kedah. I baru berhenti dari pekerjaan I dengan Trepic Company di UK. Dah kumpul duit, I balik sini." Ini memang buat aku rasa nak hentuk kepala. Trepic Company... One of company papa kat UK. Waa apahal semua benda sangkut aku ni?

"Dan sekarang, I dapat first client. Ashaiz Holdings." Darwisy bercerita.
Dan aku... Memang macam nak pengsan. Tadi Eliminate Hotel, lepas tu Trepic Company. Sekali client dia, Ashaiz Holdings. Maknanya... Aslam Haizqril lah client dia. Alamak! Aku nak balik! Aku tak nak terjebak lagi.

"You kenapa diam?"

"I bangga sangat. Tu yang sampai terkunci mulut."

Darwisy tersenyum sampai menampakkan mukanya yang sangat ceria. Bahagia betul gayanya.

"You, I ada kerja. So I have to go."

"Okay, you. Till we meet again. See ya." Pandangan Darwisy menghantar aku sampai ke luar restoran.

-------------------

Dari kejauhan, mata Aslam sudah berapi. Ewah seronoknya. Haritu kat golf club dengan Harish. Harini dengan si Darwisy pulak. Ah aku boleh naik gila fikirkan Arsya. Masalah dunia semua ni!

Dan terus kakinya laju melangkah menaiki keretanya.

Tadi setelah melihat si Darwisy tergesa-gesa, sampai tertinggal fail penting. Ingat nak kejar, nak bagilah balik. Boleh pulak dia dating dengan tunang aku!

Tak apa, Aslam. Profesional okay. Lantaklah. Business is business. Jangan campur dengan hal peribadi kau.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang