Hari ini juga berlangsungnya perkahwinan Amalia Arsya. Pagi tadi, ibu bapanya juga sudah selamat sampai ke Kuala Lumpur.
Apa lagi. Ada adegan jejak kasih macam biasalah. Berpelukan di hadapan pintu rumah. Sampaikan Ammar menarik mereka masuk, baru nak masuk. Rindunya pada mama tak dapat dibendung lagi. Hampir dua tahun tak jumpa tau!
Dan sekarang, Arsya sedang bersiap-siap untuk menjadi raja sehari. Seronoknya!
"Ya ampunnnn sayang, cantiknya you!" Harish bersuara apabila terlihatkan Arsya yang baru keluar dari bilik persalinan pengantin.
"Kan abang, kan? Cantik macam mana?" Arsya sempat berpusing dihadapan Harish seraya tersengih manja.
"Cantik macam selalu, sayang. Haha. Jom. Majlis dah nak mula ni. Karang lambat." Harish menapak disisi Arsya.
"Abang, tolong pakaikan kain ni untuk Arsya." Arsya menyuakan kain putih kepada Harish.
"Iya, sayang." Harish sengih. Dia tahu apa yang adiknya sedang fikirkan.
------------------
Aslam melihat dengan ekoran mata Eryna yang sedang menuruni tangga. Dilihatnya wajah wanita yang bakal menjadi suri dihatinya kelak ditutup dengan kain. Kain ala-ala princess tu.
Coihhh! Suri dihati la sangat. Tah-tah perang dunia ke3 tercetus nanti. Yang dia pun gedik. Tutup muka lah apalah. Kau ingat kau segak sangat dah la tu? Agak-agak make up apa yang ditempek kat muka kau? Dah macam panda la kot?
Aslam tergelak sendiri.
"Kau apahal ketawa?" Irfan yang berada di sebelahnya menyiku Aslam.
Tiba-tiba aje gelak. Sewel ka apa ni? Oh lupa. Aslam dah kerap buat sewel. So benda macam ni cuma small matter. Irfan menggelengkan kepalanya. Pening dengan perangai kawan baik seorang ini yang memang susah nak diubah.
"Kau tengoklah panda yang nak kahwin dengan aku tu, gedik tutup muka."
"Ih sampai hati kau. Terguris hati bakal bini engkau kalau dia dengar." Irfan makin menggeleng mendengarkan bicara Aslam.Macam-macam kau ni, Aslam. Dah datang dah perangai lama kau. Dah datang... Welcome back, Aslam.
"Lagi bagus kalau dia dengar." Sambil berkata, mata Aslam terlihat Ammar, Miyyo dan Aqil melangkah masuk ke dalam rumah agam mewah milik keluarga Eryna ini.
Aik? Dorang bertiga pun dijemput ke? Em maybe rakan kongsi papa Eryna jugak kot? Malas berfikir panjang, jadinya dia membuat kesimpulan sendiri.
Aslam kemudian berpaling ke arah Tan Sri Azman dan Puan Sri Awliya yang baru dikenalkan sebagai ibu bapa Eryna Dania. Katanya mereka baru pulang dari UK sebab nak melihat anaknya akad nikah.
Okay. Ada aku kisah pasal keluarga dia? Aslam menjeling.
"Tahniah, Aslam." Ammar tersenyum memandang Aslam apabila melintasi dihadapannya.
"Terima kasih, bang. Abang pun dijemput?"
Ammar hanya tersenyum. Senyum seribu makna gamaknya. Ini rumah aku. Suka hati aku la nak datang ke tak majlis akad nikah ni. Ayat itu cuma dilafazkan didalam hati. Tersekat di kerongkong. Nasib baik tak lepas. Kalau tak mesti kantoi.
"Emm yaaa." Ammar hanya mengiakan saja.
-------------------
"Aku nikahkan dikau dengan Amalia Arsya binti Azman dengan mas kahwin sepuluh ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Amalia Arsya binti Azman dengan mas kahwin sepuluh ribu ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah." Saat lafaz akad nikah itu telah disahkan, semua tetamu yang hadir mengucap syukur ke hadrat ilahi.
Aslam baru terperasan.Eh apa tadi? Amalia Arsya? Aku silap dengar ke? Ke aku yang angau kat Arsya sangat? Or silap sebut? Tapi dah sah. Mana mungkin aku silap sebut.
Lalu dia menoleh kepada Asyraf.
Muka Asyraf memang sumpah cuak habis. Amboi. Aku yang kahwin, dia yang cuak lebih.
Kemudian Aslam melangkah ke arah pengantin perempuan yang ditutupkan mukanya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." Terdengar suara Eryna yang sudah sah menjadi isterinya menjawab salam.
Asal suara dia lain sikit? Macam selalu dengar suara ni. Dan apabila kain yang menutup muka Eryna dibuka, Aslam jatuh terduduk
"Allahhuakbar!" Aslam sumpah terkejut.
Apatah lagi orang sekeliling. Bukan terkejut sebab Amalia Arsya, tapi terkejut dengan jeritan Aslam.
"Hai abang. Maafkan sayang. Sayang banyak buat salah kat abang. Jadi, sayang nak abang maafkan sayang. Sayang tahu sayang jahatkan? Sayang sayang abang." Arsya lantas menyalami lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu.
Aslam kemudiannya memegang kepala Arsya dan membacakan doa. Kemudiannya, bibirnya dijatuhkan di atas dahi Arsya.
"Terima kasih, sayang." Aslam berkata semasa mulutnya dekat dengan wanita itu. Arsya tersenyum manis

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Roman d'amoursaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.