Prolog

33.5K 595 7
                                    

"Lam, kau pergi tanya kat situ ada orang tak?" Asyraf menolak Aslam ke arah meja seorang perempuan yang masih ada tiga bangku kosong.

Hari ini hari sabtu dan memang orang akan penuh di perpustakaan awam. Mereka berempat datang pun sebab nak mencari bahan bacaan memandangkan esok peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.
Aslam buat muka.

"Apahal aku? Kau lah!"

"Terbuka hati perempuan tu kalau kau yang tanya. Cepatlah!" Asyraf menolak Aslam mendekati meja itu. Memang kalau nak dibezakan antara mereka berempat, Aslam yang paling kacak bergaya. Confirm perempuan tu cair dengan Aslam. Aslam tu kalau cakap dengan perempuan, memang umph!

"Kak, ada orang tak?" Aslam bersuara bersahaja apabila menegur seorang perempuan dihadapannya.

Entah kenapa terkeluar perkataan kakak di hadapan ayat. Patut panggil awak or you. Aduhai, Aslam. Kenapa dengan kau ni? Mohon dia tak dengar. Perempuan itu memanggungkan kepalanya.

"Tak ada tak ada. Ada kawan nak datang." Jawab perempuan itu dengan laju.

"Oh, tak apalah." Aslam terus blah. Lidah kelu kenapa entah kalau cakap dengan perempuan tu. Aduh. Dan memang kurang ajar budak-budak ni gelakkan aku sebab tersyasyul panggil awek tu kakak.

"Kakak ye, Lam. Hahaha kau nampak tak dia pegang buku PMR?!" Aslam terus berkaleh melihat kembali meja itu. A'alahh! Buku PMR!

"Ish kau ni. Aku tersyasyullah!" Aslam menarik mereka turun. Malu, malu! Mesti awek tu marah aku. Macam mana ni? Tak apa tak apa. Biarkan ia berlalu. Masa cepatlah berjalan. Bagi semua ni hilang dari otak perempuan tu. Plus harap aku tak jumpa dia dah. Aku dah malu gila!

"Hai!" Seseorang menegur Aslam di media sosial. Siapa pula ni?

Aslam mengerutkan dahi. Kemudian dia mula stalk perempuan itu. Eh? Macam kenal muka ni. Errrrrr nak reply ke tak? Reply aje la.

"Haii!" Aslam membalas chat itu lambat sejam.

"Ingat I tak?" Terus perempuan itu membalas dengan laju.

"You ni... Perempuan kat library tu kan?" Aslam mula mengingati wajah 'kakak' di library. Aslam mula jadi ulat bulu naik daun. Dan dia tergelak. Kenangan manis memanggil seorang perempuan comel dengan panggilan kakak.

"I tegur you ni sebab nak tanya you ingat I or tak."

"Mestilah I ingat you perempuan comel dekat library tu, kan?" Aslam sengih. Bermulalah ayat manisnya itu. Memang kaki melayan betul.

"Ya tu I. Plus I kawan lama you. Ingat tak?" Perempuan itu mula beramah.

"Oh ya? Betul ke I kenal you dah lama?" Aslam mula teruja.

Sebenarnya selepas terjumpa 'kakak' comel ini di library, kerap jugak dia angaukan perempuan ini. Comel!

"Ya. Masa darjah enam." Dan mereka kian berbual rancak sehingga semakin rapat.

Aslam tergeleng sambil ketawa. Kakak inilah yang buat aku angau masa PMR. Kakak inilah yang aku ayat dulu. Kakak inilah yang aku sakitkan hatinya dulu. Kakak inilah yang aku hilang. Kakak inilah perempuan yang aku jumpa kembali beberapa tahun kemudian. Dan kakak inilah juga menjadi suri dihati ini.

"Bieee!" Aslam terkejut.

"Ya, sayang." Aslam merenung mata isterinya.

"Fikir apa?"

"Fikir pasal kakak garang kat library. Halau abang tak bagi abang duduk sekali." Aslam berlawak.

"Hahahaha okay masa tu lawak! Yang seronoknya sayang tak dengar panggilan kakak tu. Kalau dengar, mesti best. Mesti abang dah dapat jelingan maut."

"Tu pun abang dah kena jeling. Siap kena halau."

"Bukan halaulah, bang. Memang kawan sayang dah nak sampai. Takkanlah sayang nak bagi abang duduk. Sayang rindu abang tau masa tu. Rasa macam nak ajak abang duduk nak bersembang dengan abang aje tapi nak buat macam mana, kan? Esok tu PMR."

"Yalah tu. Padahal pergi usyar crush." Aslam mengecilkan matanya. Ya. Dulu isterinya ini pernah cerita tentang hari pertemuan mereka kembali.

"Alah. Syaqir tu cerita lamalah, bang."

"Tu! Ingat lagi nama dia!"

"Okay okay. Lupa, lupa. Tak nak ingat dah. Aslam dah miliki hati sayang."

Cintaku KembaliWhere stories live. Discover now