Bab 19

5.6K 190 2
                                    

"Sayanggg! Jangan tinggal I! I tak sanggup hidup kat sini tanpa you. I sayang you. Kalau you betul nak stay Kedah terus, I akan balik UK selamanya." Aslam sudah membayangkan reaksi Arsya apabila dia memberitahu tentang berita yang kononnya sedih itu. Haha! Best. Aslam tergelak sendiri.

Terlupa sebentar dia terhadap masalahnya dengan Arsya. Masalah sepuluh tahun lepas yang meragut hati masing-masing. Terpisah sembilan tahun.

Sebenarnya, dia merencana untuk menipu Arsya. Kononnya dia kena pindah ke Kedah, terpaksa meninggalkan Arsya kerana tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur lagi.

Tapi tidak pula dia memberitahu sebab yang sebenar. Dia nak menipu katanya patah hati sebab ditinggalkan dan ditipu selama sembilan tahun.

Wahhh bijak kau, Aslam. Bijak. Aku tahu aku ni memang bijak. Aslam tergelak mengekek. Bukan nak riak, tapi takbur tu adalah sikit.

Tapi.. Amalia Arsya tu... Ish. She's too brilliant. Ingat dia nak percaya? Alaaa Lam, belum cuba belum tau. Kata orang, sepandai mana pun perempuan tu, dia mesti kalah sebab cinta.

Aslam tersengih dan ketawa sehingga tergeleng kepalanya.

Pepatah mana kau guna ni, Lam? Haihlah.

Aslam kemudiannya menyilangkan kaki ke atas meja kerjanya.
Ya, harini sudah hari ketiga dia sebagai CEO di syarikatnya sendiri, sebenarnya papa punya, dah diagihkan ke anak-anaknya. Macam dia katalah.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Aslam agak terperanjat.

Ish ada PA seorang pun, terajang kang. Dasar mengacau. Aslam terdiam. Ish kau dayusnya. Nak terajang PA.

Adira mengerutkan dahi. Pelik sebenarnya dengan bos baru dia ni. Gelak sorang-sorang. Muka handsome bagai nak rak, tapi sayang.. Macam orang gila. Usyar orang macam nak makan pulak tu. Gerun aku.

Pada mula-mula Encik Aslam mula diperkenalkan sebagai CEO, habis semua pekerja disini termimpi mimpikan ceo baru tu. Handsome! Tapi bila dah jadi PA dia, baru aku tahu dia ni sewel.

"Encik Aslam ada meeting dengan syarikat yang sain tender dengan syarikat kita."

"Syarikat mana tah?" Aslam membuat muka tak minat. Sebenarnya bukan tak minat, tapi lebih kepada tidak tahu. Ulang siaran, tidak tahu apa-apa. Aku cuma tahu pasal perkapalan je! Pleaseee. Aku nak menangis!

"Eliminate Cruise. Kita baru nak mulakan business dengan syarikat ni. Ini first time. Tuan Zamri nak encik berjaya dapatkan tender besar ni." Adira menerangkan dengan sepintas lalu kepada Aslam.

Aslam ternganga luas. Asal Eliminate Cruise pulak?!

Papa ni ish ish ish. Dia taktahu ke anak dia ni bergaduh dengan tunang. Tunggu la kejap kalau ya pun nak jalin hubungan business. Agak-agaklah pa. Tunggulah dulu. Ni tergesa-gesa dah kenapa. Alooooo baru nak lari dari dorang!

Aslam membuat mimik muka sedih dan membebel sendirian.

Adira yang sedari tadi memerhati mula risau. Dia ni memang ada masalah mental ke?

Sebenarnya Adira juga ada tahu menahu tentang kekasih Aslam yang meninggal sepuluh tahun lepas. Mungkin sebab tu kot jadi sewel? Yang seronoknya punya ramai perempuan lawa gila cuba mengurat dia, dia buat muka poyo je. Siap tangan masuk dalam poket seluar pulak tu. Nampak sangat tak berminat.

"Adira, buatkan aku coffee. Lapar." Aslam tersengih.

Adira agak terkejut. Dia berkau aku dengan aku?! Dahsyattttt sangat mamat ni.

"Eh, sorry. Buatkan I coffee heee." Aslam menayangkan gigi.

"Okay, boss."

------------------

Cintaku KembaliWhere stories live. Discover now