Arsya yang sedari tadi menunggu Aslam, mula menepuk bantal Aslam.
"Kalau dah nama anak teruna tu, memang pemalas."
Sebenarnya, Arsya sendiri tak adalah rajin mana. Haha.
Dia mengangkat bantal tersebut kerana ingin menarik cadar supaya kelihatan lebih kemas.
Tiba-tiba matanya terpaku kepada sekeping gambar perempuan.
Gambar siapa ni?
Arsya mengambil gambar tersebut. Diamatinya lama gambar itu. Dahinya berkerut. Gambar itu mempamerkan seorang gadis yang comel bertudung, tersenyum manis. Mungkin ke arah Aslam yang sedang mengambil gambar?
Lantas dia membalikkan gambar tersebut. Air mukanya berubah. Dia terbacakan surat yang dilekatkan di belakang gmbar tersebut.
"I realized it today, I'll love you forever even if you love me never. I really know, because it's so hard to let you go, sayang... Your love, Amalia Arsya."
Gambar tersebut terus terlepas dari tangan. Arsya menekup mulutnya. Air matanya deras menuruni pipi yang putih itu.
Terkejut akan gambar perempuan yang berada dalam simpanan Aslam. Dah la nama pun sama. Arsya mengundur langkahnya kebelakang lantas keluar dari bilik Aslam.
"Eh Arsh, you dah nak balik ke?" Irfan bertanya apabila Arsya melaluinya di ruang tamu. Tidak dijawab. Arsya terus bergegas ke pintu rumah dan keluar dari rumah itu.
-------------------
"Irfan!!!! Mati aku kali ni!!" Aslam terjerit dari dalam biliknya.
"Apahal kau ni?" Irfan bergegas masuk ke dalam bilik.
"Arsya dah tengok gambar ni...." Aslam kemudiannya berlari keluar dari rumah. Lantas dia melihat ke bawah dari koridor, Arsya sudah meninggalkan pekarangan condominium mewah itu.
"Shit!" Aslam menumbuk dinding. Sakit memang sakit. Sampai lebam tangannya.
Irfan bersuara dari pintu rumah.
"Wehh. Dahla. Daripada kau tumbuk dinding tu sampai roboh condominium ni, baik kau pergi kejar ke pergi pujuk ke. Buatlah apa yang patut kat tunang kau tu. Rugi kalau terlepas. Cantik gila tu." Irfan sengaja memanaskan hati Aslam. Kemudian dia tersenyum. Orang macam kau ni memang ego. Baran pulak tu. Seronok betul mainkan kau. Haha.
Tapi sebenarnya, semua tu dulu. Lepas Aslam kehilangan Amalia Arsya sepuluh tahun lalu, perangai egonya makin menghilang dah. Alhamdulillah.
Aslam terus bergegas ke masuk ke dalam biliknya dan menelefon Miyyo.
Aku rasa ini jalan paling baik sebab takde siapa pun boleh halang Arsya yang keras kepala tu, kecuali Abang Miyyo.
"Hello Abang Miyyo!"
"Ya, lam. Apahal kau ni?"
"Lam nak jumpa abang. Urgent gila!"
"Kau kat mana?"
"Kat rumah. Abang kat mana?"
"Oh, tak apa. Aku ada area condominium kau. Aku on the way ke sana teruslah."
"Okay. Thanks, abang."
---------------------
Miyyo menunggu Aslam yang meminta diri masuk ke bilik sekejap. Katanya nak ambil something nak tunjuk.
"Abang."
"Yeeee." Miyyo panggung kepala melihat Aslam. Aslam duduk berhadapan dengan Amirul Aryan lalu membuat muka kesian.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.