Bab 20

5.9K 180 3
                                        

"Adik ingat adik nak balik Kedah esok." Tiba-tiba Arsya mengeluarkan ayat sebegitu. Terkejut abang-abangnya.

"Eh apasal?"Miyyo bertanya dengan muka terkejut. Terkejut gila!

"Eh? Nak balik kampung sendiri pun tak boleh?"

"Nak balik dengan siapa? Abang busy sayangku." Ammar sedikit berdalih.

Gila kau Arsya nak balik Kedah. Confirm-confirm akan terserempak dengan Aslam. Mintak simpang. Habis Arsya mengamuk kalau tahu akan jalinan hubungan perniagaan Aslam dan aku.

"Balik sorang pun boleh." Arsya membuat muka sedikit monyok.

"Tak apa. Abang Harish ada. Suruh dia teman adik. Okay?" Aqil memberi cadangan.

Ammar tepuk dahi. Wehhh Aqil ni aku cepuk karang. Tak guna betul.

Terlupa sebentar Arsya kepada Abang Harishnya, sepupu kesayangan. Yela. Kalau dulu, tak boleh berenggang. Berkepit dua puluh empat jam. Selalu jugak Abang Harish terbang ke US, melawat dia. Masa tu tak rapat sangat sebab lupa ingatan. Tapi sekarang... Hehehe taksabar nak bagitahu Abang Harish pasal dirinya yang sudah pulih. Abang Harish tu sebaya dengan Abang Miyyo aje. Tak tua tak muda. Hahaha! Abang miyyo pun tua tiga tahun je dari aku. Arsya terus memandanng Aqil lalu mengangguk.

"Good. Bila nak bertolak? Nak bawak kereta ke, sayang?" Miyyo bertanya sambil mengunyah makanan.

"Tak payah. Esok still ada dua private jet family yang available. So choose which one you nak naik. Kereta kat rumah kat Kedah still boleh digunapakai. Abang baru balik minggu lepas aje sebab ada meeting dengan client." Ammar memberi arahan kepada adiknya.

"Okay. It's up to you. Can't wait to go back to Kedah! Yeay!" Arsya kemudiannya berlalu dari meja makan dan terus naik ke atas.

---------------

"Sayang, abang nampak sayang makin cantik." Harish mengambil hati. Kalau tak kenal dua orang budak ni, memang ingat bercinta. Sejak dulu. Padahal, hubungan kasih sayang mereka cuma setakat abang dan adik. Dua-dua orang dah ada kekasih hati masing-masing.

"Hehe thank you. Abang sayang pun makin handsome. Makin tough."

"Bila sayang start pakai tudung balik?" 

"Emmm. Baru aje lagi . Beberapa minggu lepas. Kenapa? Buruk ke?"

"Gila sayang kata buruk?! Cantik gila tau!"

"Cey bodek kita. Ada apa-apa ke ni?"

"Just nothing. Anyway you dengan tunang you macam mana?"

"Macam mana apa?" Arsya sedikit berdehem. Apa ni?! Tanya tunang pulak. Baru aku nak seronok balik sini.

"Ya lah. Abang semua dah cerita kat I. You tak try cari dia?"

"Cari? Nak cari kat mana, abang? Masa dulu bolehlah mesej ke apa ke call ke. And tahu dia memang duduk situ aje. Ni sekarang? Hampeh. Sikit pun tak reply. Dimatikan pulak phone tu. Rumah pun dah takda orang langsung."

"Entahlah, sayang. I taktahu nak cakap macam mana. But I rasa dia sayang you."

"Entah. Hati I kosong. Malas cakap pasal dia. Dulu dia tinggal I sebab perempuan mana tah tu. Sekarang sebab macam ni pulak. Kalau dah taknak kat I tu, cakap jela. Ingat I ni apa?"

"Alaaaa sayang. Sorry tanya pasal ni. Nyesalnya. Okay dah okay. Esok pagi kita release tension. Kita pergi main golf."

"Yeayyy! Main golf. Okay set. You kalah you tampung kehidupan I selama satu hari." Satu hari Arsya tu memang macam sebulan punya belanja. Mesti dia ajak shopping and beli barang mahal gila. Tahu dah!

"Okay no hal. Alah satu hari aje. Apalah sangat. Tak luak pun duit i." Harish bercakap dengan bangga. Padahal kalau nak dibandingkan, keluarga Arsya kaya berkali-kali ganda daripadanya. Tapi tak apalah, bukan selalu nak perasan.

------------------

"Sayang abang dah ready?"

"Eh, of courselah." Arsya menayang giginya.

"Eh kejap. Abang nak jumpa kawan abang. Tak sangka dia pun datang harini."

"Em, okay. Arsya tunggu sini."

"Okay, sayang. Kejap aje."

Sepuluh minit berlalu.

"Sayanggg!" Harish datang sambil menayangkan giginya yang tersusun rapi.

Kenapalah sepupu aku ni handsome sangat?

"Lambatnyaaa abang."

"Lama tak jumpa kawan abang tu. Abang jumpa dia masa dulu. Kat tepi jalan. Hahaha." 

"Aik? Jumpa tepi jalan pun buat kawan?"

"Taklah. Dompet abang jatuh, dia lah tolong abang. Baikkan budaknya?"

Ceh! Budak tu baiklah sebab mesti budak tu pun anak orang kaya. Kalau tak, takdanya nak datang main golf kat sini. Menyampahnya. Arsya mencebik.

"Em, okay baikkkk sangat dah tu."
Sambil bermain, mereka bergelak ketawa. Macam-macam aksi ditunjukkan.

-------------------

Dari kejauhan, sepasang mata memandang mereka berdua dengan renungan tajam. Aslam mengepal penumbuk.

Geramnya aku! Ini namanya kawan makan kawan! Tu tunang aku tu! Ikut sedap kau aje ketawa-ketawa dengan dia. Sepatutnya aku yang duduk tempat kau sekarang. Hati Aslam semakin membentak.

Tadi jumpa rakannya yang terjatuhkan dompet di sebuah kedai beberapa tahun dulu. Dia tolong ambillah. Baik kan? Harhar. Baik sangat sangat.

Kemudian, dia lalu di sebelah mereka dan dengan sengajanya dia melanggar bahu Arsya. Hampir terjatuh wanita itu.

Arsya lantas menoleh untuk marah.
Siapa ni sesedap rasa main langgar aku aje?! Sekali dia toleh. Terdiam terus.

"Eh kau!" Harish menyapa Aslam dengan ceria. Ceria sangat dah bunyinya.

"Sayang, ini kawan abang yang abang cerita tadi tu." Harish memperkenalkan Arsya kepada Aslam.

Aslam yang melihat adegan yang romantik kononnya itu siap berabang sayang membuat gaya ingin muntah.

Coihhh! Ini tunang aku! Putus kawan! Aku tolong kau dulu. Kau rembat tunang aku. Kalau aku tahu nak jadi macam ni, aku tak kasi balik wallet kau tu. Biar buat pekasam kat rumah. Puihhhh. Aslam buat muka. Dengki punya perangai.

"Oh! Hai Sayang Harish. Anyway Harish, ini siapa? Awek kau ke? Lawanya. Pandai kau pilih awek kan. Kau dahla handsome, tinggi, bergaya, putih. Aku ni kurang sikit." Aslam mula bermanis mulut. Kalau nak diikutkan, aku handsome lagilah!! Saja nak menyakitkan hati Arsya je. Tapi hati aku yang sakit sekarang ni. Maaa, nak nangis!

"Anyway Lam, ini.." Tak sempat dia nak perkenalkan Arsya sebagai sepupunya, Arsya sudah memintas.

"Ini boyfriend I. Maklumlah, tunang I tinggal I. Kena cari baru. Jodoh tak panjang macam tu lah jadinya." Arsya senyum sinis.

"Oh yeke? Kesian. You mesti frust menonggeng kan sebab kena tinggal?" Aslam bersuara dengan suara menjengkelkan.

"I dah ada yang baru. I takut dia yang menangis tak berlagu." Arsya menjeling tajam.

"Jom abang, Sya laparlah. Nak makan. Tengok muka abang dapat kenyangkan hati Sya je. Tapi perut still lapar. Please." Arsya buat muka kesian. Comel.

Aslam naik menyampah. Puih Sya konon. Dengan aku, kau guna nama Arsh. Ishhh meluatnyaa!!

"Okay, sayang. Jom." Harish terus mengambil telefon bimbitnya di atas meja lalu meletakkan ke dalam poket.

"Okay, bro. Aku pergi dulu. Till we meet again" Mereka bersalaman lalu berlalu dari situ.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang