Bab 38

5.2K 174 1
                                        

Aslam bangun dari tidur lenanya. Lena lah sangat kan. Sakit gila kepala ni! Matanya dibuka perlahan-lahan. Lalu dia memandang sekeliling.

Aku kat mana ni? Matanya melihatkan tempat di mana dia berada sekarang. Macam bilik utama aje ni. Besar. Siap ada katil. Ada katil kemain besar, tapi campak aku tidur kat bawah. Khianat betul perangai.

Kemudian, dia bangun melangkah ke balkoni di bahagian kanan ruang itu. Sesampainya dia di balkoni tersebut, mulutnya sedikit ternganga.

Mak aiiii. Tingginya gaung. Fuhh ni kalau jatuh, bukan takat innalillah, mahunya relai tulang-tulang aku. Aslam menggeleng.

Akhirnya baru dia teringat yang dia kena culik! Aslam mula gelabah. Macam mana nak lari ni. Dah la gelap. Takkan nak lalu ikut balkoni tu, turun bawah? Gaung tu. Kalau siang, bolehlah buat aktiviti rekreasi sikit. Ini malam. Tah ke ada ular? binatang buas? Biawak? Aslam tergeleng. Aku tak takut biawaklah!

Dia mencari akal bagaimana hendak keluar dari sini. Pintu yang menutup bilik itu dikunci rapat. Sia-sia aje kalau pecahkan pun. Macam pintu besi pun ada. Sakit badan aje.

Aslam mundar-mandir di dalam bilik itu, dan apabila dia menoleh ke belakang, ada seseorang di belakangnya. Aslam melatah bukan main. Mana tak terkejut, aku ingat hantu tadi! Kemudian baru matanya memandang pintu yang telah dibuka. Ceh! Aslam memandang dengan renungan tajam wajah 'baik' itu. Okay. Muka kau dah jahat sangat bagi aku. Sebab kau culik aku.

"Kau nak apa ni culik aku? Kau nak duit aku ke? Cakaplah berapa. Tak payah main culik-culik macam ni. Bini aku risau kat rumah. Dah malam ni. Kau tak kesian ke?" Aslam sedikit berborak. Aslam memang happy go lucky betul.

Farabi yang sedari tadi di tepi pintu naik meluat dengan perangai Aslam yang relaks saja. Kotlah nak cuak ke takut ke? Masalah betul orang macam ini. Akhirnya, Farabi menunjukkan muka. Dia berjalan ke arah Aslam seraya tersenyum. Senyum jahat.

"Laaaa kau ke, Farabi?" Aslam buat muka sambil mendekati Farabi. Berani gila.

"Aku nak kau tinggalkan Arsya."

"Amboi sesedap rasa coklat aje nak suruh aku tinggal arsya. Kalau aku taknak?" Farabi menghayunkan penumbuk tepat ke muka Aslam.

Aslam memegang pipinya. Okay. Harini dah dua kali kena tumbuk. Hilanglah kehenseman aku kalau macam ni!

"Kau ni kenapa?!"

"Aku sayangkan Arsya. Aku nak Arsya. Aku nak kau ceraikan Arsya."

"Huh! Taknak aku. Ingat kau tu siapa nak arah-arah aku?"

Farabi naik geram. Lalu dibawanya Lydia Marissa ke bilik itu. Aslam sedikit ternganga. Apa kena-mengena pulak perempuan ni dalam cerita ni? Aslam menggeleng dan menampar pipi sendiri. Mana tahu, aku dalam mimpi.

"Hello, Aslam sayang." Lisa tersenyum jahat ke arah Aslam.

Aslam macam nak muntah. Wek! Panggil aku sayang? Tapi aku sendiri pernah bercinta dengan dia dulu. Menyesal pulak aku.

"Kau nak aku guna cara jahat atau cara baik, Lam?"

"Guna aje cara apapun. Tak kisah." Aslam membuat muka tidak minat. Farabi menumbuk sekali lagi muka Aslam. Aslam sedikit pun tidak membalas tumbukan itu. Lalu Farabi dan Lisa berlalu keluar dari bilik itu.

"Ini makanan untuk kau. Maafkan aku." Kim meletakkan makanan untuk Aslam di atas meja sisi katil dan berlalu pergi. Aslam mengangkat kening. Terkejut dengan kata maaf dari orang suruhan Farabi. Macam lawak pun ada. Culik aku. Pukul aku. Tapi minta maaf?

----------------------

Pada masa yang sama, Ammar sudahpun dapat menghidu perbuatan jelek Farabi. Memang cari gaduh betul dia ni. Hari ini pula ada urusan mengejut. Dia harus terbang ke UK. Tiba-tiba sahaja dia harus turun padang. Kacau daun betul. Tak tahu ke aku ada masalah besar ni?
Lalu dia menyerahkan semua maklumat mengenai kejadian yang menimpa Aslam kepada Aqil memandangkan Miyyo masih berada di Eliminate Air Academy di Australia atas urusan tertentu.

"Aqil! Listen carefully. Aku cuma akan cakap sekali." Ammar menarik Aqil menuju ke kolam renang di halaman rumah mereka.

"Kenapa, bro?" Aqil bersuara malas. Baru bangun tidur. Nampak sangat rambutnya yang selama ni kemas rapi dan kadang-kadang dicacakkan, sudah serabai ya amat.

"Safe Aslam from Farabi. Aku tak nak apa-apa pun terjadi kepada dia. Farabi must have his own way to destroy Arsya and Aslam." Ammar membisik ditelinga Aqil. Tetapi Aqil masih dengan muka blurnya. Ammar ni mengigau ek?

"Jap jap. Can you get me the point? Tak payah guna ayat kiasan macam ni. Aku mengantuklah!" Aqil mengecilkan mata bulatnya. Konon-konon dah mengantuk sangat. Ammar dengan pantasnya mengetuk kepala adiknya.

"Apahal kau ni lembab sangat? Aslam diculik Farabi. Aku nak urus mula-mula but I have to take off to UK for a few days. Miyyo masih di EAC. So aku nak kau selesaikan masalah ni."

"What?!!!" Disangkakan suara Aqil yang menjerit akibat terkejut atas penculikan Aslam, tapi malangnya Arsya sudah mendengar segalanya di sebalik jendela.

"Kenapa tak bagitahu?!" Arsya sudah menyinga. Mereka berdua diam membisu. Ammar garu kepala.

"Don't worry. Aslam akan selamat, sayang. I dah suruh Aqil selamatkan Aslam."

"I nak ikut!" Arsya sudah mula melangkahkan kaki ke arah abangnya sambil menarik tangan mereka.

"No! Bahaya." Ammar dan Aqil menjerit serentak.

"I dah biasa. Abang yang ajar Arsh bersedia hadapi cabaran macam ni." Arsya merengek ingin mengikut Aqil.

"Kalau Aslam yang selamatkan Arsh, kitorang terima. Tapi kalau Arsh yang pergi nak selamatkan Aslam yang diculik, tak payah berangan. Aqil will handle everything. Arsh cuma duduk rumah, tunggu aje." Ammar sudah bertegas. Arsya kan agak degil.

"And kau, Aqil, bodyguards are ready and they are waiting for you." Ammar memandang ke arah kereta yang telah disediakan. Pasti didalamnya sudah disediakan alatan secukupnya.

"Now?" Aqil sudah meluaskan matanya. Hilang sudah kantuknya tadi.

"Yes. Now!" Ammar mengarah adiknya untuk bertindak dengan segera. Aqil sudah merungut. Pagi-pagi yang indah ni, kena pergi menyelamat pulak. Aku patah-patahkan tengkuk kau, Farabi. Tak guna betul menyusahkan aku!

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang