"Sayang, I nak nasi ayam!" Aslam mempamerkan muka comel dengan mata yang sengaja dibulatkan.
"Pergilah makan. Jangan ikut I. I nak makan benda lain!" Arsya mula melangkah meninggalkan Aslam. Tetapi langkahnya terhenti apabila Aslam cepat memegang tangannya.
"Tapi I nak makan dengan you."
"Ee menyampahnyaaa! Mengada gila!" Arsya duduk di hadapan Aslam dengan muka geram.
"Makan pun nak memilih. Nasi ayamlah apalah. Telan aje la." Arsya sudah membebel macam mak nenek.
"Menyampah pun tak apa janji sayang I."
"Ikut suka hati you lah." Arsya menjeling. Dan Arsya terus mendiamkan diri. Malas melayan kerenah manja budak seorang itu.
Aslam tersenyum sendiri mengenangkan usahanya semasa dia baru mendapatkan Amalia Arsya, bekas kekasihnya 10 tahun lepas.
Gila. Garang nak mampus. Tuduh aku ada awek lain. Semua cakap aku, dia tak pernah nak ikut. Aku buat apa semua salah. Siap perli-perli. Nasib baik hati ni sabar layan kerenah dia.
Aslam bangun dari perbaringan. Beza sangat dengan Amalia Arsya yang ini. Yang ini lembut, baik, seksi pulak tu.
Apa dah jadi dengan kau ni, Aslam? Kau biar betul pilih perempuan yang macam ni?
Dia menatap gambar kekasih hatinya kini. Cantik dengan dressnya yang tidak terlalu singkat dan rambut yang sengaja diikat tocang dan dihiasi bunga.
Oh ya. Mata dia sama macam you sayang. Sama sangat. Yang lain jauh bezalah pulak. Mungkin sebab tu I jatuh cinta dekat dia. I tahu you marah. Tapi you tak pernah larang I buat apa pun kan, sayang. Aslam mula berborak dengan gambar kekasihnya yang sudah meninggal.
Sebenarnya, dia sukakan perempuan yang menolak dirinya. Dia rasa tercabar. Perempuan seperti itu harus didapatkan. Dan sebab itulah, dia mengejar cinta Arsya. Dia berasa bangga kerana lama kelamaan Arsya makin menyayanginya. Tetapi kerana tindakan bodohnya, dia meninggalkan Arsya disebabkan perempuan lain.
Arsya tetap dengan pendirian akan menunggunya walaupun dia telah menyakitkan hati perempuan itu.
Arsya merayu terhadapnya. Berbagai-bagai usaha arsya lakukan untuk memenangi hatinya kembali. Dia berasa bahagia tika itu. Arsya sangat menunjukkan kasih sayangnya terhadap Aslam. Aslam masih ingin mempertahankan egonya.
Dan apabila suatu hari, Arsya dikhabarkan meninggal, dialah insan yang paling menyesal. Menangis bagai nak rak pun dah tak ada gunanya. Orang yang pergi memang tak akan kembali.
-----------------
"Aslam!" Asyraf memanggil sahabat baiknya yang baru sahaja ingin mematikan enjin motosikal yang diparkir di tempat letak motosikal sekolah.
"Kenapa? Muka pucat aje kau ni." Aslam mula menapak ke arah sahabatnya itu sambil menggalas beg sekolah dan memegang beberapa buah buku di tangan.
"Arsya... Arsh kau...." Tiba-tiba Asyraf menjadi gagap.
"Apahal dengan Arsya?" Aslam menyoal dengan muka tidak minat.
"Arsh dah... Tak ada." Tergagap-gagap Asyraf memberitahu Aslam.
"Apalah kau merepek pagi-pagi ni. Nak prank pun agak-agaklah!"
"Siapa merepek dengan kau ni bodoh?"
"Kau tahu mana? Kau dengan dia pun jarang jumpa sangat dah sekarang. Dia bukan sekolah kita pun."
"Girlfriend aku bagitahu. Ada announcement kat sekolah dorang tadi. Dia dah disahkan tiada, Lam. Sumpah aku tak tipu."
Buku yang terpegang di tangan Aslam terlepas. Air matanya bertakung dan dia terduduk di kerusi berdekatan. Habis kemachoan seorang lelaki sepertinya. Dia yang kemas dengan baju pengawasnya dan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengawas, terus menangis sepuasnya.
"Aslam, dahla. Apahal kau menangis ni? Kau dengan dia dah tak ada apa apa, kan?"
"Aku sayang dialah! Memang aku suka mainkan perempuan. Tapi kalau dengan dia, lain. Aku tak tinggal dia! Aku cuma ambil masa untuk jadi baik. Jadi yang terbaik untuk dia."
Asyraf ternganga. Ya. Aslam suka berahsia. Pasal perasaan sendiri. Tapi Aslam pernah bagitahu yang dia nak dapatkan hati Arsya tu, tak kiralah apa nak jadi pun.
Asyraf hanya menggelengkan kepala tika itu. Dia tahu, perangai sahabatnya memang tak boleh diubah.
"Habistu...macam mana?"
"Aku nak jumpa dia!"
"Aku dengar ceritalah kan, mayat dia dibawa balik ke Kuala Lumpur. Abang dia nak kebumikan kat sana."
Terdiam Aslam mendengar kenyataan yang baru dikatakan oleh sahabatnya. Dia mula bangun. Menuju ke motosikalnya kembali, menghidupkan enjin dan kemudiannya berlalu tanpa menghiraukan sesiapa. Bukunya yang jatuh juga tidak dikutip."Aslam Haizqril!!" Asyraf memekik memanggil sahabatnya yang sudah menjauh.
"Kau ni memanglah, Aslam. Pandai bab pelajaran aje. Bab macam ni kau fail. Perempuan tu sayang kau, kau tinggal. Kalau kitorang nasihat, kau buat muka sepuluh sen kau. Bengap betul ada kawan seorang pun." Asyraf membebel sambil mengutip buku Aslam yang berselerak di atas lantai.
"Opocot!" Asyraf termelatah apabila seseorang menepuk bahunya.
"Woi, apa kau membebel ni, hah?"
"Ish kau rupanya Fakri. Aslam kesayangan kau itulah. Tengok ni buku dia bersepah."
Sambil mengutip buku tersebut, Asyraf menerangkan apa yang telah terjadi kepada Fakri. Mereka berkawan baik sejak dari tingkatan satu. Cuma bezanya, Fakri tua setahun.
"Menyesal pun tak ada guna dah, Aslam. Aku harap kau boleh move on." Fakri bersuara perlahan.
Aslam terus berlari masuk ke dalam bilik. Dia menyelak cadar katilnya yang baru dikemas oleh pembantu rumah.
Dia tersenyum melihat gambar kekasihnya di situ.
"Sayang, you dah tinggal I. I baru tinggal you kejap aje. You tinggalkan I selamanya." Dia terus memeluk gambar itu. Kemudian dibuka komputer ribanya dan dia terus mencetak beberapa gambar Amalia Arsya sambil menyanyikan beberapa lagu yang Amalia Arsya berikan kepadanya.
Macam orang gila saja gelagatnya. Aktiviti mainkan perempuan juga terhenti dengan sendirinya. Apa yang dia tahu, pergi sekolah. Balik. Petang pergi beriadah dengan rakan-rakan. Malam sebelum tidur, bercakap dengan kekasihnya. Ya, bercakap dengan sekeping gambar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.