Bab 11

5.9K 216 1
                                        

Arsya melangkahkan kakinya laju kehadapan. Merajuk dengan kekasih hati yang nampak senang berborak dengan perempuan tah dari pelusuk mana tah! Sumpah menyampah! Boleh pulak ketawa-ketawa. Kalau boleh tolak perempuan tu jatuh kapal ni, memang aku nak buat!

Aslam yang perasan akan muka cemberut Arsya, terus mengejar buah hatinya itu. Tu lah. Lari sebelum dengar penjelasan. Sayang sayang. Aslam menggelengkan kepala.

"Sayang!" Aslam menarik tangan Arsya secepat yang boleh.

"Apa?" Arsya memandang ke arah laut. Merajuk sangat dah ni. Tak boleh dibendung lagi.

"Sayang, pandanglah muka I." Aslam yang memegang dagu Arsya supaya Arsya mendongak memandangnya, mula menunduk kebawah. Arsya degil tak nak dongak kepala. Jadi dialah yang kena menunduk.

"Sayang...."

"Ish, apa? I ada kerjalah. Abang Ammar nak jumpa I." Arsya cari alasan. Tapi, memang Ammar mahu berjumpanya. Cuma bukan atas sebab yang penting.

"Abang Ammar pun nak jumpa I. So kita pergi sekali kejap lagi. Sekarang ni, you dengar I explain, okay?" Aslam menggunakan suara selembut yang mungkin. Tunang kesayangan merajuk. Mestilah kena pujuk.

"Explain apa? Tak ada apa yang nak diterangkan pun. Kannnn?" Arsya melangkahkan kaki dan berdiri di bahagian hujung kapal. Ni kalau jatuh kat Laut China Selatan ni, memang cun.

"Tengok tu. Selalu tak nak dengar explanation I." Aslam mendekati Arsya.

"Okay, fine. Apa?" Arsya buat muka malas nak mendengar.

"Yang tadi tu, sepupu I sayang. Dah kahwin dah pun. Husband dia pun ada. Naik kapal ni jugak. Sayang tak percaya? Jom kita jumpa dia dengan husband dia. Sayang boleh jealous dengan I kalau I layan orang lain, tapi siasatlah dulu, baby... I tahulah I ni kan handsome." Aslam senyum menggoda.

Arsya diam. Jealous memang jealous. Biasalah. Cemburu buta.

"Handsomelah sangat! Tu pekerja yang angkat barang tu lagi handsomelah!" Arsya yang mukanya merah sedikit kerana malu akan tuduhan melulunya, terus melangkah. Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu. Hampir-hampir dirinya terjatuh ke dalam laut tapi sempat dipeluk erat oleh Aslam. Tu lah. Atas kapal pakai high heels.

Arsya makin malu. Ish dahla cemburu buta. Nak terjatuh pulak. Terus kakinya laju meninggalkan Aslam.

"Sayang... sayang. Selalu gelabah macam tu. Dah tahulah tu diri tu salah. Haha." Aslam senyum dan kembali melangkah ke ruang kerjanya. Waktu macam ni, memang tak boleh kacau Arsya. Takut berasap pulak. Maklumlah, Arsya dah termalu sendiri.

------------------

"Aslam!" suara Miyyo memecah gegendang telinga Aslam yang sedari tadi menghirup udara laut yang amat menyegarkan.

"Ya, bang?" Aslam pantas menoleh.

"Arsya mana?"

"Merajuk." Aslam membalas sepatah.

"Aik? Kenapa?"

"Entah." Aslam malas nak jawab sebenarnya. Perkara kecil aje.

"Betul-betullah, Lam."

"Alaaa abang ni. Tadi Arsya nampak Lam borak dengan sepupu Lam, lepas itu dia merajuklah. Dia tak tahu itu sepupu Lam at first."

"Mengadalah Arsya ni." Ammar bersuara sambil tergelak. Kapal yang dinaiki hampir sampai ke pelabuhan.
Sedang mereka rancak berbual, mata Aslam tertancap kepada seorang wanita yang jatuh dari kapal. Matanya dikecilkan.... Dan dia terus menjerit, "Arsyaaaa!!!!"

Ammar yang terkejut akan jeritan Aslam terus menoleh ke arah pandangan Aslam.

Okay, adik dah buat kerja gila. Ammar langsung tidak berganjak. Tidak hairan akan adiknya yang jatuh dari kapal. Eleh. Jatuhlah sangat. Sengaja aje budak nakal ni.

"Sayangggg!" Aslam terus terjun ke dalam lautan itu. Tinggi memang tinggi. Gayat gila. Tapi nyawa kesayangan lebih penting. Aslam berenang mendapatkan Arsya yang nampak seperti kelemasan.

Ammar yang melihat adegan itu dari atas terus tergelak. Cayalah, dik! Menjadi lakonan you harini.

Walaupun dia tidak tahu akan motif Arsya berbuat begitu tapi dia tahu, Arsya tu perenang yang hebat. Mana mungkin lemas. Berani jamin sembilan puluh sembilan poin sembilan persen.

"Sayang. Peluk I. I bawa you ke daratan, okay?" Aslam yang agak ketakutan melihat Arsya itu, terus memaut erat bahu Arsya supaya naik kebelakangnya.

Tiba-tiba, Arsya ketawa lantas berpaut erat pada bahu Aslam. Aslam ingin menarik Arsya ke daratan yang agak jauh dari tempat mereka jatuh tapi Arsya pantas menarik tangannya.
Arsya memaut lehernya seraya tersengih.

"Sayang, sorry tau merajuk tak tentu pasal tadi. I jealous sangat tadi."

Aslam tercengang. Ini taktik kotor ke apa ni? Uwaaa aku kena tipu. Kononnya tadi nak lemas. Padahal elok aje dia berenang. Aslam nak hentak kaki tapi baru sedar akan dirinya yang sedang terapung di dalam air.

"Nakal. Nakal. Nakal. Sayang I nakal. Kalau tak nakal memang tak sah. Nakal gila. Buat I terkejut. Memang sumpah nakal tahap gila dah ni. Mahu nak tercabut jantung I tadi tiba-tiba baby kesayangan I jatuh dalam laut. Ish ya Allah, kejamnya." Aslam bersuara agak bebal. Memang bebal gila!

"Hehehe. Saja. Nak buat sweet sikit. I nak terjun tengah lautan tadi pun tak gamak. Boleh aje nak berenang sampai ke daratan, tapi takut kena ngap dengan ikan jerung dululah." Arsya sengih. Sengaja berlawak. Aslam akhirnya senyum dan tergelak halus. Susah rupanya dapat tunang nakal macam ni. Idea nakal dia memang tak terfikir dek akal.

"Aslam! Arsya!" Suara Ammar menjerit terdengar dari atas kapal.

"Naikkkk! Karang dua-dua abang denda!"

Arsya cuma menunjukkan ibu jari erti beres kepada abangnya. Setelah menggunakan bot kecil yang diturunkan oleh pekerja abangnya, mereka terus ke daratan. Best sangat hari ini sebab dapat main air dengan baby boo. Huhu.

----------------

"Arsya, jangan buat macam tu lagi." Ammar memberi amaran keras.

"Okay, beres."

"Jangan asyik nak beres aje. Kalau sekali lagi you buat, abang takkan teragak-agak nak tukarkan you ke syarikat lain." Ammar mula mengugut. Arsya diam. Eleh. Tukarlah. Tak hairan.

"Abang tak ugut, okay? Abang cakap benda betul ni!" Ammar bersuara agak tegas. Arsya pandang Aslam. Aslam sudah memainkan keningnya. Okay nampak Ammar berpihak kepada Aslam kali ini. Arsya kalah. Okay, fine.

"Yalahhh. Arsh tak buat dah, okay?"

"Good. Aslam and Arsya boleh balik."

"Yang tu aje?! Kot lah nak ajak keluar makan ke apa ke?" Arsya sengih.

"Pergilah dating, makan berdua. Abang ada banyak kerja."

"Okay, boss!"

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang