Amalia Arsya berjalan menuju ke sebuah restoran terkenal di ibu kota. Dia mempunyai janji temu dengan Aslam Haizqril, kekasihnya.
Ya, dia dan Aslam bercinta. Terlampau cepatkah? Dia sendiri tidak sangka. Hatinya terpaut dgn keindahan ciptaan tuhan. Aslam sangat sempurna dan terlampau baik dimatanya.
Sudah sebulan mereka menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan abang-abangnya. Dia tidak pernah bercinta. Abang-abangnya juga tidak pernah menceritakan bahawa dia mempunyai kekasih sebelum amnesia. Jadi apa salahnya dia memberi peluang dan membuka hati kepada Aslam?
"Sayang," Amalia Arsya terus memeluk Aslam dari belakang dan membisik lembut di telinga itu.
"I miss you so much."
"Miss you too, baby." Aslam memegang tangan Arsya lalu menyuruhnya duduk.
"Lepas makan teman I pergi shopping, okay?"
"Okay. You nak beli apa?"
"Tak ada nak beli apa pun. Saja nak habiskan masa dengan you."
"Okay, sayang." Aslam tersenyum manis.
Sesampainya mereka ke sebuah shopping mall, Arsya menarik Aslam ke sebuah butik mewah.
"Sayang, yang ini lawa tak?" Arsya mula memperagakan dress yang dipilih olehnya di depan Aslam.
"Lawa tapi singkat sangatlah sayang. And ketat. I taknaklah you jadi bahan orang usyar." Lembut dan penuh cermat Aslam menegur kekasihnya itu. Takut takut terasa hati pulak.
"Em, okay. Jap. You pilihlah. Then, you kasi I try okay."
"Okay, sayang." Aslam tersenyum manis. Tak susah untuk membentuk Arsya menjadi lebih baik. Arsya seorang yang mendengar kata dan sangat baik.
---------------------
"Weh, Miyyo!" Ammar menarik tangan Miyyo dan Miyyo terheret kebelakang kerana mengikut langkah kaki Ammar.
"What?" Miyyo pelik. Apa benda? Tiba-tiba tarik macam nak menculik aje gayanya.
"Tengok adik kau tu, baik punya berkepit dengan Aslam Haizqril tu." Sebenarnya dia sudah sedia maklum bahawa Aslam dan adiknya menjalinkan hubungan. Tapi tidak pula dia ingin merosakkan hubungan itu walaupun sebenarnya dia takut akan sesuatu.
"Jodoh dorang memang kuat betul. Gila betul. Hampir 10 tahun terpisah, still bersama. Hampir 10 tahun amnesia, still bersama. Hampir 10 tahun tak jumpa, still bersama."
"Kuasa Allah semua ni." Ammar berkata. Otaknya kembali menerjah kejadian hampir 10 tahun yg lalu....
"Adik, bangun. Nak berbuka dah ni. Adik kan selalunya lapar awal." Ammar mengejutkan adiknya yang masih lena untuk bangun berbuka puasa.
"Tak laratlah abang." Arsya cuma bersuara perlahan.
"Okay. Kalau macam tu abang turun ambilkan makanan dan bawak naik atas, okay?"
"Okay," Arsya menjawab lemah.
Setelah lima minit turun dan mengambil makanan, Ammar menggoncangkan bahu adiknya."Adikk sayang," adiknya kaku.
"Adik?" Tangannya mula memegang tangan adiknya.
"Ya Allah! Asal sejuk sangat ni?!" Mukanya berubah riak. Terus dia memekik memanggil Aqil dan Miyyo.
"Kenapa ni?" Miyyo muncul di muka pintu beberapa saat kemudian.
"Adikkkk... Dah..." Air matanya laju menuruni pipi. Aqil berjalan perlahan menuju ke arah adik kesayangannya. Kakinya lemah melihatkan adiknya yang sudah.....
"Adik...?" Aqil terduduk di hadapan adiknya. Sungguh, dia kecewa dan ingin meraung.
Ammar dengan pantas menghubungi seseorang. "Doktor Liam, tolong ke rumah saya sekarang. Urgent! Now!"
Setelah beberapa lama menunggu, Doktor Aizat yang merupakan doktor peribadi mereka datang memeriksa keadaan Amalia Arsya dan memasang segala keperluan penyakit adiknya.
"Err Tuan Ammar, sebenarnya adik tuan sedang mengalami waktu kritikalnya. Dia belum meninggal. Tapi harapan untuk terus hidup cuma tinggal sepuluh peratus." Doktor itu menerangkan secara panjang lebar.
Miyyo terdiam mendengarkan penjelasan doktor itu. Kemudian dia bersuara, "ada harapan untuk sembuh?"
"Ada. Tapi, takut tak berjaya" Doktor itu menunduk.
Ammar terus menangis mengenangkan nasib adiknya yang akan pergi.
"Now, berapa lama adik akan lalui masa kritikal?"
"Err tak pasti tapi rasanya tak lama. Masa makin suntuk."
"Terbangkan dia ke US. ASAP. Dapatkan rawatan yg paling baik untuk ubati dia. Do whatever you can, doctor. Please safe my sister's life."
"Baiklah, tuan."
Kemudian, telefon pintarnya didail laju.
"Sediakan private jet untuk bawa adik I ke US. Urgent. Must be ready in thirty minutes." Ammar mematikan panggilan. Kemudian dia terus menelefon pihak sekolah dan memberitahu bahawa adiknya sudah meninggal.
"Kau rasa apa kau buat ni betul?"
"Yang ini jalan paling mudah bro. Paling mudah." Ammar menepuk bahu Aqil.
"Okay it's up to you. Janji adik selamat." Miyyo mengikut rancangan abangnya.
"But, Aslam?" Tanya Aqil.
"Aslam? Dia dah ada org lain, kan. Mesti sampai ke dia punyalah berita adik dah tak ada ni."
"Em, okay kalau macam tu. Kitorang pun sokong kau. Aslam dah tak ada dalam hidup adik. So, biarkan." Miyyo dengan yakinnya menyokong keputusan abangnya apabila mengenangkan Aslam sudah pun meninggalkan adiknya dan bersama dengan perempuan lain.
"Weh! Kau berangan ke apa?!" Miyyo bersuara dan terus menyentak memori lama yang diingatinya.
Ammar beristighfar didalam hati.
"Aku teringat pasal adik dulu..."
"Benda dah lepas. Tak payah ingat dah. Dorang siap dah bercinta balik lagi."
"Kau bayangkanlah, kalau dah hari-hari berkepit dengan Aslam Haizqril tu, kang ingatan dia pulih macam mana?!"
"Eh, kira baguslah tu."
"Yelah kau. Dibuatnya Lam tinggalkan adik sebab terkejut macam mana? Dahla kita bagitahu dia adik dah meninggal hampir 10 tahun lepas." Ammar mula membayangkan perkara buruk yang bakal berlaku.
"Cakap kat aku, benda apa yang kita tak boleh urus? Semua boleh. Semua celah gigi aje. " Miyyo berkata dengan penuh yakin.
"Ada lagi yang tak boleh urus. Hati Aslam."
"Pandai-pandailah kita urus nanti. Kita yang pandai cari penyakit dulu atur rancangan gila ni."
"Okay kalau macam tu." Miyyo terus berjalan ke arah adiknya yang kelihatan mesra bersama Aslam.