Bab 40

6.4K 182 0
                                        

Kereta Aqil laju meluncur ke rumah Arsya. Dia tahu Lisa pasti dalam perjalanan ke rumah Arsya untuk menyerahkan gambar itu. Dan apabila dia sampai ke rumah Arsya. Dia memang sudah terlambat. Arsya sudah terduduk dihadapan pintu rumah sambil menangis. Gambar yang berselerakan di atas lantai juga diambil dan dilihat. Ya. Gambar Lisa memeluk Aslam di atas katil. Kau tunggu balasan dari aku, Lisa! Tak ada sesiapa pun kat dunia ni boleh buat adik aku menangis. Apatah lagi kau!

"Sayang!" Aqil memeluk Arsya.

"Kenapa Aslam buat macam ni kat Arsh? Dia tak balik sebab perempuan ni?! Kenapa dia masih tak lupakan perempuan ni? Kenapa? Abang sebenarnya tipu, kan? Dia tak diculik pun, kan? Sengaja! Jahat!" Arsya meraung. Tadi elok aje dia buat muka relaks depan Lisa. Bila Lisa dah blah, sampai macam ni dia menangis. Ya lah. Sekuat dan sekeras mana hati seorang perempuan, pasti terkesan apabila melalui perkara sebegini.

"Sayang. Lupakan gambar ni. Aslam tak salah. Aslam kat hospital. Dia kemalangan dan sekarang dia koma."
Mata Arsya terus terbeliak. Lagi kuat suara tangisannya. Kepala Arsya penuh terbeban. Pagi-pagi buta tadi abang cakap Lam kena culik. Lepastu, Lisa datang katanya semalaman bersama Aslam. Sekarang ni, Aslam kemalangan dan koma. Koma?!!!! Arsya semakin sesak dada. Nafasnya tercungap. Dan kali ini, dia dapat rasakan perasaan Aslam saat dia dikhabarkan meninggal sebelas tahun lepas.

"Driver! Bawakan Arsya ke hospital sekarang." Aqil mengeluarkan arahan kepada pemandu Arsya.

Dan apabila Arsya sudah menaiki kereta dan hilang dari pandangan, Aqil masuk ke dalam kereta. Menuju ke rumah Lisa. Kau nak buat gambar macam ni sangat, kan? Kau tunggu aje. Gambar kau akan tersebar meluas. Tapi bukan dengan Aslam, dengan orang lain. Aqil menumbuk stereng keretanya dan terus memecut laju.

------------------

"Apa dah jadi ni, abang? Kenapa abang buat macam ni kat sayang?" Arsya menangis di sisi Aslam. Mukanya disembamkan di dada Aslam. Dia tidak mampu melihat Aslam yang terbaring kaku di atas katil. Tiada gurau senda. Gelak ketawa.

"I minta maaf, Arsya. Semua ni salah I." Farabi bersuara perlahan.

"Keluar!! Aku tak nak tengok muka kau!"

"Aslam jadi macam ni sebab nak selamatkan I. Kenapa dia tak biarkan I yang kena langgar? I banyak salah dengan dia. I nak minta maaf dekat dia dulu." Farabi tetap tidak berginjak walau selangkah.

Aqil berjalan menuju ke arah Farabi. Dia menarik Farabi keluar dari bilik itu.

"Aku tahu kau cintakan Arsya. Tapi, cinta tak seharusnya memiliki. Kau faham, kan?"

"Ara minta maaf. Semua ni salah ara. Ara buta hati sebab cinta. Ara sanggup buat jahat terhadap Aslam. Ara menyesal, bang."

"Kalaulah penyesalan kau tu dapat bangunkan Aslam..." Aqil menunduk.

"Ara janji Ara takkan buat Arsya menderita. Ara janji Ara takkan kacau lagi Arsya dan Aslam. Ara nak Arsya bahagia." Farabi memasang tekad.

"Baiklah kalau macam tu. Aku harap kau dapat jumpa pengganti Arsya nanti."

"Ara cuma rasa Ara ni tak hebat. Dikalahkan oleh Aslam. Padahal, Ara kenal Arsya dulu. Arsya langsung tak cintakan Ara. Tiba-tiba aje Aslam datang, and diorang bercinta. Abang tak faham apa Ara rasa."

Aqil senyum. Maksudnya Farabi memang langsung tidak tahu mengenai Arsya nampaknya.

"Ara... Sebenarnya, Aslam dengan Arsya dah lama bercinta." Aqil cuba merungkaikan cerita lama. Biar Farabi faham akan semua ini.

"Maksud abang?"

"Almost eleven years."

Ara terkejut. "Apa abang cakap ni? Bukannya Arsya duduk US ke selama ni?"

"Ya. Sembilan tahun Arsya dengan kitorang stay US. Sebelum tu, Arsya dengan kitorang stay sini. Sebab Arsya ada barah otak, abang Ammar buat keputusan terbangkan dia ke US. Sebab itulah, kami di sana selama hampir sepuluh tahun dan Arsya tak tahu semua ni sebab lepas pembedahan, dia amnesia."

"Aslam?"

"Aslam kena tipu. Abang Ammar bagitahu pihak sekolah yang Arsya dah meninggal. Akhirnya Aslam dapat tahu. Memang teruk jugaklah keadaan Aslam masa tu." Aqil menunduk. Rasa bersalah dalam diri makin bercambah. Memang kitorang yang bersalah.

"Tapi jodoh diorang kuat. Kuat sangat. Sampai berkahwin sekarang."

Farabi diam. Tak mampu berkata apa-apa. Dia berasa dirinya terlampau kejam kerana ingin memisahkan dua insan yang banyak dugaan seperti itu. Sumpah menyesal. Aslam baik sangat. Aku tak layak nak pisahkan mereka.

--------------------

"Sayang." Aslam bersuara perlahan. Arsya dan sedang tidur di sisi katil tidak bergerak sedikit pun.

"Sayanggggg." Aslam menguatkan sedikit suaranya.

Arsya akhirnya terjaga dari tidur. Jelas dimukanya perasaan gembira dan terkejut dengan panggilan Aslam.

"Abang dah bangun?! Alhamdulillah. Sayang rindu abang." Arsya terus memeluk erat badan Aslam.

"Aduhhh." Aslam mengaduh kesakitan sambil tersengih.

"Abang pun rindu sayang jugak. Tapi sayang peluk kuat sangat. Sakit bahu abang. Anyway, happy birhday, sayang. Iloveyousomuch. Abang akan jaga sayang seumur hidup abang. Di dunia dan di akhirat. Maafkan dosa abang kat sayang. Abang banyak buat sayang sakit selama ni. Sakit segalanya." Aslam bersuara lembut.

"Thanks, abang. Sayang sayang sangat kat abang. Sayang sikit pun tak pernah ambil hati apa yang abang dah buat dari dulu sampai sekarang sebab sayang ikhlas cintakan abang." Arsya menjatuhkan kepalanya ke atas dada Aslam.

"Sayang, maaf. Abang tak tahu hadiah sayang hilang mana. Nanti abang beli baru." Aslam mengusap perlahan kepala Arsya. Tiba-tiba muncul seseorang di hadapan Aslam. Farabi.... Ya, itu Farabi.

"Lam..." Farabi bersuara sambil memandang tepat muka Aslam.

"Yes, bro?" Aslam sengih. Memang dia langsung tidak menyimpan dendam. Dendam? Sia-sia aje berdendam. Dia tahu perasaan cinta itu macam mana. Sanggup buat apa sahaja demi memiliki orang yang kita cinta.

"Aku minta maaf. Aku jahat dengan kau. Tapi kau pulak yang selamatkan aku. Sepatutnya aku yang terbaring sekarang. Aku minta maaf, betul-betul minta maaf. Aku menyesal." Farabi menunduk di hadapan Aslam.

"Haha. Dahla, bro. Sikit aje ni. Aku kan kuat. Takat kena langgar ni, small matter. Kalau kau yang kena langgar, aku juga yang risau. Mana tahu patah tangan kau. Aku ni sihat aje."

Arsya menarik telinga Aslam. "Abang tahu tak bahu abang retak sebab kemalangan tu?!" Arsya geram. Boleh pulak Aslam main-main dengan benda macam ni.

"See? Retak? Bukan patah." Aslam senyum. "Aku maafkan kau, Farabi. Kau tak pernah ada salah dengan aku. Aku tahu perasaan cinta. Aku tahu perasaan nak dapatkan cinta. Tapi maaf, aku memang tak dapat nak kasi Arsya kat kau. Dia sebahagian daripada diri aku." Aslam bercakap dengan penuh cermat. Harap Farabi faham.

"Aku harap kau bahagia. Cinta tak seharusnya memiliki, kan? Aku janji aku takkan kacau korang berdua lagi. Aku akan pergi."

"Tapi kita masih kawan, kan Ara?" Aslam bertanya. Ara cuma senyum dan terus melangkah keluar dari situ.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang