Bab 32

5.3K 181 0
                                        

"I nak you sediakan keperluan yang syarikat I perlukan secepat yang boleh. Semaksimum yang I perlukan." Ammar berdiri sambil menyelak fail kerja. Semua ahli mesyuarat mencatatkan apa sahaja yang Ammar katakan.

"Bos nak berapa entah?" Aslam bersuara agak relaks.

Ammar berkaleh sepantas kilat ke arah Aslam. Budak ni memang! Bila nak jadi CEO yang berkaliber pun aku tak tahu! Kemudian matanya merenung tajam muka Aslam. Macam nak tembus kebelakang dah gayanya.

"Okay okay. 500k kan bos keluarkan bayaran?" Aslam bersuara sesantai yang boleh. Siap meletakkan tangannya ke atas meja mesyuarat lagi.

"Plus I tak nak ada kesilapan langsung." Ammar kembali menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi empuknya.

"Bos bukak syarikat minyak sendiri lah kalau macam tu." Aslam berkata sambil menyelak helaian fail dan memerhatikan sesuatu.

"Aslam Haizqril!" Ammar sudah meninggikan suara.

"Okay okay. Just kidding. Aslam akan siapkan semua yang bos minta. Secepat yang boleh. Semaksimum yang mampu. Dan akan diimport dari US."

"Good. Okay. Meeting akan didelay sehingga ke bulan hadapan dan semua kelengkapan perlu dilengkapkan secepat mungkin."

"Okay, boleh bersurai." Aslam bersuara sambil bangun dari duduk.
Ammar macam nak cekik aje budak main-main ni.

"Aslam!" Ammar memanggil Aslam saat kaki mereka melangkah keluar dari ruang mesyuarat.

"Yezza?" Aslam berkaleh. Hampir saja dia terlanggar setiausahanya yang jalan beriringan.

"Sorry. Lain kali jalan jauh sikit. Himpit I ni kenapa?" Aslam merenung Adira dengan riak muka selamba. Tapi ayat tu, menusuk kalbu betul nada suaranya.

"Disiplinkan diri kau sebelum masuk dalam bilik mesyuarat."

"Yaaa, bang. Sorry." Aslam mencebikkan bibir. Ish. Dah berapa kali aku minta maaf harini? Em. Tak apalah. Minta maafkan amalan yang mulia.

"Kau nak pergi mana lepas ni?"

"Balik tidurlah." Aslam gelak.

"Aslam!" Ammar sekali lagi meninggikan suaranya.

"Balik office abangku sayang. Banyak kerja Lam nak selesaikan."

"Good. Malam ni kau bawa Arsya balik ke rumah. Dinner with us." Ammar menepuk bahu Aslam.

"Eh kejap. Tadi kemain ber I you dengan Lam kat dalam." Aslam ketawa berdekah-dekah.

Ammar sudah panas. Budak ni karang aku luku-luku kepala tu. Ya Allah. Adik ipar apakah ini?

"Kau ni memang nak kena dengan abang. Habis semua stres dengan kau."

Aslam makin galak ketawa. "Yalah, bang. Lam gurau aje. Tapi kan, betullah cadangan lam tadi. Apa kata abang buka syarikat minyak sendiri." Aslam meletakkan jari telunjuknya di dagu.

Ammar sudah menepuk dahi. Dia ni sedar ke tak syarikat minyak yang sain tender dengan Eliminate Cruise tu syarikat dia? Dia sedar tak ini satu keuntungan untuk Ashaiz Holdings? Dia sedar tak kalau aku wujudkan syarikat macam dia, dia akan jatuh. Ammar tergeleng.

"Mengarut idea kau. Nak menjahanamkan syarikat sendiri ke apa?"

"Memang pun. Kan dah cakap, Lam malas benda macam ni." Ammar lagi rasa nak rebah. Nakal betul budak Aslam ni. Syarikat dia tu dah maju tahap dahsyat dah. Dia nak jatuhkan? Bagusnyaaaa adik ipar aku ni.

"Kau tengok Adira. Kesian dia. Nanti dia nak kerja mana?" Adira sudah buat muka risau. Biar betul Encik Aslam ni?

"Kerja dengan abang pulak la."

"Aku malas layan idea gila kau. Dah dah. One day, kau akan suka kerja macam ni. Aku akan buat kau sendiri tak nak kehilangan Ashaiz Holdings." Ammar memberi kata-kata hikmat yang boleh dikatakan masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri Aslam.

"Yalahhh. Lam gurau aje."

"Dah dah. Abang nak pergi makan. Lapar. Jom."

"Jom. Abang belanja!" Aslam sudah tersengih.

"Yaa. Abang belanja. Come with us, Adira." Ammar mengajak Adira untuk turut bersama.

------------------

Arsya menghayunkan kaki ke arah sebuah butik pengantin. Dia tersenyum sendiri. Dan dia merasakan bahunya diraih.

"Sayang." Aslam menapak ke sisi Arsya.

"Sayang still minatkan gaun pengantin?" Aslam sengih. Masih teringatkan dulu semasa masih di sekolah menengah. Kalau lalu kedai pengantin, Arsya asyik sengih. Menceritakan itu ini. Pernah jugak dia mencuba gaun pengantin. Siap hantar gambar kat aku. Hahaha.

"Yalah, sayang. Arsh minat gila." Arsya sengih.

"Habistu kenapa tak wujudkan butik sayang sendiri? Butik pengantin." Aslam memberi idea.

Arsya dongak memandang Aslam. Dulu pun dia pernah berangan nak tubuhkan butik pengantin yang sangat elegan. Warna putih dilebihkan. Ala-ala di kayangan. Okay. Zaman remaja memang zaman berangan benda mengarut pun, kan?

"Arsya nak tubuhkanlah kalau macam tu!" Arsya menarik Aslam ke arah lain.

"Eh sayang sayang! Nak pergi mana ni?"

"Nak pergi cari tempat yang sesuai nak tubuhkan butik pengantin sayang la."

"Ya Allah sayang abang sorang ni!" Aslam gelak. Agaknya sebelum ni dia lupa gamaknya nak tubuhkan butik pengantin. Dah aku sumbang idea, baru dia kalut nak buat. Aslam tergeleng.

"Nanti Arsh nak buatkan studio untuk photoshoot. Nak buat satu tempat yang cantik sangat. Arsh akan tukar background photo setiap minggu. Mesti best!" Arsya seronok sambil menepuk tangan.

"Yalah, sayang. Ikut sayanglah nak buat macam mana. Nanti boleh kita photoshoot hari-hari sampai ke tua." Aslam memerli sambil gelak. Dia tahu. Kalau Arsya nak wujudkan butik itu sekarang pun, sudah tentu boleh.

"Tapi siapa nak jaga?"

"Arshlah."

Aslam menayang muka pelik apabila terdengarkan jawapan selamba dari mulut Arsya. Amboi. Dia sedar tak dia tu doktor?!

"Alaaaaa taklah. Sayang gurau aje. Butik ni sayang ambillah pekerja. Bila ada masa, sayang datanglah lawat. Atau abang ke yang datang lawat. Tiap hari." Arsya tayang gigi.

"Iyalah iyalah. Sekarang macam mana?"

"Hehe sekarang ni, kita pergi makan dulu." Arsya terus menarik Aslam masuk ke dalam kereta.

"Lepas tu, abang kena bawa Arsh tengok kawasan yang best-best untuk butik kita." Aslam senyum.

Macam-macam sayang abang seorang ni. Mentang-mentang hari ini cuti. Kesana kesini dia dan Arsya berjalan.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang