Aslam tidak menghiraukan apa-apa. Dia terus memandang makanan yang disediakan untuknya. Otaknya ligat memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Entah-entah diorang letak ubat tidur dalam makanan ni. Lepastu aku pengsan. Lepastu diorang bagi aku tidur atas katil and letakkan Lisa sebelah aku. Wah! Klise sangat-sangat.
Aslam langsung tidak menyentuh makanan itu. Makanan yang disediakan dibuang di balkoni. Ingat aku bodoh? Ini Aslam, okay? Dan dia terus menuju ke katil tersebut. Tidur ajelah. Kalau aku tak tidur pun, buat habis tenaga aje. Bukan boleh keluar pun.
Dan seperti yang Aslam fikirkan, Lisa datang ke biliknya malam itu. Aslam terjaga dari tidur. Dan dia terperasan Lisa yang sedang membuka baju. Weh lisa! Jangan rogol aku! Aslam bagai ingin meneriak begitu. Tapi didiamkan saja. Kalau aku jerit, sia-sia aje. Nanti orang upahan diorang datang pukul aku sampai pengsan, lagi teruk. Aku malas nak melawan. Haih. Diorang ramai. Aku seorang. Kalau disuruhnya aku lawan dengan dua orang aje, insyaAllah aku boleh menang. Sebenarnya ramai pun boleh, tapi diorang tu badan dah macam hulk. Sudahlah. Aku mengalah.
Lisa kemudiannya berjalan menuju ke arah Aslam. Dia menyelak selimut yang menutupi badan sasa Aslam seraya masuk ke dalam selimut itu. Dan kelihatan juga, Farabi mengambil beberapa keping gambar Lisa yang memeluk Aslam erat.
Otak Aslam ligat memikirkan kerjaya Lisa nanti. Bodoh punya Lisa. Ikut cakap Farabi lah tu. Kau tu penyanyi. Kau ingat bila kau buat macam ni, sampai kat Arsya aje ke? Kahkahkah! Kau tunggulah. Satu dunia akan tahu perangai buruk engkau. Macamlah aku taktahu abang-abang Arsya tu boleh buat apa. Matilah kau. Nama aku akan bersih, okay?
"Cantik, Lisa. I pasti Arsya akan benci Aslam lepas tengok gambar ni."
"Hahaha. Mesti punya. Isteri mana tak sakit hati, kan?" Farabi kemudiannya melangkah keluar dari bilik itu.
Aslam membuka sedikit mata. Dilihatnya Lisa sedang memakai baju kembali. Lalu dengan tangkasnya dia mengilas tangan Lisa dan sebelah lagi tangannya menekup mulut Lisa.
"Weh perempuan bodoh. Kau ingat kau tu siapa, hah? Suka hati kau aje nak kacau hidup aku. Kita dah putus lama. Lama sangat. Apa yang kau gila bayang sangat ni?" Aslam berbisik di telinga Lisa. Jelas riak muka Lisa terkejut. Ingin sahaja dia menjerit, tapi kilasan di tangannya makin menguat.
"Sekarang, kau minum air ni! Minum!" Aslam menyuakan air yang yang kononnya sudah diteguk setengah olehnya, padahal dia buang ke dalam gaung melalui balkoni.
Lisa sedikit takut dan akhirnya dia minum air itu dan dia terus pengsan disitu.-------------------
Aslam mencari jalan keluar. Dia sendiri tidak tahu rumah pelusuk bukit mana yang Farabi sorokkan dia. Janji dia boleh keluar dari rumah ini. Kemudian, dia berlari ke arah pintu utama rumah ini. Dia perasan Farabi sedang membelek sesuatu di sofa ruang tamu. Aslam mengambil langkah jaga-jaga. Perlahan dia meletakkan tapak kakinya di atas lantai, takut kedengaran di telinga Farabi. Dan apabila Aslam ingin membuka pintu, Farabi terus menoleh.
"Woi! Jangan lari!" Aslam terus membuka pintu seraya berlari sekuat hati. Dia dapat melihat sepintas lalu ruang rumah banglo yang ditinggalkan lama itu. Dia hairan, mana perginya pengawal? Takkan rumah ni tak ada pengawal kat pintu pagar? Tapi kalau tak ada. Lagi senang hidup aku!
Farabi mengejar Aslam. Dua-dua tinggi, kaki panjang. Memang kena sangat kalau nak diajak lawan lari.
Tiba-tiba, apabila Farabi ingin melintas ke seberang untuk mendapatkannya, Aslam terlihat sebuah kereta meluncur laju ke arah Farabi. Larian Aslam terhenti. Ingin saja dia menjerit ke arah Farabi supaya tidak melintas. Tapi, kakinya lebih laju melangkah untuk menolak Farabi. Dan tiba-tiba, bangggg! Kereta tersebut melanggar Aslam dan Farabi pula tercampak ke tepi jalan akibat ditolak oleh Aslam.Farabi terkejut melihatkan Aslam yang telah dilanggar. Aslam baru sahaja selamatkan dia daripada dilanggar? Farabi jelas rasa terkejut. Wajahnya kelat melihat Aslam yang berlumuran darah dia atas jalan raya. Kemudian, barulah dia berlari ke arah Aslam.
"Aslammm! Bangun, bro! Aku minta maaf!" Farabi mula panik. Kim yang baru sahaja keluar dari banglo tersebut akibat terdengar bunyi hentakan kemalangan yang agak kuat. Dia terdiam melihat tuannya memangku Aslam dan mengucapkan kata maaf. Dia pasti Tuan Farabi sudah sedar. Tuan Farabi memang baik. Tapi hatinya dihitamkan dengan cinta yang penuh dendam.
"Kim! Kau panggil ambulans sekarang!" Farabi mengarahkan Kim. Dia memandang tajam ke arah pemandu itu. Dan sudah pasti, pemandu itu tidak akan terlepas daripada genggamannya nanti.
--------------------
"Aslam, kenapa kau selamatkan aku? Aku dah buat jahat kat kau. Kenapa kau baik sangat?" Farabi meraup muka. Dia sudah menelefon Aqil. Memberitahu tentang kemalangan yang menimpa Aslam. Dia tidak berani untuk memberitahu Arsya. Tidak sanggup.
Aqil datang seraya menumbuk kuat muka Farabi.
"Kau buat apa kat Aslam?!" Dia yang tadinya tiba di banglo yang dimaksudkan, terkejut dengan darah yang sudah penuh di hadapan banglo itu. Tanpa sempat dia melangkah masuk ke dalam banglo tersebut, Farabi telah menelefonnya memberitahu berita buruk tentang Aslam. Tanpa berlengah, dia terus memecut laju keretanya menuju ke hospital.
"Ara...ara.... Ara minta maaf...." Aqil menarik kasar kolar baju Farabi yang penuh dengan lumuran darah Aslam.
"Kau ingat aku akan biarkan kau dengan Arsya ke kalau apa-apa jadi dekat Aslam?! Aku dah tahu semuanya pasal engkaulah!" Aqil melepaskan geram dengan menumbuk sekali lagi muka Farabi. Farabi jatuh terduduk."Ara... Minta maaf." Farabi menunduk. Memang salah dia. Dia yang mulakan. Dia yang berniat jahat.
"Ahli keluarga Aslam Haizqril?" Doktor itu bersuara setelah keluar dari icu."Saya abang Aslam" Aqil mendekati doktor tersebut.
"Aslam selamat. Cuma dia koma. Mungkin sekejap. Mungkin lama. Bergantung kepada keadaannya. Dan tangan kirinya juga sedikit retak di bahagian bahu." Doktor itu berkata dengan muka yang diseriuskan.
Aqil mengangguk seraya berkata, "terima kasih, doktor." Dan doktor tersebut terus berlalu pergi.
"Kau tengok apa yang kau dah buat!" Aqil memandang Farabi dengan pandangan yang tidak boleh ditafsir. Geram campur macam-macam. Kalau aku boleh bunuh, memang aku bunuh. Nasib baik, aku masih kuat pegangan agama.
"Ara minta maaf. Ara yang salah. Sebab dia selamatkan Ara daripada kena langgar, dia pulak yang kena. Ara minta maaf."
"Aku tahu kau culik dia, kan?"
"Ara minta maaf."
"Kau buat apa lagi, hah?!"
"Ara... Ara..."
"Cakaplah!!"
Terus minda Farabi teringatkan Lisa. "Lisa! Dia ada gambar Aslam dengan Lisa tidur sekatil. Dia nak kasi dekat Arsya! Abang kena hentikan semua tu."
Terkejut Aqil mendengarkan apa yang telah Farabi katakan. Kau memang cari nahas, Lydia Marissa. Terus tangannya ligat mendail nombor Ammar.
"Ammar, aku kat hospital. Aslam kemalangan. Kau kena habiskan urusan kau secepat mungkin dan fly back to Malaysia. Aku ada benda nak urus." Aqil terus mematikan telefon pintarnya dan melangkah meninggalkan Farabi yang sedikit tercengang.
YOU ARE READING
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.