Bab 33

5.3K 175 0
                                        

Hari ini, sudah seminggu butiknya beroperasi. Selepas sebulan Aslam mengeluarkan idea, terus butik ini diwujudkan. Haha. Laju betul.

Butik yang dihiasi bunga mawar putih disekelilingnya. Haruman mawar putih. Semuanya berwarna putih. Kebanyakan gaun pengantin disini juga berwarna putih atau silver.

Arsya berjalan ke arah bilik persalinan pakaian. Ingin melihat Aslam. Apa yang dia buat agaknya disitu? Lama kemain.

"Abang buat apa?!" Terus diketuk fitting room. Buat apa si Aslam ni?

"Aaaaaa kejappppppp!" Aslam bersuara. Arsya tepat berdiri di hadapan pintu bilik persalinan tersebut semasa Aslam membuka pintu tersebut.

"Oh my sayang!" Aslam terkejut bagai nak rak melihatkan isteri kesayangannya di hadapan pintu. Diurut dadanya perlahan-lahan.

Arsya telan air liur. Ya ampunnnn. Apa Aslam dah buat ni? Arsya gelak. Sampai hampir terduduk tapi tangannya terus mencapai bahu Aslam dan memeluk tubuh itu erat.

Aslam cemberutkan muka. Ala. Biarlah abang nak buat apa pun. Inikan butik bini abang.

"Abang kenapa ni? Dengan tuksedo putih. Dengan rambut terpacak warna kuning-kuning emas. Abang letakkan serbuk glitter warna emas ke kuning ni? Dengan mata dicelakkan. Hahaha!"

"Handsome tak abang?" Aslam memeluk pinggang isterinya dan menarik Arsya dekat pada dadanya.

"Abang handsome, kan? Kan? Kan?" Aslam kejipkan mata.

"Handsome sangat-sangat. Hahaha!" Tak dinafikan Aslam memang handsome tahap petala tujuh sebegitu. Walaupun orang akan mentertawakannya, termasuk aku, tapi sumpah. Handsome! Arsya menjengketkan kakinya sedikit dan tangannya menyapu rambut Aslam yang keras terpacak dengan serbuk emas dan kuning. Penuh!

"Sayang. Tak naklah buang! Abang nak photoshoot tau!" Aslam memegang tangan isterinya lalu digigit jari-jari comel itu.

"Eeeeee tak malu nak photoshoot macam ni." Arsya makin giat ketawa. Aslam terus mendukung Arsya lalu dibawa masuk ke dalam fitting room.

"Sekarang ni, Arsya tukar baju. Pakai gaun putih yang abang pilih ni. Kalau tak, abang tak nak lunch dengan sayang esok" Aslam sengih.

"Eleh. Tak hairan. Tak nak lunch sudah. Arsya keluar dengan Abang Miyyo ke Ammar ke. Wekk." Arsya jeling Aslam.

"Okay abang merajuk seminggu!"

"Tipu. Nanti abang yang cari Arsya."

"Okay tak apa. Biar abang yang pakaikan untuk Arsya." Aslam terus melangkah ke arah Arsya sambil tersengih dan Arsya terus terjerit manja.

----------------

"Sayang, bangun. Dah subuh ni!" Arsya menarik telinga Aslam dengan manja.

Semalam, seharian mereka menguruskan Assya Boutique. Aslam yang paling letih kononnya. Padahal dia tak angkat barang apa pun. Mungkin letih sebab photoshoot? Atau letih make up diri sendiri? Atau letih memilih baju itu dan ini?

Aku pun nak letih jugaklah kalau macam tu. Arsya buat muka cemberut.

"Ya, sayang... Bie tak larat. Dukunglah bie." Aslam menyuakan tangannya ke arah Arsya.

"Amboi! Ingat abang tu ringan kot? Dah la tinggi. Tough. Nak angkat kepala abang pun Arsya nak tumbang. Inikan badan. Berat!" Arsya sudah membebel dan mencubit pipi Aslam. Mahunya tak bebel, takkanlah aku nak dukung dia ke bilik air? Angkat tangan dia aku mampulah. Sebelah aje bolehlah.

"Aduh aduh! Kuatnya sayang cubit."

"Geram!" Arsya menjeling.

"Abang mengantuk sangat-sangat. Please? 10 more minutes?" Aslam buat muka kasihan. Puppy face sangat dah ni. Comelnya. Tapi menyampah pun ada. Saja nak raih simpati la tu.

"No no no. Bangun kita sembahyang dulu. Karang abang tidur balik. Pukul tujuh setengah Arsya gerak." Arsya cuba untuk menarik Aslam bangun dari perbaringan.

"Yalah, sayang. Abang bangun." Aslam dengan muka malas terus bangun dan mencempung Arsya masuk ke dalam bilik air. Terjerit Arsya dibuatnya. Terkejut!

------------------

"Tengahari datang ambil sayang dekat office lepastu kita pergi lunch and then kita pergi butik kita." Arsya yang sudah siap berpakaian formalnya sebagai doktor mula memakaikan butang baju kemeja Aslam.

"Okay, sayang." Aslam hanya mengangguk. Macam burung pelatuk gayanya. Nampak sangat muka mengantuk tu. Arsya pula mencapai tie di tangan Aslam lalu dipakaikan di leher Aslam. Diketatkan sedikit sehingga Aslam kelihatan sangat rapi.

Kemudian dia memeluk tubuh itu. Handsomenya Aslam! Em sejak azali memang handsome. Tapi perkataan itu cuma tersekat di kerongkong. Nanti Aslam perasan pulak. Sampai esok tak habis kalau dia dah mula perasan.

"Sayang peluk abang kuat sangatlah. Hehe nanti renyuklah baju."

"Tak apa. Biar orang tahu Aslam Haizqril tu pemalas. Baju renyuk aje."

"Tak. Orang tak cakap kat abang. Orang cakap kat sayang. Siapalah isteri Aslam tu kan kan. Baju hubby dia pun tak gosok sampai kemas. Ish pemalas betul." Aslam sengih.

"Jahat!" Arsya gelak lantas dia menarik Aslam ke katil. Disuruhnya Aslam supaya duduk. Lalu dirapikan pula rambut Aslam. Memang ini rutin harian sebelum ke office. Arsya sebenarnya memang suka main rambut Aslam. Sejak remaja.Dirapikan rambut itu. Kadang-kadang diserabaikan. Em. Memang Aslam kena duduk. Sebab kalau tak, aku tak sampai ke tahap rambut dia.

"Bie kalau nakal-nakal, siaplah bie. Tahulah sayang nak buat apa."

"Tak nakal pun la sayang." Pinggang Arsya dirangkul supaya dekat dengannya.

Cup! Pipi Arsya dicium dengan laju.

"Okay. Aslam sayang dah comel!" Arsya berkata sambil tangannya memegang bahu Aslam.

"Comel? Handsomelah!"

"Dua-dua." Arsya lantas mencium dahi dan pipi Aslam. Aslam bangun dan Arsya menyarungkan kot Aslam. Dan Aslam pula menyarungkan kot putih Arsya ke badannya. Doktor, kan?

Sebelum Arsya membuka pintu keretanya, Aslam memeluk Arsya lantas dia mencium dahi Arsya.

"Sayang jangan nakal. Take care. I love you. Nanti lunch, abang call sayang. Takut ada meeting. Okay sweetheart?"

"Okay, baby boo. Love you too." Arsya melangkahkan kaki masuk ke dalam keretanya. Dan terus dihidupkan enjin.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang